Apa yang aku sampaikan??

3:26:00 AM

Zikir bererti “merenungi dan mempelajari secara mendalam”. Bila kita membaca dan merenungi ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat Allah yang berupa alam yamg luas terbentang serta isi-isinya sampai kita merasakan kehebatan kebesaran keagungan Allah Rabbul Jalil apa lagi sampai ke tahap mengeluarkan airmata kesedaran, maka itu juga adalah zikrullah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari api neraka”.

Itu muqaddimahnya.Isinya baru ingin saya mulakan.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini.Buat sang PENULIS.Tidak kisah penulis akhbar,blog,cerpen,novel mahupun buku.Penulis adalah penulis.Dia harus bersifat neutral.Dia harus mengenali diri mereka sendiri sebelum menulis tentang insan lain.Penulis juga adalah penyampai. Mereka menyampaikan dakwah mereka menggunakan penulisan mereka.Kenapa anda menulis??kenapa aku menulis??tanyakan semula pada diri.

Sampaikan walaupun hanya sepotong ayat.Tidak kira samaada ia merupakan nasihat, ilmu, kisah sufi, kisah anbiya',kisah teladan dan pengajaran.Yang penting sampaikan kerana ALLAH.

Demi masa! 
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
Di  dalam kuliyah,ataupun selepas tamat pembelajaran..kita akan sebut "tutup majlis kita dengan tasbih kafarah & surah al-asr".Tetapi kita hanya sekadar membacanya tanpa pernah mengamalkan.

Sekali lagi, penulis adalah penulis, untuk dia menjadi penulis yang professional, dia harus mengeluarkan segala elemen tidak sihat yang mengganggu penulisannya termasuk elemen dengki,tidak puas hati,emotional melampau dan sebagainya.Dia harus menulis mewakili kedua-dua belah pihak tetapi diakhir penulisan atau conclusi hanya pihak yang dijanji kebenaran dan kemenangan oleh ALLAH yang harus ditegakkan.

Semua orang bisa menulis.Tetapi tidak semua yang menulis bisa menyentuh hati semua pembaca.Termasuklah penulisan saya kali ini.Tetapi..Anda harus ingat, mungkin dengan penulisan anda, seorang yang baik bisa menjadi jahat..seorang yang kafir bisa menjadi muslim..seorang yang taat bisa menjadi pemberontak..seorang penghuni neraka bisa menjadi penghuni syurga..itu semua bisa terjadi hanya kerana sepotong ayat yang anda nukilkan.

Kerana itu ALLAH memberi guideline kepada kita bahawa berwasiat pada kebenaran dan sabar.Penulisan anda adalah wasiat untuk ummah akan datang.Bagaimana anda menulis hari ini, seperti itulah sikap ummat akan datang.Kerana itu, kenapa kita tidak mengenali sejarah??kerana sejarah sebenar kita telah di ubah oleh orang-orang yahudi.Mereka sedar, selain berperang dengan physical..berperang dengan penulisan juga penting.Sebab itu, mereka berusaha menyimpan dan membakar penulisan sebenar dan menggantikan tulisan itu dengan hasil ideologi mereka.Maka tumbuhlah kita ummat yang berpasakkan ideologi penulisan mereka.Benar @ tidak?(anda fikirkan kembali)

Saya memang akan menjalankan blog walking bila saya mempunyai masa free. Tetapi apa yang begitu menyedihkan saya sehingga kadangkala seolah terkena serangan jantung bilamana penulis menyampaikan sesuatu yang tidak benar disisi islam..yang menjerumus ke arah fitnah dan maksiat.Seperti mana isu politik dan couple.

sekali lagi saya tekankan..andai penulisan kita membuatkan orang lain terjerumus ke lembah maksiat..bersedialah menjawab persoalan itu di hari pembalasan kelak.Setiap insan mempunyai seni mereka sendiri dalam memberi nasihat berupa penulisan.Tetapi jangan diketepikan kebenaran yang ALLAH pesan pada kita selaku muslim.

Seandainya anda bukan muslim..saya boleh ignore..tetapi sayang seribu kali sayang Ya ALLAH..hamba2-mu kini ramai yang alpa.Mereka leka dalam dunia mereka sendiri.Apakah yang ingin mereka sampaikan ya ALLAH??bagaimana wahai Tuhanku..bagaimana ingin membantu mereka??Ya ILLAHI..Engkau buka mata hati kami..Engkau tunjukkan hidayah buat kami dengan rahmat-Mu yang sangat luas.
Jika anda mengaku sebagai dai'e, bantulah mereka.Kita sama-sama cari blog saudara kita dan kita tegur sekiranya ada perkara yang tidak patut mereka sampaikan. 
Firman Allah SWT melalui surah az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:
"...Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna

Kalimah paling tinggi yang perlu anda sampaikan adalah kalimah : ashadu alla ila ha illa allah, wa ashadu anna muhammadur rasulullah.
Bukan kalimah fitnah mahupun saya cinta awak.

Boleh saya katakan,Penyakit ummah yang dihidapi kini berpunca dari penulisan dan peyampaian yang berbuah hasad dengki dan persaingan.Tidakkah sahabat-sahabat sedar?

Sehubungan dengan hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya:

“Bahawa sesungguhnya umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat itu ya Rasulullah?” Sabdanya, “Iaitu penyakit kufur nikmat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama kita sendiri untuk merebut kemewahan dunia, penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara”.

Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik)memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran. (Surah at-Tawba: 126)
Terpulang pada anda apa yang anda ingin sampaikan, tetapi sekadar sahabat yang ingin memberi peringatan bahawa setiap patah akan dihitung.Rabbi..ampuni daku.
wallahu'alam

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images