mimpi bukan lagi mimpi~

1:19:00 AM

Bermimpikah aku disini??Itu yang mampu saya katakan saat saya melakukan survey penyelidikan.Sungguh saya tak sangka saya akan dihantar untuk survey ke bangunan flat/apartment usang.Ada yang baru dan ada yang sudah terlalu usang.Kelihatan tikus-tikus pondok berlari riang disana-sini.Tidak cukup lagi dengan bau yang ....(xdp nak describe..mual).Cabaran ini memang saya nantikan selama ini.Dulu mungkin mimpi tapi beberapa hari lepas ia menjadi kenyataan.Kenyataan yang terlalu sukar untuk saya lupakan.
Di saat saya masuk ke apartment usang 5 tingkat tersebut,semua mata ,tajam memandang saya dan kawan saya.Kami hanya berdua ketika itu.Mereka masing-masing bisik-membisik.Ikutkan hati nak saya patah balik tapi kaki saya seolah tidak mahu berhenti dari terus menapak.

Seorang lelaki india yang sudah berumur mendekati kami, di tangan kanannya,tergenggam kemas minuman arak dan di sebelah kiri ada potong rokok.Berjalan terhuyung-hayang.Wajahnya merah mungkin mabuk tahap maksima dah.Istigfar saya memang laju saat itu.

lelaki tua: Adik...adik mahu pergi mana???Pak cik boleh tunjuk jalan.
saya: Saya nak cari blok A04.(seolah blurr waktu tu.tapi dah siap nak mengelak kalau dia buat benda tak senonoh)

lelaki tua tu.. walaupun sudah mabuk tapi mampu lagi tunjukkan bangunan blok dengan betul.Mungkin dah immune dengan minuman haram tersebut.Sedih hati saya.Siapa yang ingin menyelamatkan uncle ni??

Bila masuk apartment pula.masyaALLAH..tak mampu saya nak ceritakan.Nak kata tempat maksiat pun..wallahu'alam.entah kenapa saya yang dihantar kesini hari itu.Tidak ada muslimin ke ??Muslimin pupus??Saya dan adik takut.Mana taknya mata setiap lelaki tajam merenung kami.rasa macam dah kena scan semua dgn mereka.Tapi kami percaya..kami dihantar kesini kerana ada sesuatu yang ingin Allah ajarkan pada kami.(jangan takut..Aku ALLAH bersama kamu..seolah ada yang membisikkan kepada kami..)
Terlalu banyak yang ingin saya nukilkan.tapi saya tak mampu nak tuliskan.sangat tak mampu melihat inikah MALAYSIA negara islam.??Bagaimana kemenangan ingin memihak pada ISLAM jika survey tempat-tempat macam ini pun muslimat yang dihantar??Yang menghantar pula orang lelaki.Malah orang tersebut pula yang duduk di office bermesyuarat.Siapa yang melindungi siapa sebenarnya??

Aduh..sedih memikirkan semua ini.Belum lagi waktu kami masuk ke apartment ibu ayam.(saya cepat-cepat panjangkan istigfar saya.saya kawal kemarahan saya.Hanya ALLAH tahu bagaimana rupa saya saat saya marah..)Nak cerita tak mampu teman-teman.Anda harungi baru anda rasai.Ia bukan seperti ketakutan yang kita rasai saat tengok filem seram,tetapi kesedihan..Mereka perlukan khalifah..mereka perlukan pemimpin yang merasai keperitan mereka.Mereka juga ingin kembali..Saya sedih,pilu dan banyak lagi perasaan yang bersarang hingga saat ini.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images