Kerana dia adalah seorang Ayah

12:03:00 PM

kring...kring...kring

terdengar suara ayah dicorong telifon. suara yang dari dulu hingga kini,

masih sama kedengaran

cuma bezanya ia semakin lemah

tidak setegas dan clear macam dulu..

terlalu rindu pada suara tersebut..walaupun jauh dimata tapi Ayah tetap diHAti

terima Kasih atas pengorbanan Ayah membesarkan kami dan memberikan kami Makan minum secukupnya.

Selepas ibu..tidak ada insan lain yang wajib disayangi melainkan Ayah.

ligat minda berputar semula ke saat kami dibangku sekolah dahulu.

Dari kecil , ayahlah yang sering menghantar kami ke sekolah.

walaupun dengan basikal, motosikal atau berjalan tapi ayah tidak pernah lupa untuk menghantar kami ke sekolah.

sehingga kini, apabila kami menjejakkan kaki ke universiti, orang pertama yang wajib menghantar kami adalah Ayah.

dan kami sangat gembira sebab ayah masih tetap mahu menghantar kami untuk menuntut ilmu.
Ayah tidak pernah mengeluh dihadapan kami, biasanya kami tahu ayah menghadapi kesukaran hanya apabila ibu bercerita..betapa Ayah ingin menjadi contoh buat keluarga.

lalu segala kesedihan hanya dipendam sendiri.Jarang sekali melihat Ayah menangis.

Semestinya seorang Ayah harus menunjukkan ketabahan dan kekuatan dalam dirinya buat anak-anaknya.

jika dulu kami sayang Ayah...kini perasaan itu semakin berubah.

kami jadi takut..takut pada kehilangannya..kerana terlalu sayang pada Ayah.

biarpun kini usia yang sudah mencecah 70-an ayah masih mahu berkeras memberikan wang belanja

sedangkan kami ada abang2 di atas kami.

dan paling mengharukan setiap kali kami balik ke universiti, biarpun waktu itu ayah kesempitan wang

tapi Ayah tetap berusaha untuk memberikan wang belanja.

kadangkala kami xsanggup nak ambil dan pulangkan semula.

sebab kami rasa duit pinjaman kami sudah cukup buat kami.

bagi kami..Ayah lebih berhak guna duit tersebut untuk barang2 dapur dirumah.

Paling mengharukan waktu kami di asrama penuh dulu, Ayah akan datang melawat biarpun hanya menaiki motosikal..sedangkan ibubapa lain menaiki kereta.

selalu kami pujuk Ayah untuk memandu kereta, tapi jawapan tetap sama.

"nak buat apa, dah tua.naik moto pun sampai"

bukan malu tapi sedih tengok pengorbanan Ayah.lagi mengharukan waktu malam bacaan Yasin

Ayah datang juga walaupun jauh. Hanya untuk mendoakan supaya kami cemerlang.

kami sangat sedih waktu tu sebab Ayah balik dalam hujan.

tapi sayang...kami tak menghargai pun. sepatutnya saya kene dapat straight A untuk semua mata pelajaran.

tapi cuma dapat sedikit jer.Maaf kan anakmu.

Kalau bab makanan, Ayah xpernah lupa untuk membelikan buat kami.

kadangkala kami terfikir...biarpun Ayah tidak pernah mengajak kami bercuti sperti keluarga lain.

tapi kami tetap bahagia, kami akan sentiasa menghargai,

kerana Kasih Sayang itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
hanya boleh di dapati dari satu sudut bernama HAti.

Mungkin bila anda menjadi Ayah baru anda akan Memahami..

Apapun.. terima kasih buat Ayah. saya xperlu tunggu hari Bapa baru nak ingat Ayah.

Tapi dlm setiap doa, IBU dan AYAH adalah hadiah terbaik dari ALLAH.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images