Khas Buat Adik tersayang

6:39:00 AM

Assalamualaikum buat insan bernama adik.
Pertama sekali bersyukur kehadrat Illahi atas kesempatan hidup ni.

Dan jutaan ucapan TAHNIAH dari akak kerana berjaya dlm SPM.
Tak lupa menyampaikan salam dari kakak-kakak di UIA.
Semuanya mengucapkan Tahniah atas kejayaan yang cemerlang.
Dari kak adah, kak Fauzun, Kak Ean, Kak Ila dan Kak Wani.
Agak kelakar hari ini.Adik yang amik result, akak pula yang tak lalu makan.
Malah selagi xdapat tahu result, xdapat nak pergi exam.
Alhamdulillah akhirnya penat menuggu tak sia-sia.

Gembira tak terkira.Akhirnya adik buktikan bahawa anak petani juga boleh berjaya.
Tidak sesekali kekayaan yang menjamin kita untuk berjaya.
Mungkin kita dilihat tidak berupaya dari sudut harta.
Tapi itu semua jangan dijadikan alasan untuk tidak berjaya.
kerana bahagia itu letak diHATI.cewah..

Sekadar memberi peringatan buat adik tersayang
mungkin kerana namamu masturah(yang terpelihara) membuatkan kakakmu ini sering 
ingin memelihara dirimu.
walaupun kadangkala sangat tegas tapi itulah jiwa seorang kakak.
Yang ingin menyelamatkan Adik.hihihi..
Ketahuilah wahai adikku..disebalik kejayaan yang kita miliki,
Bukan kesemuanya milik kita,
bukan semuanya hasil usaha kita sahaja,
jadi ingatlah jangan sampai terdetik diHati rasa sombong dan ingin meninggi diri.
Belajarlah merendah diri dari sifat Rasul kita,
Dan jangan lupa , salam tangan bapak dengan mak.(kalau belum buat lagi)
cium tangan mereka.
cium pipi mak(mesti belum buat) tahu sangat perangai dik.
tapi ingatlah
 tanpa doa mereka, siapalah kita didunia ini.
Mengenang waktu adik exam dulu,
tetiba terasa terharu.
pada pengorbanan ayah dan mak.
 mak menyimpan air zam-zam dan air baca yasin buat kita. 

mereka berjaga malam demi mendoakan anaknya,
berlapar dahaga disiang hari, bukan untuk dirinya tapi untuk anaknya,

sehingga kakak yang lena tido pun terjaga mendengar doa Ayah buat adik.
melihat tangan yang tidak kuat itu menadah tangan,
mengalir air mata Ayah buat anak-anaknya.
mendoakan agar anaknya sentiasa berjaya dan terpelihara.
Hati mana yang tidak layu.
kerana itu doa ibubapa mustajab buat anaknya.
Akak yang tengok pun menangis sama.huhu.jadi,
Andai kita masih merasa kejayaan itu hasil usaha diri kita sendiri,
maka bertaubatlah dari kekufuran nikmat tersebut.

Jangan lupa juga kepada arwah kiyai kang Ehsan.
Yang sempat mendoakan kejayaan kita berdua,
Jika diputar masa yang lalu,
tidak hairan andai adik dapat cemerlang begini.
kerana adanya orang hebat mendoakan adik.

Pesanan ini buat diri akak juga.
Yang sentiasa berada di zon selesa.

Selepas ini, lembaran hidup sebagai penuntut universiti bakal bertamu.
Dugaan hidup semakin bertambah.
Tambahkan iman..Jangan sekali mengadu sayang pada insan yg bukan milikmu.
kerana itu benar haram disisi Tuhan.
jangan kotori dirimu yang sentiasa terpelihara,

Mulakanlah solat istikharah untuk mencari tempat mana yang terbaik buatmu.
Jika mesir, maka langkahkan kakimu kesana,disana banyak sejarah anbiya'
jika Jepun, maka kuatkan taqwamu ketika disana kerana hiburan banyak,
Jika di Malaysia, banyakkan muhasabahmu kerana berada di zon selesa.

Apapun, semua terserah padamu.
Tapi ingat lah adik, jangan lupa mengucapkan terima kasih pada setiap insan disisimu.
Yang tidak pernah lalai dari menjagamu.
Yang setia menghantar dan mengambilmu walaupun jauh.
jika kita ingin mengira segalanya, sangatlah hina kita ini duhai Adik.
Jadi jangan dilupakan pegorbanan abang dan kakak-kakak kita.

Sekali lagi ucapan Tahniah dan Takziah kerana pasti dihadapan sana Allah telah menyediakan ujian yang lebih hebat untuk adik.
biarkan hidup penuh dugaan andai itu yang mendekatkan kita pada Tuhan.

Tunggu akak balik dari baktisiswa di Penang,nanti kita kongsi cerita sama-sama.
Salam rindu akak buat semua family.
Semoga Allah campakkan bahagia didalam hati kita.
dan Allah murahkan rezeki kita semua.
jangan lupa pesan kat mak ayah next week final exam dah start.

Dari: Akak yang banyak berdosa dan banyak kekurangan.

P/S-sok akak bayar bil tefon tp dengan syarat jangan suka sangat meseg kawan kalo xde keperluan.skang nak cari duit susah.


 

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images