3) Roh Amal[ roH muSafir& PerGauLan]

4:55:00 AM

ROH BERMUSAFIR

Bagaimana pula roh amal dalam bersafar, bermusafir, berekspedisi atau mengembara? Di antara rohnya ialah:

  1. Sentiasa peka dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Apa saja yang kita lihat dan yang kita dengar mestilah diambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan.
  2.  Terasa kebesaran Allah bilamana melihat alam atau melihat pemandangan. Dalam safar (pemusafiran) itu, hati terasa dilihat oleh Allah SWT. Kalau dalam safar hati tidak terasa dilihat oleh Allah, itulah kadang-kadang mata kita jadi mata keranjang. Macam-macam benda yang bukan-bukan yang kita lihat nanti. Oleh itu di dalam safar kita mesti bawa hati sama iaitu terasa dilihat oleh Allah SWT. Firman Allah: “Dan Dia (Allah) sentiasa bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al Hadid: 4)  Maksudnya di mana saja kita berada, Allah Maha Melihat, bukan saja yang lahir malah sampai ke lubuk batin kita.
  3. Apabila kita melihat orang buat maksiat, hendaklah masukkan ke dalam hati kita rasa insaf dan syukur yang mana Allah telah selamatkan diri kita daripada melakukannya. Di samping mengharapkan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka agar mereka bertaubat.
  4. Jika kita lihat kebajikan dan kebaikan, hati hendaklah terasa ingin untuk berbuat dan menirunya. Kalaupun belum berkesempatan, hati setidak-tidaknya hendaklah bercita-cita atau pasang niat untuk berbuat yang sama. Hendaklah kita sensitif dengan perbuatan itu dan terbitkan keinginan di dalam hati untuk menirunya pula.
  5. Apabila kita melihat orang yang dalam kesusahan atau mendapat kemalangan, hati rasa simpati dan rasa sedih walaupun tidak dapat memberi bantuan. Jangan rasa gembira dengan kesusahan orang lain.
  6. Dalam kita bergaul sesama manusia, kita merendah diri walaupun kita ini orang pandai dan pintar atau mempunyai kedudukan yang tinggi.
ROH PERGAULAN

. Dalam kita bergaul, kita tidak dapat mengelak daripada melihat maksiat. Maka hendaklah kita mengambil pengajaran daripadanya. Hati mesti rasa takut dengan maksiat yang dibuat oleh orang lain itu dan hati rasa bimbang kalau-kalau kita turut sama terlibat dengannya.

. Di antara roh dalam pergaulan lagi, hati rasa lapang dada berhadapan dengan bermacam-macam perangai manusia. Maklumlah kita sedang bergaul di tengah-tengah masyarakat. Kadang-kadang waktu kita hendak rehat, di masa itulah orang hendak berjumpa kita. Di waktu itu hendaklah lapangkan dada walaupun hati rasa tidak senang. Yang sebenarnya Allah hendak beri kita pahala waktu itu. Inilah yang dikatakan tasamuh (toleransi) yakni berlapang dada ketika bergaul dan berhadapan dengan berbagai-bagai ragam manusia.

. Di antara roh dalam pergaulan lagi, belajar membaiki diri daripada orang. Sebab tidak kurang juga kita melihat orang-orang yang baik dalam pergaulan kita. Itulah pengajaran lisanul hal untuk kita tiru. Itulah tarbiah untuk diri kita.  Kalaulah sikap diri yang kita gambarkan di atas tidak ada dalam pergaulan kita, ertinya kita bergaul tanpa roh. Nyawa pergaulan itu tidak ada.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images