Masih seperti dulu

4:18:00 PM



Aku masih disini..sentiasa menunggu yang disana
walaupun kita terpisah jauh
namun hati masih setia
walaupun kadangkala aku pernah terlanjur
menyayangi insan lain dihati ini
terlalu banyak dugaan disini
sudah tentu ramai juga yang cuba mencuri hatimu disana
tapi aku tidak pernah takut
kerana aku telah meletakkan Allah sbg penghubung kita
lebih elok kita tidak berhubung
maka kita akan terjaga dari segala maksiat yang tersembunyi

aku mengenalimu melalui satu nama
aku sendiri tidak mengetahui
mungkin doa kita telah dimakbulkan..
kita dipertemukan tanpa bicara
kita mengenali melalui perantaraan
kita tidak pernah berutus surat dan bertanyakan khabar
tapi terlalu sukar aku melupakanmu..

aku sentiasa ingat
aku pernah  berdoa..
kita tidak akan bersama selagi cinta kpd yang Esa
masih jauh..
kita tidak akan bersama selagi cinta kita pada dunia melebihi cinta kita pada akhirat
mungkin kerana itu kita masih terpisah..
terpisah oleh lautan..terpisah oleh jarak yang jauh
kau menuntut ilmu dibumi para anbiya'
dan aku menuntut dibumi jajahan



saudaraku..andai kau yang selayaknya buatku
andai aku yang terbaik buatmu
aku berdoa
satu hari nanti..saat kita dipertemukan.
dunia akan tunduk kepada orang berilmu agama
bukan kita yang tunduk pada dunia

biar dunia yang akan mencari kita
tapi bukan kita yang mencari dunia..
kau sering hadir dalam mimpiku..
seolah meminta pertolongan terhadap sesuatu
terlalu sukar untuk difahami
tapi sekiranya inilah taqdir kita..
terimalah..dan ketahuilah..
aku menghantar pertolongan ku dalam doaku..

Semoga kau mempunyai jiwa yang kental..
seandainya didunia kita tidak sempat ketemu
jangan bersedih..
mantapkanlah amal kita..
laksanakan yang ma'aruf
tinggalkan yang mungkar..
kita ingin bersama bukan kerana nafsu..
tapi kerana tuntutan..



sekiranya kau kecewa aku menolakmu satu masa nanti..
ketahuilah..bukan aku membencimu
tapi cintaku pada Illahi masih belum bersatu dlm hatiku
jadi mana bisa aku mencintai yang selainNYA

ku doakan kita berjaya
membawa segulung ijazah
bukan untuk menjadi kebanggaan
tapi untuk penat lelah keluarga kita
dan untuk kita cuba mengubah kemungkaran
dengan tangan kita

yakinlah dgn janji Allah
yakinlah dengan janji Allah
bertaqwalah pada yang selebihnya

slm rinduku buat pejuang Allah

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images