Ku kira Masih ada sinar

8:00:00 AM

Setiap kali rindu datang menerjah, terasa ingin benar tangan ini menulis segalanya tentang dia. Dia yang menemani  saya sejak dari kecil, dia yang sering menghantar saya kesekolah. Jika ingin menulis kenangan bersama dia sudah tentu sampai hujung riwayat saya pun masih belum habis bercerita tentang kebaikan dan pengorbanannya.
Dia itulah seorang ayah yang sederhana dalam mengendalikan hidup dunianya dan tegas dalam mengendalikan urusan akhiratnya. Al-fatihah buat arwah ayah yang  telah selamat pulang kerahmatullah pada tarikh 10hb April 2010 bersamaan 25 Rabiulakhir. Kurang 6 hari dari tarikh kelahiran bulan islam saya.
Mulanya arwah ayah sakit pada tarikh 30hb March 2010, esoknya merupakan  tarikh exam saya. Tak dapat saya bayangkan ketika menjawab exam, hanya wajah ayah yang muncul. Saya langsung tak peduli pada susahnya soalan atau apakah jawapan, apa yang saya tahu saya hanya perlu menjawab dan menghabiskan awal kemudian pulang ke kampong menjenguk ayah dihospital esok pagi lerana exam saya habis lewat petang dan tiket bus pun sudah habis.
Sampai dirumah, mak menyuruh saya makan, solat dan petang nanti bersiap ke hospital. Saya bayangkan ayah Cuma sakit cirit-birit sahaja. Tapi apabila saya sampai, menitis air mata yang saya ingat saya nak pertahankan. Saya salam ayah, dan ayah peluk dan cium saya. Dalam hati” duhai ayah, kenapa ayah jadi begini, kenapa sampai teruk begini, ubat apa yang doctor masukkan, semuanya berlegar dalam minda saya”. Dalam hidup ayah, dia tidak pernah masuk hospital, tak pernah menerima ubat dari hospital jadi kesannya ayah seolah-olah orang yang kene gangguan. Abang panggil ustaz sana sini tapi ustaz kata bukan kene gangguan. Rupanya kewsan ubat yang doctor masukkan membuatkan ayah seperti orang mamai yang asyik bercakap tak berhenti.
Malam itu ayah minta saya yang menjaga ayah, beria benar ayah minta saya menjaganya, walaupun sepatutnya abang yang menjaga malam itu, tapi saya dan mak menunggu dan berjaga juga malam tersebut. Keadaan ayah masih belum stabil, sakit perut ayah masih belum pulih, saya degil minta ayah dibawa pulang. Pada saya biarlah ikhtiar ubatan traditional kerana saya benci melihat ayah dicucuk setiap masa. “sakit ayah?” itu yang mampu saya tanyakan. Sedangkan hati saya menangis hiba. Tapi saya tahan supaya ayah tidak tahu.
Malam itu malam jumaat, abang bacakan yasin untuk ayah, saya dan mak berada disurau menunggu waktu isya’. Malam itu ayah beransur pulih, ayah sudah boleh duduk, saya minta dan merayu pada Allah agar beri peluang pada ayah untuk berehat kerana adik memberitahu ayah langsung tidak tidur semalaman semalam kerana kesan ubat dari hospital.
Ayah bercerita kepada saya. Memberi  nasihat kepada saya. “Tuhan, aku tahu ayahku bukan terkena gangguan tapi badannya menolak segala ubat dari hospital yang mengandungi dadah yang banyak.sembuhkanlah ayah wahai Tuhan yang maha Pengasih”. Ayah member wasiat kepada saya. Cantik sungguh wasiatnya. Seperti wasiat orang2 sufi. Bukan wasiat tentang harta yang ayah risaukan tapi wasiat seorang ayah buat anak perempuannya.
Saya langsung tidak peduli exam yang bakal menjelang, langsung tidak saya baca nota, siang malam saya menunggu ayah, hanya berganti bilamana saya ingin pulang membersihkan diri. Saya sudah nekad ingin membawa pulang ayah hari ini. Alhamdulillah pagi itu ayah tidur lena dari pukul 9:30pg sampai ke pukul 12 tgahari. Tapi doctor masih belum membenarkan ayah pulang. Doctor cakap ayah ada jangkitan kuman dalam darah. Macam-macam lah doctor ni, orang dah tua memanglah macamtu. Saya berdegil nak bawa ayah balik, tapi masih tak dibenarkan. Saya lihat ada sinar kesembuhan diwajah ayah. Jiran-jiran dihospital pun mengatakan ayah dah semakin sembuh. Barulah saya pulang kerumah tengahari itu. Saya minta izin dari ayah.
bersambung.......

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images