Andai itu tanda kasihMU..maka aku terima

7:16:00 PM

manusia ...seringkali alpa pada penciptanya tapi tidak pula Sang pencipta..
Dugaan demi dugaan menimpa ke atas kami sekeluarga..
ibu..bagaimana mungkin aku berkahwin dan membiarkan dirimu terkapai sendirian.

Andai aku harus mengorbankan seluruh hidupku untuk mu IBU..maka akan kulakukan berbanding dengan betapa banyak pengorbanan yang telah kau lakukan.
Usah dirisaukan pada jodoh yang bakal datang. susah snang,pahit manis..andai telah Allah tetapkan maka aku harus menerimanya..

Ibu..ujian yang kita lalui kini tanda KASIH  ALLAH pada kita. lalu mana mungkin aku mencari tempat mengadu yang lain seandainya diri ini sudah merasa cukup dengan jagaanmu.
manusia tidak pernah merasa puas didalam hidup mereka.
Tapi aku merasa sangat puas dengan setiap ujian yang KAU berikan menjadikan aku mengetahui bahawa KAU wujud untuk melindungi dan menjaga hamba-MU.

aku tidak dapat membayar harga sejuta pun terhadap segala nikmat yang Allah berikan. Yang aku mampu..saat KAU berikan kpdku ujian, maka aku akan bersyukur dan tetap mencintai-Mu..semoga KAU boleh merasa cintaku untuk-Mu

kerana diri ini semakin lama semakin cemburu bila mana melihat ada hamba lain yang sentiasa setia bersamamu sedangkan aku semakin menjauh dari-MU..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images