Amalkan Persaingan Sihat~

8:53:00 AM

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille
 Dalam memacu minda kelas pertama yang saban kali di gempar-gempurkan, saya nukilkan tulisan ini buat anda.Menuju kepada PRU yang bakal menjelang serta PRK yang bakal menggegarkan kampus-kampus.Saya dengan sekecil hati cuba mencoret serba sedikit pendapat saya.Mutakhir ini saya seringkali mendengar teman-teman saya yang mengadu tentang kawan makan kawan, tikam belakang.Saya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa.Tapi ini lumrah dunia.Cuma saya sering menggalakkan untuk kita bersaing dengan sihat.Setengah pelajar segan untuk berkongsi keputusan yang diperolehi.Memilih jalan untuk menipu.Pada saya..andai anda tidak berjaya ..katakan saja anda tidak berjaya.bersikap jujur itu lebih dicintai orang.Ada pula yang bila dapat past year atau note senior mereka sorokkan untuk tatapan mereka sendiri.Ingat..orang tamak selalu rugi.Pada mulanya..bila teman-teman bercerita, saya geram juga la ,tetapi bila difikir kembali..bersikap tenang,sabar dan yakin pada janji Allah itu lebih baik.Kerana sabar itu indah.


Bila kita menonton television..cuba kita perhatikan, iklan-iklan yang terpapar dalam mempromosi produk mereka.Tidak pernah kita lihat ada iklan yang menggunakan produk lain untuk dibandingkan.Paling -paling tidak pun mereka letakkan (produk x tidak mampu menandingi kami.Anda cuba sendiri.)Apa yang saya nak sentuh adalah berfikir secara logikal..kenapa persaingan sihat sebegitu tidak kita amalkan dalam PRU ataupun dalam pembelajaran.Hanya individu yang tidak punya keyakinan sahaja yang mengaplikasikan tikam belakang, kutuk-mengutuk ,rasuah dan sebagainya.Kita belakangkan emosi dan kita depankan minda.Pandangan saya, untuk pilihanraya, tidak perlulah sebagai contoh PAS nak kutuk UMNO,UMNO nak kutuk PAS dan sebagainya lagi.Kita pamerkan produk kita macam iklan kat tv.Buat yang terbaik dan biar penonton sendiri yang menilainya.Ini pandangan saya.Apa yang menyedihkan untuk soal selidik yang lalu ,malaysia telah berjaya menduduki rating ke 8 untuk rasuah.Jadi adakah budaya persaingan sihat ini diamalkan.Kita sibuk memikirkan rating ke berapa Malaysia duduki untuk sukan asia dan sebagainya tetapi lupa mengkaji rating rasuah yang sepatutnya malaysia selaku negara Islam tidak patut tersenarai.


Why not kita aplikasikan persaingan sihat ini dalam semua kehidupan kita.Sebenarnya individu yang banyak bercakap buruk terhadap individu lain itulah yang akan gagal dalam kehidupan mereka.Ini kerana mereka menumpang kejayaan mereka atas kelemahan individu lain.Mereka mengisi kemenangan mereka atas kelompangan individu lain.Ia mungkin boleh dikatakan kemenangan tetapi pada saya sama sahaja mereka tidak berjaya.Orang bijak berjaya atas kaki mereka sendiri.Kita boleh lihat dalam filem-filem contohnya..ataupun dalam realiti kehidupan kita sendiri.Bagaimana Islam zaman nabi ditegakkan.Bagaimana kerajaan islam melangkaui sepertiga  dunia.Dan kita lihat punca tejadinya keruntuhan daulah turki  uthmaniyyah.Punca bermula dari RASUAH,kawan makan kawan.selebihnnya anda kaji sendiri.
*******************************************************************
Kita boleh ambil pengajaran dari apa yang telah Allah janjikan kepada Nabi-Nya sallallahu’alaihis salam bahwa agamanya akan menang diatas agama-agama lainnya. Allah berfirman : “ Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, agar untuk dimenangkan-Nya diatas agama-agama yang lain “ Surat At-Taubah : 33, Al-Fath : 28 dan Shoff : 9. 

Al-Qurtuby mengatakan : “ Dan hal itu telah terjadi. Biasanya Abu Bakar radhiallahu’anhu ketika mengirim pasukan untuk berperang, memberi tahukan kepada pasukannya apa yang telah Allah janjikan untuk memenangkan agama-Nya. Agar mereka percaya akan kemenang dan yakin akan keberhasilan. Begitu juga Umar radhiallahu’anhu melakukan seperti itu. Oleh karena itu kemenangan demi kemenangan terus di gapai mencapai timur, barat, daratan dan lautan. ( tafsir Al-Qurtuby : 1 / 75 )
dan juga dalam surah al-anfal:6-10 Allah berfirman

[6]
Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).
[7]
Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;

[8]
Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
[9]
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
[10]
Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
***********************************************************
jadi moral nya adalah biarkan apa mereka nak kata andai semuanya adalah kepalsuan.Biar mereka dengan usaha mereka, dan kita dengan usaha kita.Dan yakin pada janji ALLAH...bantuan akan datang kepada orang-orang yang benar.Lambat atau cepat..itu Allah sahaja yang tahu.

wallahu'alam.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images