Kenapa??

4:37:00 PM

Salam kasih dan sayang.Post ini saya tulis untuk menjawab pertanyaan satu blog yang saya kunjungi http://ridzuanriani.wordpress.com/2010/11/22/kenapa-kita-menulis-blog/..
jadi buat pembaca yang membaca entri ini..anda juga diwajibkan menulis satu entri khas kenapa aku menulis then bagitahu kat saya di shoutmix box belah kanan tu.Kira macam semua pembaca yang berkunjung di entri ini kena tag.Anda telah di tag!!!(maaf,tukar ganti diri dari saya kpd aku sekejap)

sebenarnya aku menulis bukan kerana nama..sebabtu aku cuma meletakkan nama samaran di blog ini.Robi'ah bukan nama sebenar.sebenarnya dulu aku pernah post entri tajuk ini.cuma yang itu tidak datang dari jawapan aku.klik disini

Sebenarnya dah lama pertanyaan ini aku jawab cuma barangkali tidak dikongsikan disini.Kenapa???kenapa aku menulis??
Aku menulis bukan mencari nama,
Aku menulis bukan kerana harta,
Aku menulis bukan untuk dipuji,
Aku menulis bukan kerana terpaksa,
Rangkap ke rangkap,
Kalimah demi kalimah,
Aku meratap,
Aku pasrah,

Aku menulis kerana aku sayang,
Aku menulis kerana aku peduli,
Aku menulis untuk Kebaikan,
Aku menulis kerana Allah,

Aku menulis kerana aku sedar,
Aku menulis dengan harapan,
Aku menulis agar ada perubahan,
Aku menulis demi masa yang terbatas.
 
Tetapi point yang lebih penting ialah aku menulis untuk anak-anakku yang bakal membesar..untuk umat akan datang..supaya mereka ingat bahawa Islam tidak pernah berhenti berdakwah..tidak pernah lelah dalam meneruskan perjuangan..tidak pernah kelu mengajak manusia pulang kepada fitrah..
Dan aku menulis kerana aku sukar untuk melafazkan..sukar untuk berkongsi secara berhadapan..sukar untuk mengatakan apa yang dirasa bila berhadapan..Dan aku menulis sekadar untuk berkongsi masa suka dan duka aku..Supaya sesiapa yang membaca..mereka akan menghargai diri mereka lebih lagi kerana tidak semua insan didunia ini sempurna.

yes...aku menulis kerana aku ingin menulis..wassalam.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images