Pages

July 20, 2011

Kisah si Bateri

Sharing is caring..(dorang cakap) tapi pada aku sharing make me clever..haha.okeh ini cerita sang Bateri.So buat yang ada kereta, bakal ada kereta,sewa kereta ataupun pinjam kereta..ilmu ini korang kena tahu.

Bateri kereta ada 2 jenis
1) Sel Basah
2) Sel Kering
Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza.



1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan air bateri.Biasanya ketahanan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik,seeloknya seminggu sekali(Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali.

2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza, sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaan serta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari dll) harganya RM125-RM145, NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja,jika sel kering harganya '+' RM50 lagi.

Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepada jenis,cara penjagaan,cara penggunaan dan kekerapan penggunaan. Bateri baru biasanya mempunyai jaminan selama setahun(petrol) dan 6 bulan(diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan
1) sudah tua,lama,uzur,sampai masa( nazak tahap maksima macam kereta aku guna ni)
2) alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) tak tutup lampu, radio, aircond waktu enjin kereta tak hidup (jangan lupa tutup!!!)
5) Enjin kereta mati mengejut banyak kali ( so tolong elakkan mati mengejut..tak sempat mengucap tu)

Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecuali salah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5Ampere (standby or lock mode).Kecuali dah lebih 3 minggu tak start kereta.
Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Ini tandanya bateri ada masalah(alarm aku memang slalu bunyi).Sebabnya masa kita start kereta,hampir 90% tenaga bateri digunakan starter (Benda ni guna dia start kereta..kalau yang tak tahu lagi)

PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih(paham tak bersalji??korang akan nampak kat tempat terminal + /- ada macam salji putih.Kalau ada senang her..korang bersihkan dah letak sikit minyak so bateri senang nak cas.


Bunga ni memang patut dapat hari-hari supaya jantung akan sihat..ngee

Sumber: abang- abang miss L 
nota kaki: semoga post ini akan mengingatkan aku sampai bila2x bahawa bateri kereta itu penting penjagaanya..kira kalau organ manusia..bateri tu umpama jantung yang mengepam darah ke seluruh badan lah.kalau tak tersadai lah korang kat hospital sepertimana tersadainya kereta korang dimana-mana bila dah nazak.waktu tersadai tu akan datanglah jejaka-jejaka malaya tolong tolak kereta kalau takder jumper.Kalau jantung tersadai..akan datanglah tok imam untuk bacakan talkin..So konklusi penjagaan jantung juga amat penting.Jangan hisap rokok.(haha..melalut ke mana la aku nih)

1 comment:

  1. miss L tq for the big mug.....i got yellow flower..=)

    ReplyDelete

About Me

My Photo
" Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapuskan air matanya dgn imannya, Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menguatkan hatinya dgn ilmunya, Ketika hati seorang muslimah terluka, hari-harinya akan ia penuhi dgn semangat perubahan lebih baik pada dirinya, Ketika hati seorang muslimah terluka, ia menari dalam doa memohon keampunan terhadap Robbnya...The most beautiful words for her is kalimah "LA ILAHAILLALLAH Muhammadur rasulullah.".

menarik disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...