Buka Mata Anda

7:22:00 AM

                                                     -  credit to http://www.zackentry.com photo-

“Dan itulah kisah kaum Aad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai Rasul-rasul Allah dan menuruti semua perintah penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran)”. (Hud: 59) 


 ***************************************************************                                     
"Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu.

"Jangan hanya sedap pada slogan sahaja, sedangkan apa yang berlaku ialah rakyatlah yang terlebih dahulu menanggung kesusahan," katanya.

Mahfuz juga melihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari sikap Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis.
"Sebab itulah kita bimbang negara ini juga akhirnya akan menjadi boneka dan porak peranda seperti Mesir dengan sikap kerajaan Najib yang begitu mesra Zionis termasuk melantik firma Zionis seperti Apco Worldwide untuk menjadi rakannya dalam melaksanakan pemerintahan negara ini.

"Itu belum lagi diambilkira hubungan dagang dengan Israel yang seolah-olah dirahsiakan sehinggalah perkara itu menjadi isu baru-baru ini," katanya.

Mahfuz percaya, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) akhirnya akan menghadapi nasib yang sama di tangan rakyat negara ini kerana kegelisahan sebahagian besar rakyat negara ini hakikatnya sama dengan kegelisahan rakyat Mesir.artikel penuh disini

Begitulah sebahagian dari pesanan dan lontaran oleh naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.Walaupun selok belok saya bukanlah sehebat orang berpolitik di luar sana, tapi saya sudah membuka mata saya seluasnya.Jika kita mengambil jalan mudah dengan terus membiarkan segalanya , mungkin ia tidak berlaku di masa kita tapi anak-anak kita yang bakal terkena tempiasnya.Kita menegakkan kesenangan yang hanya dikecapi untuk masa yang singkat tapi rakyatlah yang bakal merana di kemudian hari.Apa gunanya slogan jika hanya ditampal di merata tempat tetapi tidak di laksanakan.Malah memilih tempat dan masa untuk melaksanakan.

Firman Allah, sesungguhnya dia adalah orang yang sombong, salah seorang dari orang-orang yang melampaui batas. (Ad Dukhan: 3)

Umar bin Abdul Aziz dalam sebuah khutbahnya mengatakan, “Amma ba’du, sesungguhnya tidak ada seorang Nabi pun setelah Nabi kalian Muhammad Shollallahu Alaihi Wa Sallam. Tidak ada kitab yang akan diturunkan setelah Kitab yang diturunkan kepada beliau. Ingatlah bahwa apa yang dihalalkan oleh Allah itu akan tetap halal sampai hari kiamat dan apa yang diharamkan Allah akan tetap haram sampai hari kiamat. Aku bukanlah seorang hakim tetapi aku seorang penyeru kepada keselamatan. Aku bukanlah seorang mubtadi’ (pembuat bid’ah) tapi aku seorang muttabi’ (yang berittiba kepada Rasulullah). Tidak ada seorang pun yang boleh ditaati dalam bermaksiat kepada Allah. Sesungguhnya, aku bukanlah yang terbaik di antara kalian, hanya saja Allah telah menjadikan aku orang yang paling berat dalam menanggung beban daripada kalian”..

Marilah kita sama-sama membersihkan diri dan bertaubat.Semoga segala perkara yang menghijab kita dari melihat kebenaran dek kerana banyaknya dosa dapat kita lihat.Renungkan dan lihat semula keadaan sekeliling kita..sedarkah kita???atau kita masih lena diulit mimpi-mimpi indah yang ditabur oleh pihak Kafir dan munafiq??Renungkan kembali.Jangan diturutkan emosi dan perasaan.Fikirkan masa depan waris-waris kita.Adakah kita ingin melihat mereka terus-terusan dijajah pemikiran oleh ideologi ornag-orang yang tidak mahu pada Islam dan Iman??Merenung ke dalam diri..melihat dengan mata hati..maka kita akan temui fitrah dan akal..

wallahu'alam

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images