40 days~

3:56:00 PM

Kudin: 40 hari syeikh.Kalau nak betul2x cuba dulu 40 hari.

Adnan: Akhi dah pernah cuba ke?

Kudin: Pernah.Masa waktu belajar dulu.Sikarang dah kerja dengan orang cina(bukan islam) susah syeikh.Nak minta off duty pun susah.

Adnan:30 hari tak boleh ke?seminggu ke?Lama tu 40 hari.Ana tak confident.

Kudin: kata nak mujarab.Kena betul-betulla.inshaallah syeikh.Ana dah lama kenal syeikh.Tanamkan azam dan tekad.Alang2x azam tahun baru ni.Lakukan transformasi diri.Kita sama-sama buat.
                                                                      -sekadar hiasan-
Perbualan dua orang sahabat ini ingin membawa kita kepada satu kalimat yang biasa kita dengar iaitu istiqomah.Ramai teman-teman mengeluh dihadapan saya mengatakan susahnya ingin istiqomah.Dek kerana ramai yang sudah meluahkan pada saya..saya pula terpaksa meluahkan disini.Saya juga menghadapi masalah nak istiqomah ini.

Sekadar perkongsian seminit dua untuk istiqomah ye.Saya pernah terdengar seorang akh bercakap kalau nak istiqomah kena lakukan amalan itu sebanyak 40 hari.Saya pun cuba.Tetapi oleh kerana fitrah semulajadi hawa(haid dan nifas..),saya juga selalu terkandas.Bila saya renungkan...Hmmm..Patutlah susah nak lihat muslimat yang istiqomah..

Tapi andai waktu cuti itu diisi dengan zikrullah..inshaallah dapat bermula istiqomah dengan baik.Seandainya masa cuti zikir pun entah hilang dimana.Agak sukar ingin istiqomah lagi.Sebenarnya 30 hari tu pun dah memadai.Dah membentuk peribadi kita..Untuk kesan terbaik biar kita buat 40 hari.Berlainan pula situasi bagi lelaki.Tiada alasan untuk mereka katakan 40 hari itu susah dan sebagainya.Mereka tiada halangan cuti dan sebagainya.Belum cuba belum tahu.Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: 
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
Harus tanamkan azam betul-betul.Jangan pernah berputus-asa.Kalau azam nak kumpul duit beli motor boleh mestilah azam nak istiqomah dalam ibadah pun boleh.Yang penting mulakan dengan sedikit.Contoh setiap lepas solat magrib kena habiskan 2 helai untuk qur'an, hafal 1 hadith,solat tahajud,solat di awal waktu,tinggalkan maksiat.Cukup dulu.amalkan dalam masa 40 hari.Kalau belum cukup 40 hari dah tinggal satu, kena ulang semula bilangan hari dari 1 hari.(Jangan main cengkelat eh..).Elok di lakukan berdua sekiranya sorang-sorang tak mampu.

Bak kata saudara saya..istiqamah hanya hadir pada jiwa yg benar2 berkeinginan.Berkeinginan terus untuk mngenal tuhan.ibadah tanpa roh adalah ibadah yang tandus untuk terus mengenal mngenal tuhan, permulaan agama adalah makrifatullah,makrifatullah bukanlah pengetahuan mngenai sifat2 yg bersifat kalamiyah sahaja,tp adalah "perasaan" utk mengenal Allah.Dan perasaan ini akan menghidupkan jiwa istiqamah dalam diri ,insyaallah.

Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )
Kita juga harus cekal dan kuat menghadapi halangan dan bisikan-bisikan syaitan dan nafsu berupa kemalasan, pengaruh kawan, patah semangat, melakukan maksiat, melambatkan waktu solat yang lima, mengumpat dan perkara-perkara mazmumah lain.Inshaallah..dimudahkan jika niatnya sudah cukup indah.Dan Allah itu CINTA pada hamba-Nya yang melakukan sedikit ibadah tapi istiqomah berbanding yang buat banyak tapi lubang sana, kubang sini.Sedikit-dikit lama-lama jadi bukit.Jadi mari kita mulakan dari hari ini.Jangan tangguh-tangguh.

p/s: Buat nota tampal kat tempat yang selalu kita tengok..
tulis"aku ingin istiqomah dalam ....."(ibadah yang kita nak buat).Tulis besar-besar.Supaya bila kita lupa ada sahabat yang akan ingatkan dan sekaligus boleh mengajak sahabat itu untuk istiqomah juga.

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. nice post! sangat2 membantu diri yg masih lemah semangat ini..;)

    ReplyDelete
  2. Inshaallah dikuatkan selepas ini.Kita sama-sama istiqomah ye.saling ingat mengingati.hehe.:-)

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images