'Ban internet'

5:15:00 PM

No internet! Ban internet!!boikot internet!!

those are not from me..but from someone.(secret)
speaking malay please..
ok..changing tune...loading...success

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali saya nak mohonkan kemaafan kepada sesiapa yang terasa. Bukan saya nak mengkritik ataupun menghukum.Ini sekadar lontaran pendapat saya.Pada era alaf baru dan mendekati kepada wawasan 2020..Tidak logik rasanya jika masih lagi ada individu yang mengatakan tidak pada internet.Mungkin bahasa tepat bukan 'ban internet' tetapi 'appropriate internet use'.

Tidak dinafikan bahawa internet atau nama panjangnya kemudahan teknologi ini sedikit sebanyak mempengaruhi seseorang individu.Itu jika dinilai di satu sudut penggunaan. Permasalahan kini..semua dunia sudah mula mengaplikasikan internet sebagai sumber sekunder.Jadi apabila ada individu yang mengatakan tidak pada internet sedangkan si fulan adalah pelajar..itu agak janggal sama sekali.

Apa yang lebih saya kesalkan lagi..'ban internet ' itu wujud apabila seseorang pelajar misalnya telah gagal dalam matapelajaran.Saya ingin membuka minda anda bahawa "internet is not the reason of your failure.but yourself." Manusia bila berjaya mereka mula mendabik dada.Malah ada yang tidak sedar diri mengatakan kejayaan itu datang dari kebolehan diri sendiri.Tetapi apabila ditimpa kegagalan, masing-masing mula menyalahkan orang lain.perkara lain..penyebab itu,penyebab ini dan sebagainya.Pada awalnya menuding pada objek, kemudian individu, kemudian organisasi, kemudian agama dan seterusnya nauzubillah..fikirkan sendiri.Barangkali sedar diri itu baru datang.Tetapi malu nak mengaku.(terasa saya)

Sedangkan kita ketahui larangan Allah SWT sangat jelas didalam Al Quran :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."(Surah Al Hujuraat : 12)



Yang ingin saya tegaskan sebenarnya bukanlah soal 'ban internet' sahaja tetapi merangkumi aspek yang lebih besar iaitu menuding jari.Apabila anda suka bersikap menuding jari ketika menerima kegagalan..tunggulah saat kehancuran diri anda sendiri.Orang success tidak suka menuding jari pada individu lain.Dan kejayaan juga tidak akan anda capai melainkan anda sedar bahawa kegagalan yang lalu adalah kesilapan anda sendiri.

Kini..semua teknologi terbentang dihadapan anda, telifon, internet, permainan, laman sosial ,termasuklah maksiat.Segalanya dihujung jari.Tapi anda perlu ingat,anda punya pilihan untuk memilih.Mesti ada.Anda boleh pilih syurga @ neraka..miskin @ kaya..jahat @ baik..berjaya @ gagal..kahwin @ membujang.Pilihan di tangan anda.Andai dari sekecil perkara, kita sudah mula menuding jari ..lama kelamaan bila kegagalan besar berlaku dalam hidup,tidak mustahil kita tuding jari kita pada agama kita sendiri.Lebih hebat lagi kepada ALLAH.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. Benar banget sahabat, sebisa mungkin memang kita harus menjaga sikap dan tutur kata kita.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images