Hukum asal wanita~

8:00:00 AM

Dewasa kini..ramai wanita yang menonjol lebih di banding dengan lelaki..malah ada antaranya yang menjadi pemimpin persatuan sampailah kepada pemimpin negara dan dunia.Mereka ingin mempunyai kedudukan yang sama seperti seorang lelaki.Sudah lama saya ingin mencoretkan tulisan ini tetapi untuk mencari hukum asal wanita itu ia memerlukan hujjah yang bernas.Saya tidak pernah mengharamkan wanita untuk bekerja.Saya juga tidak mewajibkan wanita untuk menjadi suri sepenuh masa.Ini sekadar sebuah lontaran.Masing-masing telah mempunyai pendirian masing-masing.Tetapi saya mula memikirkan semula bilamana saya melihat kejadian rogol semakin giat , suami malas bekerja dan anak-anak dibiarkan tanpa didikan sempurna.Pejuang islam menjadi pengecut.Agama disisihkan dan harta kemewahan dijulang.Permainan di jadikan tempat memujuk anak-anak .Lalu saudaraku sekalian..kita kembali kepada asal hukum seorang wanita itu..

Yang kita pelajari tentang hukum wanita berupa seperti ini ->konsep-konsep yang saya ambil dari persekitaran hidup saya dan juga rakan-rakan sebaya saya. Konsep-konsep ini dapat disimpulkan pada wanita itu tugas asalnya adalah seorang pekerja, bukan ibu ataupun pengatur rumahtangga. Tugas dan gaji khususnya itulah yang akan merealisasikan kepuasan dirinya dan kebahagiaannya.Saya tidak menyalahkan sesiapa atas konsep-konsep yang salah ini kerana ini merupakan natijah semulajadi yang terhasil kerana umat berhadapan dengan perang budaya kapitalis secara luarbiasa dengan pelbagai cara dari media, iklan, episod drama dan juga filem-filem, metodologi pendidikan dan program kebudayaan, pimpinan pemikiran dan politik yang disuburkan melalui tapak tangan Barat dan dipelihara dengan baik oleh mereka, barangkali juga dalam asuhan mereka.Dan kita telah pun diperhambakan oleh mereka.

Saya sedaya upaya menjadikan penulisan ini menjadi pendek tetapi cukup segalanya.Semoga serba sedikit dapat menjadi rujukan buat wanita di luar sana.
 
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap dari kamu adalah pemelihara dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipeliharanya. Seorang pemimpin adalah pemelihara dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemelihara keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemelihara dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya. 
 
 
”Diriwayatkan bahawa Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.a datang menemui Nabi SAW dan bertanya:Wahai rasulullah, sesungguhnya aku jurucakap kaum wanita Islam. Mereka semua berkata dan berpendapat sepertiku. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan juga perempuan. Kami telah mempercayaimu dan mengikutimu. Dan bahawasanya kami ini, kaum wanita, terhad bilangan kami, sentiasa duduk di rumah. Dan bahawasanya kamu kaum lelaki , telah diberi kelebihan dengan solat Jumaat, dan menyaksikan jenazah. Apabila mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga harta benda mereka dan memelihara anak-anak mereka. Tidakkah dapat kami berkongsi dengan mereka dalam pahala ini?” 
 
Sebaik sahaja jurucakap wanita ini habis dari pengaduannya, Rasulullah menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata kepada mereka:Pernahkah kamu mendengar pembicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan masalah dalam agamanya daripada wanita ini?” 
 
Para sahabat menjawab serentak:Kami tidak sangka ada seorang wanita yang dapat mengemukakan permasalahan seperti ini, wahai Rasulullah!” 
 
Rasulullah lalu menoleh kepada wanita itu seraya berkata:Beredarlah wahai Asma’! Dan beritahulah kepada kaum wanita yang lain, bahawasanya penjagaan seorang wanita kepada suaminya, dengan mencari keredhaannya, dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semua itu.” Lalu beredarlah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir memberitahu khabar gembira mengenai pernyataan Rasulullah SAW kepadanya itu.”
 
Maka wanita adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya. Dia merupakan pemimpin dalam mendidik anak-anaknya, dalam mengajarkan mereka, membaguskan akhlak mereka, membina pemikiran mereka. Supaya wanita dapat melakukan peranan ini, dia hendaklah menyiapkan dirinya dengan menuntut ilmu dan pengetahuan syarak dengan kadar yang diperlukannya dan yang membolehkannya melaksanakan kewajipan ini. Lelaki pula, sama ada bapa, abang atau suami wajib menyediakan perkara-perkara tersebut untuknya. Sementara keadaan dirinya yang merupakan kehormatan yang wajib dijaga, Islam telah menjadikan kematian dalam rangka memelihara kehormatan ini sebagai syahid. Manakala fungsinya sebagai ibu adalah dirinya yang merupakan tiang dalam membina keperibadian adalah satu perkara yang bukan teori atau khayalan. 
 
Allah SWT ketika hendak memberikan contoh kepada orang-orang yang beriman, memilih untuk mencontohkannya dengan seorang wanitaDan dijadikan contoh oleh Allah kepada orang-orang yang beriman, isteri Firaun kemudian Dia berfirman: Dan Maryam anak Imran. Hal ini meskipun menunjukkan kepada sesuatu perkara, ia sesungguhnya menunjukkan keagungan peranan wanita dalam membina keperibadian-keperibadian. Demikian juga apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW: “Ambillah setengah agama kamu dari al-Humaira’ ini, iaitu ummul mu’minin Aisyah.”

Tidak ragu lagi bahawa hal ini menetapkan tanggungjawab atas wanita, iaitu hendaklah ia pertama-tama sekali melihat kepada dirinya dengan pandangan yang mendalam, yang benar hingga dia dapat melihat dan merasakan keagungan tempatnya dalam Islam dan memahami bahawa ia merupakan nadi kehidupan dalam keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya dia berkhidmat kepada urusan rumah dan kebaikan keluarganya, dan dialah yang bertanggungjawab supaya Allah itu dingati dengan banyak di rumahnya. Allah disucikan dan dipuji pada pagi dan malam hari di rumahnya. Solat dilaksanakan, dan al-Qur’an pula dibaca di dalamnya. Sementara anak-anaknya pula dididik seperti ia mendidik dirinya untuk memikul dakwah, ketaatan, berkorban dan memberi di jalan Allah, sementara gangguan dari manusia atau pihak pemerintah tidak dapat memudaratkannya.

Sesungguhnya kewajipan isteri terhadap suaminya banyak sekali sepertimana jua tanggungjawab suami terhadapnya. Belum dikira lagi semua kewajipan syaraknya sebagai manusia; seperti solat, puasa, zakat, haji, berlaku benar, menunaikan amanah, menutup aurat, taat kepada suami, berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahmi, menuntut ilmu, muhasabah pemerintah, jihad defensif, melakukan amar ma’ruf nahy munkar, memikul dakwah, membai’at pemimpin umat Islam, melazimi berbuat taat dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian kefardhuan yang berkaitan dengan wanita dan yang meliputi semua aspek kehidupan termasuk: ibadat, muamalat, uqubat, makanan, pakaian dan akhlak. Oleh itu, peranan wanita Islam tidak terhad di rumah sahaja meskipun keibuan dan tugasnya di rumah adalah tugas asalnya, tetapi menjangkau kepada semua aspek kehidupan Islam.
 
 
lalu kita fikirkan sejenak..kini wanita benar-benar menyamai kaum lelaki tetapi kita lihat kaum lelaki pula semakin malu(bahasa lembutnya) atau lebih mudah semakin dayus(bahasa kasar).dimana silapnya??Usah menuding jari kepada suami mahupun bapa mahupun abang..tetapi tunjukkan kepada diri anda wahai wanita. Kerana kita lupa asal kejadian kita, kita lupa asal hukum kita, kita dibuai oleh hukum yang dicipta oleh jahiliah.Menjadi suri adalah pekerjaan yang sangat mulia bukan kolot seperti yang diperkatakan.Jika di lihat pejuang-pejuang yang syahid dulu lahir dari ibu yang bekerja sepenuhnya dirumah, mendidik dan mentarbiyah anak mereka dirumah.Dengan itu..jangan dipertikai wanita dimana keberadaanya  dalam islam....kerana jawapannya adalah satu  disisi keluarganya.Berjihad berperang itu pekerjaan lelaki, wanita itu menguatkan bukan yang kuat.Bekerja siang dan malam itu urusan lelaki asalnya.Urusan mu adalah bertungkus lumus mendidik agama anak-anakmu dan adik-beradikmu serta keluarga seisinya.
 
 "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri (atau, suami) kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami ketua bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)" (25:74). Mudah-mudahan dengannya, dan dengan usaha yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh dalam mentakuti-Nya, para wanita, yang di dalam Islam sebenar, berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.
 
Walaupun saya mengambil bidang kejuruteraan..ia tidak semestinya saya bekerja sebagai jurutera,Kerana pada saya ilmu itu indah untuk dipelajari.Saya berminat dengan bidang ilmu ini.Hakikat sebenar cita-cita saya biarlah hanya Allah yang tahu.
Sumber rujukan:hizbut tahrir Malaysia, al-Qur'an,wanita dalam islam sebenar.




You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images