Pesan lelaki itu.

5:28:00 PM

Salam dihulur buat semua.Lagu yang bakal saya hadiahkan kali ini kawan baik saya yang kenalkan.Kami berdua senasib.Pada awalnya saya tak dapat menangkap lagu ini.Tapi bila saya search liriknya..sungguh terkelar dihati.Patutlah kawan saya itu menitiskan air matanya waktu dengar lagu ini.Lelaki itu..yang saya kenali adalah lelaki paling gagah,paling berdisiplin dengan waktu sembahyangnya.


Sudah hampir setahun saya hidup tanpanya..memulakan hidup baru tanpa dia.Lelaki itu pada saya cukup segalanya.Zuhudnya paling menawan diri saya dan yang paling cantik dengan susunan agamanya.Jika ditanya kenapa saya jatuh cinta padanya.Kerana dikala saya lemah..lelaki itu pinjamkan tangannya untuk saya berpaut..dikala saya menangis lelaki itu akan cuba menceriakan saya walaupun hakikatnya dia tak mengerti jiwa saya.Dia cuba sedaya upaya untuk membahagiakan saya.

Yang paling membuatkan saya melekat dengan dia macam instant glue 3seconds tu sebab di kala saya buat kesilapan, tarbiyah yang dia berikan hanyalah senyap.Tidak ada tengkingan mahupun bicara menyakitkan hati.Diamnya membuatkan saya lagi jatuh cinta.Lalu lelaki itu..saya cinta setulus hati saya kerana dia adalah insan yang menyebabkan saya. lahir didunia ini.Saya agak terkilan kerana kelak bukan dia yang mewalikan saya.Ayah...semoga Allah menerima amalan2x mu.Andainya dia masih ada..mesti pesanan seperti ini juga yang akan dihadiahkan buat saya.owh..sedih..sedih.

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
 
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Pesanan untuk semua kakak2 diluar sana: pesan ayah untuk dirimu..moga kakak-kakak adalah wanita yang mengerti akan dimana kemuliaan mahar.Moga ayah tidak pernah menyesal dengan didikan yang pernah dia berikan.Dia mendidik kita tanpa cacat cela.Mendidik kita mengenal Tuhan.Doakan ayah disana.Semoga hari-hari dia sentiasa tersenyum.

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. masyaALLAH...lgu ni betul2 mantop...smoga kita menjdi wanita syurga...amin

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images