Tafsir Surat Al-Kahfi, ayat 1-5
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا (1
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1)
tadabbur penulis:
Surah al-kahfi dimulakan dengan puji pujian kepada Rabbul 'Alamin. Allah swt dengan kurniaNYa telah menurunkan kitab suci al-Qur'an sekaligus yang merupakan mukjizat paling besar kepada hambaNya (Muhammad dan seluruh ummat islam). Dan al-Qur'an telah dijanjikan Allah tidak akan dapat dipesongkan oleh sesiapapun.
قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا (2
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2)
tadabbur penulis
Pada ayat ke dua ini, Allah memperkuat akidah bagi sesiapa yang ingin beriman akan ketetapan Alllah swt. Yakni sesiapa yang ingkar akan diazab dan yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan beroleh kebaikan. Ada perbuatan yang dibalas saat didunia dan ada yang dibalas di akhirat nanti
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا (3
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3)
tadabbur penulis
Mereka yang beramal soleh akan tinggal dalam kebaikan selama lamanya.kekal abadi di akhirat nanti.
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا (4
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
Tadabbur penulis
Amaran keras dari Allah swt menolak dakwaan segelintir manusia yang mengatakan Allah mempunyai anak,Sedangkan Allah itu Esa wujudnya sepertimana difirmankan didalam surah al-Ikkhlas
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلا لآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِنْ يَقُولُونَ إِلا كَذِبًا (5
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
(Al-Kahfi 18:5)
Tadabbur Penulis
Ayat ke 5 sekaligus membongkar penipuan mereka.Sebenarnya mereka yang bercakap itu tidak mempunyai pengetahuan pun.Mereka hanya taklid buta pada nenek moyang mereka.Padahal nenek moyang mereka pun tiada ilmu mengenainya.Mereka telah mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Dan perkataan mereka itu semua dusta.
Sekaligus ayat ini memberi penekanan pada kita,sebelum menyebarkan sesuatu pastikan anda mempunyai ilmu mengenainya,faham asal usulnya.Jangan hanya terus menyebarkan sehingga menjadi dosa hukumnya.Lebih elok ucapkan "wallahu'alam" kembalikan pengetahuan tersebut kepada Allah.Sikap taklid buta (ikut semberono) sangat berbahaya.Risau yang diikuti itu hanyalah dusta semata mata yang diadakan demi kepentingan beberapa individu yang mahukan habuan dunia
Alhamdulillah,segala yang baik datangnya dari Allah swt sedangkan yang kurang adalah atas kelemahan kefahaman diri penulis sendiri. Insha Allah bersambung dimasa akan datang pada ayat seterusnya.