~121210~

11:38:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya rasa masih sempat lagi mengucapkan salam maal hijrah buat semua.
Semoga masing-masing sudah berdiri dengan azam baru untuk tahun yang baru
buku yang baru dan wajah yang baru.
keluarga yang baru buat pengantin baru dan juga..
semester yang baru buat pelajar yang sudah kembali semula ke kampus.


Nabi SAW bersabda bermaksud: Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci. [Riwayat Baihaqi]



Dikesempatan ni saya nak ucapkan syukran tak terhingga buat teman - teman yang sentiasa mengingati tarikh 1212 ni
tarikh azimat ke?Oh tidaklah.cuma tarikh kegembiraan sementara.hihi.
Apa yang bestnya..hari ni kebetulan tarikh buka sem baru buat kampus saya seterusnya tarikh ulangtahun kelahiran saya dan anak buah saya.Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur saya sehingga kini dan kena tambahkan taubat kerana tarikh kematian juga semakin dihampiri.

Dan syukur alhamdulillah kerana sepanjang hari ini saya sentiasa diberi keizinan oleh Allah untuk bertemu,bersama  dan bercakap dengan orang tersayang.

1)Sewaktu nak balik..dapat kiss dari mama tersayang dan juga duit belanja.hihi
2)Pergi ke stesen ditemani oleh semua kakak-kakak tersayang.Kebetulan mereka ada dirumah hari ini.
3)sewaktu balik ke kampus dengan tak disangka-sangka satu bus dengan sahabat tersayang ~Laila
4)Dapat call dan meseg dari teman2 tersayang.(su..yun..dee..dan ramaaiiii lagi)mama pun call lagi.hihi
5)Bila malam pula dapat kek dan hadiah dari sahabat tersayang.


Apapun..tanpa segalanya diatas..saya tetap sayang mereka..kalau takda sambutan hari jadi pun saya tetap sayangkan mereka.sambut hari lahir cuma bersederhana dan tak payah tiup2x lilin.Tak elok.Kenapa hari lahir disambut??Untuk eratkan sillaturrahim kerana dengan bertukar-tukar hadiah ...ukhwah juga semakin mantap.

Saya sebenarnya nak satu jer setiap kali tarikh lahir saya datang ..iaitu..doa saya dimakbulkan-semoga Allah tumbuhkan lagi banyak daun-daun cinta sesama kami bersaudara.kuatkan lagi akar keimanan kami.Semoga persaudaraan ini kelak membantu ke syurga Allah.Semoga Allah sirami dosa2 dan api yang membakar dengan air cinta sayang dari ukhwah ni.Semoga Allah menangkan umat Islam di seluruh dunia.

Dan seperti kamu juga bila tiba hari jadi..ucapan yang saya dapat~ semoga panjang umur, murah rezeki, cepat kahwin, cepat dapat anak...ditambahi iman..dan banyak lagi tapi ucapan ibu memang mengharukan..simple tapi mengharukan.(rahsia...)Thanks mak.

Untuk setiap ucapan dari anda semua..saya tahu terima kasih tidak mencukupi untuk membalas segalanya..saya berdoa untuk setiap doa kalian untuk saya..Allah gandakan buat kalian..semoga kalian mendapat lebih dari Allah swt.

wallahu'alam.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images