Bangkitlah saudaraku!!

9:34:00 AM

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

" Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada ALLAH S.W.T dan Hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) ALLAH S.W.T dan RasulNYA, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, ALLAH S.W.T telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNYA; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. ALLAH S.W.T redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan ni'mat pemberianNYA. Merekalah penyokong-penyokong (agama). Ketahuilah! sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) ALLAH S.W.T itu ialah orang-orang yang berjaya."
 
(Surahtul Mujadalah : 22)


si fulan: hang ikut demo lagi ka semalam?Tak elok muslimah pi berdemo.

Minah: awatnya?

Si fulan: Tidak manis.Berada di tengah2 kaum muslimin yang ramai.

Minah: (senyum jer.)Abeh camna pula k kisahnya wanita-wanita hebat dahulu yang ikut berperang dan bersama Nabi ketika menyampaikan pidatonya??Adakah itu juga tidak manis?

Sifulan: Betul..tapi aku habaq kat hang..hang lain..hang ada pi dengan suami ka abang ka atau saudara ka..itu lain cerita.

Minah: bukankah semua muslimin itu saudara kita.?Jika tidak ada muslimin pun bukankah Allah bersama?Hanya orang yang tidak punya keinginan sahaja akan beri 1001 alasan.


Itu dia Minah bila membuka bicara.Saya tinggalkan pada anda untuk menjawabnya.Setiap individu ada pedapat masing-masing.Dan ini bukanlah kali pertama perselisihan pendapat tentang demo.Bid'ah dan macam2 lagi. saya juga pernah dikritik.Tapi saya lebih suka mengembalikan semuanya kepada sirah dan saya percaya dengan ulil amri.

Pada saya niat harus betul. Tengok juga apa demo yang ingin di bawa.Bukan semua demo kita boleh ikut.Nanti demo anti-islam pun korang pergi.Maklumlah semangat sangat.Dalam ber demo juga ada akhlak yang harus dipatuhi.Bukan main redah je semua.Yang penting dengar arahan ketua!!

Setiap kali berdemo, kita harus mencukupkan peralatan pertahanan.Kalau anda muslimah ingin berdemo, perkara yang perlu anda siapkan adalah pakaian anda, payung dan lebih bagus lagi pakai helmet.Garam untuk menghilangkan kepedihan mata kalau disembur nanti.Dan yang paling penting cekal,kuat dan pantas berlari.Pakai kasut ye.Dan kalau boleh tak payah bawa beg langsung.Kena alert dengan keadaan sekeliling demo dan jalan2 short cut.Agak2 tak tahan dengar polis jerit dan marah2x..pakai terus ear phone dengar lagu2 pembakar semangat.hehe


Sedikit perkongsian untuk demo semalam.Alhamdulillah selamat pulang.Bila tengok sesetengah muka2 polis dan FRU entah kenapa seolah memandang orang-orang suruhan Zionis pula.Ada-ada je saya ni kan.

Himpunan ini juga disertai oleh lebih 50 NGO lain seperti oleh Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).

Demonstrasi aman ini bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan oleh pihak polis terhadap lapan orang peserta himpunan dalam perjalanan menuju ke Tabung Haji untuk bersurai.
Saya ambil sedikit sedutan dari kisah sultan Muhammad al-fateh ketika berpidato dihadapan tenteranya.Ia membangkitkan semangat para tenteranya dengan mengisahkan keberanian pasukan Nabi saat perang Uhud. sambil mengutip hadits ,Sultan berseru, ”Anakku, di sini saya siap untuk mati di jalan Allah, barangsiapa yang menginginkan kesyahidan, mari ikuti saya.” Sejenak kemudian, tentera Muslim yang tadinya hendak mundur kembali menyerbu mengikuti Sultan laksana banjir  yang memecah pertahanan kaum Kuffar. Mereka akhirnya dapat merebut kota dan menegakkan kalimat Allah. Inilah awal bagi berkembangnya Islam di Eropah.

Apapun bila dah ramai rakyat bangkit ni..apa tunggu lagi siapkan segera tentera-tentera prada yang bakal maju kehadapan.Persiapan dari semua segi sekiranya berlaku apa-apa diluar kawalan.Tentera berkuda, memanah, pakar strategik,pakar membuat bangunan dan tembok, pakar perubatan.Kumpulkan semuanya. 

Firman Allah swt lagi:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka (khalifah-khalifah) yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka ( khalifah-khalifah) yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq).

(TMQ An-Nur [24]:55)

wallahu'alam.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images