-Wahai Adam-

9:13:00 AM

Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool'
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

Andai kau rasa 'usha 'itu tanda kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami.

Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu satu'kemodenan',
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami..


Untuk pejuang....

Kerana dirimu seorang pejuang,
Kerehatan dirimu kau korbankan
Gelak tawamu dikurangkan
Tiada masa untuk bersenang-senang
Hari-hari hidupmu hanya untuk berjuang…

Kerana dirimu seorang pejuang
Ilmu berjuang perlu dipenuhkan
Amalmu perlu ditingkatkan
Mujahadahmu perlu dikukuhkan
Muraqabahmu perlu dipasakkan…


Kerana dirimu seorang pejuang
Amal jamaie perlu diutamakan
Kerana perjuangan perlukan kekuatan
Bukan sekadar omong keseorangan…

Kerana dirimu seorang pejuang
Kau rela harta diinfaqkan
Kau rela masa dihabiskan
Kau rela keluarga ditinggalkan
Kau rela nyawa dikorbankan
Kerana ini sudah sunnah orang berjuang..
Takkan undur dimedan juang
Lantaran janji kepada Tuhan
Kerana dirimu seorang pejuang…

dipetik dari:Musafir senja
Kamar sepi 216, 10.20 p.m
12-7-09, Bangi

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images