4 musim-ku

1:36:00 AM

Setiap negara mengalami iklim yang berbeza,seperti di Malaysia iklim khatulistiwa yang dimiliki menjadikan Malaysia hanya mempunyai 2 musim iaitu musim hujan dan musim panas.Tiada musim sejuk,tiada musim bunga, tiada salji dan tiada juga musim luruh.Mujur Allah tidak memberikan persahabatan ini sepertimana musim.Yang sentiasa bertukar rupa dan suasana.Persaudaraan ini Allah kekalkan walau apapun musim yang melanda.Saya cukup cukup cukup jatuh cinta dengan persahabatan yang dihadiahkan Allah ini.Di kesempatan yang ada saya ingin mengatakan bahawa saya sangat sangat sangat sayangkan mereka diatas jalan ini.Kelak pasti saya bakal merindui mereka dan semoga kenangan menjadi pengubat rindu dan ubat hati.sedihnya..

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara 
(QS A1-Hujurat [49]: 10).

"Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim." (QS. An Nisa: 1)

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
 Tuhan..mana mungkin aku bersedih saat melihat manisnya senyuman mereka.
Mana mungkin aku terluka saat melihat luasnya cinta-Mu
mana mungkin aku tersungkur saat melihat indahnya ukhwah ini.
Tuhan..andai esok aku pergi
Sungguh aku lah insan bertuah yang sangat sangat sangat bahagia..
bertemankan insan-insan paling sejati di alam ini.
Tuhan..hadiahkan kebahagiaan ini juga buat mereka.
ameen ya Rabbal 'alamin.
walaupun ketika salji turun dengan lebatnya..ukhwah ini takkan pernah membeku.

 Walaupun tiba musim luruh..ukhwah ini tidah pernah luruh.


Semoga cinta kita sentiasa berbunga walaupun bukan dimusim bunga..
walaupun kadangkala awan sarat dengan isinya...jadikan kami sarat dengan kasih sayang yang tidak berpenghujung.Semoga hujan yang turun adalah hujan rahmat.
Kerana ukhwah ini..Hati-hati yang kotor , penuh dengan kedengkian dan permusuhan berganti dengan keikhlasan dan kasih sayang.
 
Keadaan seperti tersebut diatas, digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
 
Artinya : “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara , kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkanmu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. 
(QS.3 Ali-Imran: 103).
Saya ingin menyayangi mereka sebagaimana Nabi sayangkan umatnya..
Ya ILLAHI...adakah aku terlalu tamak untuk meminta yang satu ini..
hadiahkan aku sekelumit sifat ar-Rahman dan ar-Rahim-Mu 
agar aku bisa mencintai-MU dan
menyayangi seluruh makhluk yang bertasbih dibumi ini.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images