"Rindu itu kehidupan, matilah dalam cinta; Agar bahagianmu kematian dan nescaya diterima. Dia itulah cinta, terimalah sepenuh hati ;Tapi kematian yang diwarnai cinta; itu kehidupan yang mengutamakan damba; Andaikan kau ingin bahagia, matilah syahid dengan cinta; "(Ibn al-Faridh)

اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول به بيننا وبين معاصيك ومن طاعتك ما تبلّغنا به جنّتك ومن اليقين ما تهوّن به علينا مصائب الدّنيا ومتّعنا بأسماعنا وأبصارنا وقوّتنا ابدا ما احييتنا واجعله الوارث منّا واجعل ثأرنا على من ظلمنا وانصرنا على من عادنا ولا تجعل مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدّنيا أكبر همّنا ولا مبلغ علمنا ولا تسلّط علينا من لا يرحمنا

‘Ya Allah! Berikanlah kepada kami perasaan takut terhadapMu supaya dapat menghalang kami dari melakukan penderhakaan terhadapMu. Dan ketaatan supaya dengannya dapat menyampaikan kami ke dalam syurgaMu. Dan keyakinan sehingga kami merasa ringan menghadapi musibah dunia ini, manfaatkanlah kami dengan pendengaran kami dan penglihatan kami dan kekuatan kami selagi mana Engkau hidupkan kami dan jadikanlah ini sebagai warisan daripada kami dan tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan bantulah kami(bagi mengalahkan) orang-orang yang menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibah terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau menggenerasikan kami pada orang-orang yang tidak mengasihani kami.’

Happy Single *_*


How to become a HAPPY SINGLE. Copy paste sudah..

Tak ada idea dah nak update.Nak update pasal himpunan hijau,saya tidak ada ditempat kejadian so tak boleh nak bercerita pengalaman..Cuma sabtu lepas alhamdulillah diberi kesempatan mengajar anak-anak kecil mengaji dan baca Iqra'.Dah lama tak pergi masjid negara.Ni nak bagi sedar sikit dengan yang masih solo yang asyik merungut jadi solo.Nak bagi sedar sikit kan bersyukur dengan apa yang diberikan.


Just like a life, being single might bring you lots of great opportunities.
Step1. Give yourself sometimes to feel sad but then understand that being single is not the end of the world, a disease, or whatever bad opinions people often say about being single, as long as you know how to enjoy it.Better be a happy single, rather than stuck in a bad relationship.
Step2. Take your time to shop around. Remember, you're not the only single around. How 'bout hangout with friends or other singles around? That way, at least you can have someone to talk to or laugh with, while increasing your chance to be in (this time) a great relationship.
Step3. Give your most angelic smile to people who try to put you down just because you're a single, then tell them nicely, "How 'bout shut your mouth up if you've got no other way to help...." Then give them another big smile. You've got the right to be happy, and of course the right to stand up for your right.
Step4. Sometimes you might feel sad again. Accept that as something normal. Then consider: Do you want to be like this forever? If the answer is "Yes" then give yourself another time to be sad but with a tight deadline. Continue to the next step if your answer is "No".
Step5. While searching for the best option around, tell yourself that you have the right to be happy. Do anything to make yourself happy, not just by following whatever people tell you to make them happy & make sure that you won't regret it later. You are you. So, I'm sure it was you who know how to make your self happy.
Step6. The point is, consider anything you really need, then do everything you also need to do to make it true, and make your happiness as a priority. Some times you might be tempted to something you want, but not exactly what you need. Just remember, whatever instant, easy & fun are not always the best choice there is.
Nota kaki: Bukanku pinta untuk jadi single atau solo..hehe..Nak buat camne,jodoh tak sampai lagi.Jadi jangan cepat melatah dan menyalahkan takdir.Sibukkan diri kita dengan perjuangan agama.Kalau boleh sabtu ahad tu pergilah mana-mana program yang bermanfaat.Sebagai contoh program al-fetih ni.InsyaAllah nak daftar pergi ni.Siapa nak join..angkat tangan??Pelaburan saham untuk akhirat..mudah-mudahan.

Tak pun kemas lah rumah tu sampai berkilat.Yang penting yakin dengan Allah.Cepat lambat semuanya Tuhan dah tentukan.Kalau tak sempat bertemu di dunia..temukan di akhirat..so happy single la..

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

SEKIAN..


post signature

Cemburu terhadapnya..


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..Pagi ini sekali lagi lambat gi ofice sebab tersilap adjust masa naik bus.Hurm..Sedikit cerita ingin dikongsikan.Setiap pagi , saya akan berkejar ke pondok bas untuk menunggu bus.Dan setiap pagi itu jugalah saya cemburu terhadap seseorang.Selalu saya pandang dari atas sampai kebawah.Kemudian saya pandang lagi berkali-kali.Sungguh hebat ciptaan Allah.Senyumannya sangat manis.Seindah hati nuraninya barangkali.Nak tahu tak siapa wanita muslimah tu???Pelajar Universiti Malaya.Cukup sempurna segalanya hanya matanya sahaja yang buta..Teringat saya kisah muslimah yang buta pada mata kasar tapi celik pada mata hati..Cemburu saya menggunung tinggi kerana senyuman yang terukir dibibrnya seolah dia tidak punya kekusutan pun dalam hidup ini.Yang ada dalam hatinya hanyalah ALLAH..Sedangkan saya...sungguh kerdil.Harap jer mata kasar celik tapi selalu buta mata hati..nauzubillahi mindzalik.

Zinnirah..Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim.saudara-saudara yang saya cintai kerana Allah..tahukah kita..

ALLAH menguji KEIKHLASAN apabila kita BERSENDIRIAN,

ALLAH memberi KEDEWASAAN apabila kita ada MASALAH,

ALLAH melatih KESABARAN didalam kita KESAKITAN,

ketahuilah,ALLAH tidak pernah mengambil apa yg kita SAYANG,

SEBALIKNYA mengurniakan kepada kita yang LEBIH BAIK...INSYA'ALLAH