Nota Kata dari Hati

1:38:00 PM




4.  Kepunyaan-Nya-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan dialah yang Maha Tinggi lagi Maha besar.
(as-syura:4)
ummu orangnya suka berkawan dan mencari kawan
ummu orangnyer degil dan cerewet
ummu orangnya pendiam bila tidak dikenali
ummu orangya pemalu

ummu takde masalah bila bersahabat dengan kaum yang sama ngn ummu
tapi banyak masalah yang timbul apabila ummu besahabat dengan yang berlainan gender
jadi ummu terfikir untuk menulis 
sesuatu tentang diri ummu
buat tatapan family ummu
dan sahabat-sahabat

bila seorang muslimat kata dan menegaskan kata
"ana xnak kahwin, nak berjihad"

taw apa reaksi muslimin?
enti ni xelok..meninggalkan sunnah Nabi
bila ummu kata , ana nak jadi macam rabiatul adawiyah
ada pla yang kata
"itu rabiah..wanita pilihan ALLAH"
ada pla yang kata"enti manusia biasa,punya nafsu dan fitrah manusia ingin berpasangan"

ada lagi yang menyambung
"ada banyak pendapat tentang kisah Rabiatul tu, kisah tentang hidupnya masih dikaji"
ummu jadi pening pla.
ada lagi yang cakap camni
"kita sebagai ummat elok meneladani kisah RASULULLAH dan bukannya Rabiatul Adawiyah"
jadi ummu teringin nak tulis post ni.

Nota kata dari hati.

apa yang ummu tulis semuanya keluar dari hati ummu,

bak kata orang ..tulislah dengan hati maka ia akan sampai kepada hati juga
ummu antara orang yang slalo mengeluarkan statement
"ummu xnak kahwin ...nak jadi macam Robiah"
ramai yang salah sangka dengan statement tu
kami golongan yang macamni bukan meninggalkan sunnah nabi
samasekali tidak..!!
tapi kami ingin mencari kemanisan cinta ILLAHI...
orang lelaki mudah..solatnya,puasanya sentiasa penuh
tapi kami tidak..banyak lubang-lubang hitam dihati kami
mmg wanita baik itu yang bernikah awal
dan kami menghormati, malah mengesyorkan sahabat2 untuk berkahwin awal.
janganlah ada pla yang terpengaruh dengan post ni lepas baca.
ni cuma luahan hati
kami ada rasa ingin menjaga ibubapa,ingin mengirimkan wang kepada mereka
mungkin ada yang berkata
"itu orang dah kahwin pun bole buat"
tapi tak sama nilainya
yang kita berikan nanti.
orang yang berkahwin..yang utama mestilah belah suaminya..
itu yang membezakan wanita dan perempuan
wanita adalh isteri kepada seorang laki dan ibu kepada anak-anak
perempuan macam ummu nilah..yang belum ketemu jodoh lagi
sebabtu derajat wanita itu beh tinggi disisi Allah..
ummu kagum buat sahabat2 yang bole buat keputusan untuk melaksanakan separuh dari agama itu.
tahniah kerana sudah menyempurnakan sunnah Nabi

11.  (dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.
12.  Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; dia melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya dia Maha mengetahui segala sesuatu.



 memang benar hanya Dia yang mengetahui
tentang kisah Rabiah
hanya dia dan ALLAH yang tahu apa dihatinya
sahabat2..
bukan rabiah tidak mahu berkahwin tetapi hatinya terlalu mencintai Tuhan
sampaikan bila ada orang datang meminang ,jawapan yang diberi
"mintalah cintaku pada Rabb ,sekiranya kamu ketemukan jawapan barulah kembali menemuiku"
dia tidak menolak..sekiranya ALLAH mengizinkan ,sudah tentu lelaki tersebut akan kembali menemuinya
ummu xlayak dibandingkan dengan Rabiatul Adawiyah
cuma ummu inginkan sedikit peribadinya dalam diri ummu
wanita yang lemah-lembut luarannya tapi tegas dengan pendiriaanya
yang mencintai dan membenci kerana ALLAH

semata kerana ALLAH
bukan kerana syurga atau neraka..bukan kerana imbalan pahala ataupun segalanya tapi hanya kerana cinta..

jika manusia kini sanggup membunuh, mati kerana cintakan teman lelaki atau teman wanitanya
malah ada sahabat ummu yang sanggup kehilangan dan menyakitkan hati sahabat nya hanya kerana cinta pada teman lelakinya
 malah ada yang penah meminta memanggilnya abang..ayang
semuanya kerana cinta..!

kenapa kita tidak seperti itu dalam mencintai Tuhan ??
 buat makayah..jangan resah jika anakmu tidak bertemu jodoh
 
64.  Dan tiadalah kehidupan dunia Ini melainkan senda gurau dan main-main. dan Sesungguhnya akhirat Itulah yang Sebenarnya kehidupan, kalau mereka Mengetahui.
 Nabi Muhammad saw merupakan contoh buat semua ummat
dan  bagi ummu..rabiatu adawiyah adalah contoh buat wanita yang tidak ketemu jodoh..
bahawa ALLAH masih menyayangi anda.walauapapun status sahabat2
DIA tetap Adil dalam menilai
jangan benarkan diri sahabat2 disalah nilai oleh teman2..sebaliknya serahkan kepada ALLAH dalam menilai diri sahabat2

ummu ingin mencintai Rabb terlebih dahulu..mengenali cinta Tuhan
barulah cinta manusia..
dan ummu slalo pohon agar Allah temukan ummu dengan ar-rijal yang mencintai Tuhannya lebih dari dia mencintai ummu
yang menegur ummu sekiranya ummu melakukan kesilapan dengan cara berhikmah

yang sentiasa melengkapi bila ada kelemahan

dan ummu selalo berdoa..agar ALLAh ketemukan kami disaat kami benar2 mencintai ALLAh lebih dari segalanya..
dan ternyata kini..ummu masih belum mengenal erti cinta Tuhan
masih belum menggapai tingkat cinta kepada ALLAH dan Rasul 
bagaimana ummu ingin berkahwin dan bertemu jodoh.
sedangkan hati ummu masih mencintai dunia..

Ampunkan dosa2 hambamu ini.. Ya ALLAH
kerana hambamu ini sangat lemah disisiMU

jadi sahabat2 ..doakanlah agar ummu dapat mengejar cinta TUHAN

ummu harap sahabat2 yang sering bertanya dan family dapat memahami ummu..
dan buat sahabat ummu yang slalo pening dengan pendirian ummu..
ummu harap post ni dapat membuatkan sahabat2 mengenali ummu lebih dekat

andai tiada jodoh ummu didunia ..xpe.. kerana ALLAH berjanji
akan mencarikan pasangan buat mereka yang belum sempat berkahwin didunia dengan bidadara ataupun suami dari syurga..
tetapi ummu sentiasa berharap..jodoh ummu Allah ketemukan didunia
kerana ar-rijal didunia beh hebat kerana imannya diuji..
jihadnya dipertaruhkan..

10.  Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, Maka putusannya (terserah) kepada Allah. (yang mempunyai sifat-sifat demikian) Itulah Allah Tuhanku. kepada-Nya lah Aku bertawakkal dan kepada-Nyalah Aku kembali.


akhir kalam..salam maaf sekiranya ada yang terasa dengan post kali ini
rasanya tak terlambat nak ucapkan Salam Lebaran
 



You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images