Wahai hamba~

8:32:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt.

Perkongsiaan yang akan saya bawa hari ini adalah dari wasiat sayyidi syeikh Abdul Qadir al-Jailani.Buku yang saya masih lagi baca iaitu fath rabbani.Setiap kali membaca buku tersebut seolah-olah al-sayyid ada dihadapan saya dan sedang memberi nasihat kepada saya.Banyak buku al-sayyid yang saya beli.Ulama agung yang saya segani.Antara nasihat yang paling saya suka adalah dibawah ini.




Wahai Hamba..!

Tidurlah kamu dibawah naungan takdir,
berbantallah engkau dengan kesabaran,
bersikap redhalah engkau terhadap takdir yg sudah ditentukan buat dirimu,
beribadahlah engkau dengan selalu menanti dan mengharapkan kebahagiaan.

Apabila engkau benar-benar telah berbuat demikian,
maka Zat Yang Maha Kuasa akan mencucurkan semua anugerah-Nya
dan mengurniakan semua nikmat-Nya kepadamu,
diluar yg pernah engkau cari dan engkau dambakan.

Wahai Hamba...!

Hina dan rendahkanlah dirimu kepada Allah,
kepada kekuasaan-Nya,
kepada takdir dan perbuatan-Nya.

Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat.
Jadikanlah kedua-duanya itu dalam wadah yg sama,
dan menyendirilah dihadapan Tuhanmu Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung,
dengan hati yg bertelanjang, tanpa dunia dan akhirat.

Janganlah engkau menghadap kepada-Nya,
kecuali engkau telah mengenepikan semua yg datang selain daripada-Nya.

Wahai Hamba...!

Bertaubatlah daripada segala dosa-dosamu
dan bersegeralah kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia lagi Maha Agung.

Jika engkau bertaubat,
hendaklah taubat itu lahir dari hatimu,
bertaubatlah engkau zahir dan batin.


diari diri: Sehari semalam menahan kesakitan.Sampai mak telifon tak dapat nak angkat.Kawan call pun tak dapat angkat.Saya risau ada yang su'uzhon dengan saya.Saya tak kisah orang nak su'uzhon dengan saya tapi saya risau pada dosa su'uzhon tersebut.Saya tak suka makan ubat macam panadol,painkiller dan yang sama waktu dengannya.Tapi oleh kerana sakit menyerang ditambah dengan migrain saya terpaksa lah makan.Alhamdulillah Allah beri kekuatan saya pada pagi ini untuk berceloteh.Saya tidak boleh lemah dengan kesakitan yang kecik ini.Saudara saya dipalestine lagi hebat menanggung kesakitan.semoga saudara kita disana kuat dan thabat.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images