Menang @ Kalah??

12:26:00 PM

Dikala sibuk dengan final year project ditambah pula case study yang semakin melambak.(lecturer ni sengaja nak dera kami ke?) sampai terdetik dihati macamtu.astagfirullah.Hari jumaat yang lepas boleh dikatakan alhamdulillah presentation untuk case study seminar 2 selesai dengan jayanya.Tapi hari ini punya presentation case study seolah terasa gagal atau very poor..Kenapa??sebab buat last minutes.That's the right confession I should admit..huhu.

Bila berbicara tentang berjaya atau gagal, menang atau kalah tetiba perasaan yang tidak keruan datang menunggu keputusan pilihanraya kampus saya.Siapa pula yang bakal memerintah.??Menang atau kalah adalah adat dalam perjuangan. Begitu juga dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan (bahan), menang atau kalah adalah lumrah dalam kehidupan..

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Dari sudut politik kampus dalam pilihan raya, menang atau kalah membawa mesej dari mahasiswa. Yang menang bermakna pelajar terima dan yang kalah bermakna pelajar menolak. Yang diterima jalankan tanggungjawab yang ditolak kena muhasabah
 
Dari sudut sebuah perjuangan, menang atau kalah itu penting, tetapi yang lebih penting adalah sesebuah perjuangan itu bersambung. Ini kerana kalau menang belum tentu akan datang itu masih menang dan kalau kalah belum tentu akan datang akan kalah. Jadi, sesebuah perjuangan itu akan bersambung apabila golongan mudanya sedar dan ada kemahuan untuk sama berjuang. Sesebuah perjuangan akan menang apabila perjuangan itu terus bersambung.

Apa pun yang menang atau yang kalah. Kedua-duanya adalah sulaman dari ketentuan Allah. Wujudnya menang dan kalah merupakan rentetan dari siri Allah mahu menilai sama ada ketika menang atau kalah masih mengekalkan sifat kehambaan padaNya. Menang dan kalah telah ada di dalam ketentuannya, Cuma ketika menang adakah kita diredhaiNya begitu juga ketika kalah.

Bukankah Allah telah berfirman:-

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.( Ali Imran ayat 26)


Sesungguhnya, menang atau kalah telah ada di dalam ketentuannya. Tetapi yang Allah mahu beri pada kita ialah pahala berjuang. Ketika usaha untuk menang semuanya penuh dengan taat dan harapan pada Allah

Hari ini kalau kita dijemputNya, menang atau kalah akan ditinggalkan. Yang kita bawa ialah ketika menang penuh dengan taat atau ketika kalah penuh dengan amal.Saya adalah orang yang paling sikit sekali amalnya dibanding sahabat-sahabat saya.owh..

Semoga menang atau kalah menjadikan kita semakin rapat dengan Allah.

Selamat berjuang,

"Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan"


rujukan: ustaz amin

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. selagi begelar student tuntutan yg menjadi tanggungjawab adalah belajar,berilah waktu secukupnya utk itu..bru prk2 lain..slmt bljr moga berjaya..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images