erti kebahagiaan

4:20:00 PM


Salam dihulur buat semua pembaca yang singgah.

Ragam manusia..lain orang lain bunyinya.Macam muzik juga macam2 bunyi. Ada yang gedegang, ting ting, dong2x, ding2x dan macam-macam lagi. Macamlah juga dalam sebuah keluarga. Erti bahagia. senang saya berkongsi satu catatan dari blog seorang sahabat berbunyi:

Mencari dan mencari,apakah erti bahagia di hati. Bukan cuba beretorika,bukan jua cuba keluar dari batas kebiasaan manusiawi, malah ini satu fitrah insani yang akan ada di setiap naluri. Mencari bahagia, itulah impian setiap hari yang di lalui. Tetapi pendefinisian sebagaimanakah bahagia itu wahai diri?

Bahagia itu milik Yang Satu,untuk semua. Ada yang kekal,ada yang sementara. Ia berbeza kerana kita berbeza.halusnya kata-kata.menenangkan dan membahagiakan hati.bicara tentang bahagia membuatkan hati yang lara pun jadi bahagia.

Harus jiwa mencari bahagia. Betapa jauh harus pergi, derita sehebat apapun, biar sendiri mengerti. Manusia yang hidup semata demi diri, takkan pernah mengenal rasa cinta hakiki. Biar ditinggal jauh, biar takdir terus menari, hari esok pasti suci menanti… kerana Dia tidak akan pernah menzalimi..

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

kenapa saya meletakkan blog saya sebagai dunia anak.? ini kerana dalam dunia anak kecil yang mereka inginkan adalah kebahagiaan, kasih sayang dan juga perhatian bukan kekayaan dan kemewahan tetapi tiada BELAIAN.

Impian saya juga begitu..ingin kebahagiaan sentiasa dalam hidup. tapi mana boleh tamak itu wujud dalam diri. mana ada insan yang sentiasa bahagia didunia lain pula kisahnya di syurga.

sapa yang tidak pernah sedih dan kecewa dalam hidup . tapi dalam kehidupan saya ..saat yang paling sedih bukan gagal dalam akademik tapi gagal dalam menyelamatkan keluarga saya. tapi inilah ketentuan ALLAH. kita yang telah mencipta taqdir kita sejak azali bukankah ALLAH telah berfirman manusia itu rezekinya beradasrkan usaha yang dilakukan.

Buat keluarga tersayang..bersabarlah..bukan Allah tidak mendengar rintihan kita, tetapi Allah terlalu sayang pada kita kerana ada imbalan lain disana. Jika tidak ada yang memujuk hati kita, biarlah kita yang memujuknya. Ajarkan hati kita erti kebahagian yang Allah berikan disana adalah yang hakiki..bersabarlah saudara-saudaraku.

Semoga esok kita akan mendapat kan yang lebih dari apa kita miliki sekarang..ameen.

“Bahagia Itu Bila Membahagiakan!”

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images