Bisu nya seorang lelaki~

5:38:00 AM

Situasi di pagi hari.
Isteri: Abang..awak dengar tak saya bercerita ni?
Suami: Ye,dengar.
Isteri:Awat senyap jer.
Suami:Tengah baca surat khabar takkan nak bising kot.ye..saya dengar.

Cukup-cukuplah kak oi..suami hang memang tengah dengaq tu.Tak payah la nak banyak tanya.(tetiba ada yang menyampuk kat belakang tu)

Begitulah antara situasi yang sering kita lihat dan dengar. Walaupun banyak buku yang diterbitkan oleh banyak penulis tentang bisunya kaum adam, tetapi ia masih belum cukup membuat wanita memahami dirinya. Terlalu sukar barangkali menyingkap apa yang ada di hati dan jiwa lelaki.Rasanya kalau buku Men from mars, women from venus dijilidkan sampai 10 pun belum tentu dapat cater masalah ini.

Kenapa lelaki lebih suka membisu,mendengar dari bercakap dan berkongsi cerita. Senang cakap, mereka lebih mudah memendam sahaja.Apabila saya dikuliyyah , saya juga tidak ketinggalan melihat gelagat mereka. Apabila waktu kelas habis, yang mula bercakap adalah golongan saya 'perempuan'.(tersengih sendiri saya..sebab saya pun sama) Barangkali tidak tahan dah nak keluarkan gosip-gosipnya.(maklumlah masa lecture..kena diam).

Anda nak tahu kenapa??Jom kita selak sikit. Apa yang saya ingin tekankan disini..bukannya lelaki itu yang susah difahami, tetapi kita(wanita) yang kurang memberi ruang diri kita sendiri untuk memahami mereka. Berikanlah ruang..inshaallah kita memahami.
 
"Orang Berakal, Apabila Diam Ia BerFikir...(Berzikir..)..
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."

Kerana lelaki mempunyai akal yang lebih dari wanita, ia berfikir lebih dari wanita berfikir.Kalau korang perhati kan biasa perempuan yang suka berfikir pun akan pendiam sedikit.Jarang jumpa individu yang boleh menguasai kedua-duanya.Banyak bercakap dalam masa yang sama berfikiran kritikal.Selain dari itu..lelaki sudah di didik sejak kecil lagi untuk diam dan dengar.Contohnya time khutbah jumaat.

Tapi kalau asyik bercakap je dah macam kategori mak nyah tu memang ada tak kena lah tu.Ataupun dia ni anak emak.Confirm banyak cakap.Mana taknya dari kecik asyik dengar mak membebel je.hehe.just pandangan peribadi jangan pula ada yang guling-guling atas katil sebab tak dapat terima kenyataan dari saya.hehe.Saya tak da masalah nak hadapi lelaki pendiam sebab saya pun takkan bercakap kalau orang tu tak bercakap.Kat kuliyah engineering tu nak jumpa lelaki yang talkative memang payah la.So dengan kita-kita sekali jadi pendiam.Lagi-lagi time semua khusyuk buat mathematic/kira-kira yang banyak.Senyap menyepi habis.Jangan la ada yang ganggu.


Kajian ini saya dapati dari abang-abang saya..(ngeh3x.Sorry la brother.)Selepas hampir suku abad hidup dengan dorang.(hampir ye..belum lagi suku abad.)Celik je tengok ragam dorang.Apatah lagi bila selalu bermusafir dengan dorang.macam ada giliran pula.(hari tu aku..minggu ni ko pula hantar adik.time semua sibuk naik bus lompat jela saya.)Kalau sembang dengan dorang memang kena cakap terang dan jelas.(maklumlah depa ni bukan jenis yang suka mengayat romantika gitu.anak bekas askar konon...).

Bila salah cakap..ha tunggulah penangan dari dorang.Pedih tak pedih tahan jelah.Itu sebab kalau dorang diam pun ada baiknya.Tapi banyak betulnya bila abang-abang saya tegur. Bergurau dan bersembang pun ada masa.Dan dorang ni kalau tak bagi respon maksudnya malas nak dengar topik.Sebab tu saya suka tanya abang saya.."eh..wes crito urung pasal iki neng kakang."(bahasa jowo tu penting). Utara memang dah lama hilang sejak mak kahwin dengan bapak.Kalau depa dah dengar..ha  tak payahlah nak bazirkan air liur.stop terus.Apapun..satu benda yang sangat penting tidak mahu ketinggalan disini...saya memang sayang gilerrr dengan dorang.Walaupun dorang tak penah cakap.Diam je, tapi bila bab care adik2 memang no 1.Thumbs up to my brothers.(hihi).So jangan pening2 dengan masalah lelaki.Yang patut kita risau ni ha..taubat tak pernah nak perbaharui.(terasa sendiri)

note:Sebenarnya post ni dah berkurun duduk dalam draft.Alang-alang dah tulis dan perah idea kita publish je la kan.Walaupun banyak mengarut sekurangnya kita share.betul tak?maklumlah jiwa penulis ni kadang 0h kadang kena santai gak.Kalau asyik tegang.orang luar ingat Islam ni menakutkan,serius dan membosankan.(maaf sebab saya tak sampai lagi tahap jiwa sufi)

selingan: Rindunya kat baby aisya..huhu.(ishk2x..tak boleh ,tak boleh macam ni..nanti tak sedap dorang kat sana.Tak rindu pown kat aisya dengan ibu dia.Ntah2x depa tengah seronok jalan2 kat melbourne) .Tak kisah lah.nak rindu gak.


                              Aisya rindu bibik tak??(3tahun ke kat brisbane??Raya baliklah.)


You Might Also Like

3 strawberries yummy

  1. ooo..dh jd bibik ek..beshnyr

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.dahde 22 xsilap anak.diba bila lagi??

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images