Soal Cinta biarlah rahsia~

7:47:00 AM

-Andai CINTA hendak diberi-

Kasih manusia sering bermusim,
Sayang manusia tiada abadi,
Kasih Tuhan tiada bertepi,
Sayang Tuhan janji-nya pasti.


Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama,
Kita perlu sentiasa berwaspada dalam memilih pasangan.Saya bukanlah insan pakar bila bercakap tentang cinta.Apatah lagi dalam bab-bab memilih pasangan.Sekadar terbaca di satu buku lalu saya kongsikan di sini.Untuk permasalahan cinta mungkin anda perlu mengadu dengan dr.CInta. untuk segala masalah CinTa.

Tetapi nasihat saya..andainya sedikit cinta itu hendak diberi kepada insan yang boleh digelar suami..
Pilihlah seseorang yang... 
Kuat Agamanya-Biar sibuk sekalipun hidupnya..solat fardhu mampu ditunaikan dan terpelihara waktunya.Terima si dia kerana ketakwaannya.Bukan kerana harta mahupun pangkat yang bakal sirna ditelan masa.JUga bukan sahaja mencari title ustaz sudah mencukupi..tetapi yang bertakwa.memang sukar mencari.Kerana disitu cinta tersimpan.

Baik akhlaknya-Selepas takwa, yang menyusur pula adalah bertolak ansur, lemah lembut(bukan mak nyah).Sopan tutur kata kepada semua orang bukan hanya kepada mak mertua.Hati mulia.Menghormati kita selaku isteri.Menyayangi kita kerana ILLAHI.

Tegas-mempertahankan maruah kita dan juga dirinya.selalunya lelaki akan mudah cair pada wanita.sekiranya nampak kesilapan kita, si dia akan menegur kita.bertegas tidak semestinya garang.ia berlainan.Tegas disini adalah mempertahankan syariah islam.Walaupun di ceruk mana dia diletakkan.syariat iSlam tidak pernah di ketepikan.

Amanah-Jika si dia pernah mengabaikan tugas diberi dengan sengaja, ditambah pula salah guna kuasa..lupakan terus si dia.Tak payah fikir lama-lama.

Terbatas pergaulan-tak nak couple dan tidak amalkan cara hidup sihat.Cinta itu rahsia besar dalam hati.Usah dinodai dengan maksiat hatta zina dengan hati.Andai si dia meminta couple..mendesak untuk bercouple,kalau tak, putus perhubungan ..cukuplah!! usah diintai bayangan mahligai bersamanya.Kerana bagaimana pergaulan dia kepada kita, begitu juga pergaulan dia kepada individu lain.

Tidak boros-Berbelanja dengan bijak.Tidak menuruti segala kemahuan kita.Sayang itu tidak terletak pada sebanyak mana hadiah yang bakal kita terima.Cukuplah apa yang sekadarnya.

Tidak liar mata-Jika matanya kerap meliar ke arah wanita lain ketika berbicara,hmmm carilah yang lain.Memang tiada insan sempurna didalam dunia.Tetapi setiap dari anda mempunyai pillihan.Percaya pada Allah dan sentiasa berbaik sangka.

Untuk mendapat insan sepert diatas..kita iaitu diri sendiri yang wajib mengarah diri menjadi seperti itu.inshaallah rahmat Allah itu sangat luas.Janji-NYA jua adalah pasti. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi.

wallhu'alam.


You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images