"Rindu itu kehidupan, matilah dalam cinta; Agar bahagianmu kematian dan nescaya diterima. Dia itulah cinta, terimalah sepenuh hati ;Tapi kematian yang diwarnai cinta; itu kehidupan yang mengutamakan damba; Andaikan kau ingin bahagia, matilah syahid dengan cinta; "(Ibn al-Faridh)

اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول به بيننا وبين معاصيك ومن طاعتك ما تبلّغنا به جنّتك ومن اليقين ما تهوّن به علينا مصائب الدّنيا ومتّعنا بأسماعنا وأبصارنا وقوّتنا ابدا ما احييتنا واجعله الوارث منّا واجعل ثأرنا على من ظلمنا وانصرنا على من عادنا ولا تجعل مصيبتنا في ديننا ولا تجعل الدّنيا أكبر همّنا ولا مبلغ علمنا ولا تسلّط علينا من لا يرحمنا

‘Ya Allah! Berikanlah kepada kami perasaan takut terhadapMu supaya dapat menghalang kami dari melakukan penderhakaan terhadapMu. Dan ketaatan supaya dengannya dapat menyampaikan kami ke dalam syurgaMu. Dan keyakinan sehingga kami merasa ringan menghadapi musibah dunia ini, manfaatkanlah kami dengan pendengaran kami dan penglihatan kami dan kekuatan kami selagi mana Engkau hidupkan kami dan jadikanlah ini sebagai warisan daripada kami dan tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan bantulah kami(bagi mengalahkan) orang-orang yang menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibah terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau menggenerasikan kami pada orang-orang yang tidak mengasihani kami.’

Jiwa Sesak

Ya Allah...tak tahulah nak menjerit ke apa.Tapi mampukah saya selama dalam training ni duduk di tengah bandar..Rasa macam tolonglah bagi udara pada saya.Udara yang bersih.Sesak.Routine Harian pun sesak. Dulu at least time kat Agensi Nuklear..tempat tu aman,banyak pokok-pokok.Sejuk.Ada banyak haiwan ternakan such as monyet,kuda,lembu,kambing,kerbau,burung-burung berkicauan..wah..apa lagi..hihi..Ini pagi2x buta dah bersimpang-siur kenderaan.Okeh..arini kerja saya "migrain" terus balik kerja.

Apatah lagi bila dapat jobscope sebenar.Rasa bukan migrain jer,macam nak pitam terus. Banyak-banyak kerja kenapalah bagi saya duduk bahagian management. Saya sudahlah tak reti uruskan PO,DO,Invois,Quotation dan sebagainya.Nama RnD engineer tapi bukan buat kerja research sebaliknya buat kerja management iaitu documentation. Dapat kawan sekerja yang aktif. Shamini (Indian). she is soOoo funny but understand our culture, means islamic culture. satu benda yang saya tak boleh lupa ialah dia tanya saya boleh tak saya buang ini tulisan.Saya pun tengoklah tulisan apa.Rupanya kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.Saya cakap jangan buang..Meh I simpan. Ingat time tu nak berdakwah sikit tapi hui..slow-slow lah. Nak berdakwah yang orang Melayu pun tak pass lagi.Detik hati saya.

my list for future plan..
2012-2013=kerja cari pengalaman
2014-2016=sambung Master in Engineering Management/MBA
2017=Apply untuk pensyarah(kerja tetap)
2018=Continue PHD pulak(tak terfikir lagi dalam bidang apa)


So kahwin tidaklah tahu mahu diletakkan dimana.Jadual dah pack sangat.Itupun kalau panjang umur lerr.Berangan lebih-lebih pun tak elok.Wait and see.Sekurang-kurangnya saya dah capai impian arwah bapak saya dulu yang nak sangat tengok anak dia masuk UM.Ha bapak..ni bukan masuk belajar UM lagi..siap kerja dalam UM dah.Lepasni nak kejar impian mak pula teringin tengok anak dia yang ni jadi pensyarah.Ameen..Impian saya apa pula??Impian saya nak tengok semua orang happy dan saya sentiasa diredhoi dengan jalan yang saya pilih.Ameen ya Robbal 'Alamin..shhhh..sebenarnya impian saya nak beli motor besar..tapi sbb perempuan kan..simpan buat pekasam sajolah impian tak menjanjikan faedah tuh.Tuh kan nafsu semata-mata.Huish..Jgn dengar sangat.Dari beli motor besar baik beli tanah..boleh juga digali buat tempat berteduh kelak..(menakutkan jer bunyi)ngeh3x.



post signature

2 strawberries yummy:

sal said...

Assalamualaikum..
Bagusnya krna matlamat hidup yg jelas.Tahniah atas kesungguhan itu..

Pengalaman situasi kerja baru mulanya memang mencabar...pengalaman ibu: keja baru yg ditempuh memakan masa untuk serasi2 ngan kita, kdgkala setahun dua...namun didoakn moga semua cabaran akan dpt diatasi dgn baik dan mudah.INsyaAllah..

Bintu Qawaid said...

terima kasih ler ibu sal..anda memang seorang yang supportive..entah bila lah nak bersua muka

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim.saudara-saudara yang saya cintai kerana Allah..tahukah kita..

ALLAH menguji KEIKHLASAN apabila kita BERSENDIRIAN,

ALLAH memberi KEDEWASAAN apabila kita ada MASALAH,

ALLAH melatih KESABARAN didalam kita KESAKITAN,

ketahuilah,ALLAH tidak pernah mengambil apa yg kita SAYANG,

SEBALIKNYA mengurniakan kepada kita yang LEBIH BAIK...INSYA'ALLAH