'Saat aku milikmu'

9:28:00 AM

jangan teruskan bacaan selagi tak baca entri pertama.Klik disini

Tak best kalau tak tahu cerita dari mula.

kat mana saya berhenti ye???

ingat semula...processing.....

owh sarung cincin..

Bila dia sarungkan memang tak muatlah.semua dah suspens dah.Saya apatah lagi..tapi buat cool jer..ke saya yang dah gemuk??(sedih sekejap tapi control) Tiba-tiba saya nampak dia tersenyum..’kenapa pulak suami aku nih..takkan ada masalah mental pula??’

tiba-tiba.....dengan selamba nya dia cakap.

“Eh..ni cincin untuk bakal anak kita..patutlah tak muat.Yang ini untuk isteri abang..cincin dikeluarkan dari poket jubah putihnya..”(merona merah wajah saya masa tu.Tak tahulah nak marah ker nak menangis ker..boleh pula dia tipu saya hidup2x.Geram masa bertunang dulu tak lepas lagi ini ditambah pulak masa nikah.)Semua yang suspen tadi ketawa.

dia sarung cincin yang betultu kat jari manis saya.hihi.kali ini muat.cantik dan simple.kemudian saya cium tangan dia ambik berkat.Terasa hangat tangan suami saya( ke tangan aku yang sejuk sebab kecut dan nervous??..)Ada pula yang menyakat..pandai pula pengantin kita bergurau ye..makcik cepat dapat cucu nih.kawan saya bisik kat mak saya’.huh malu sungguh....tapi I like his way.Cuma kekok bila 1st time dengar suara dia dan dia bahasakan diri abang.haha)

Habis kisah nikah..then majlis perkahwinan memang buat simple.walaupun ada sebilangan sanak saudara yang sok sek sok sek cakap kat belakang..tapi ini majlis saya..suka hati lah saya nak buat macam mana.jahatkan??

dalam satu hadis Rasulullah SAW menyebut yang bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

 Malam itu malam yang dinanti oleh ramai pasangan pengantin.tapi saya awal-awal dah bagitahu..pasangan saya ni lain dari yang lain.Malam tu barulah saya mengenali sedikit demi sedikit tentang dirinya.Antaranya..mestilah saya claim balik kenapa dia tak contact saya langsung semasa tunang.

dia jawab:Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".



kerana sebelum abang bertunang dengan Inn..orang cakap Inn ni solehah, jadi abang tolong jagakan kesolehan perhubungan kita supaya berkat.(saya terharu..macam nak nangis waktu tu juga.Tertunduk dan bersyukur)

Kemudian saya bagitahu kat dia yang pada mulanya saya nak merajuk dengan dia waktu malam pertama sebab tak pernah hubungi saya sewaktu bertunang .

dia jawab:Rasulullah SAW bersabda, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)


Owh..saya terus-menerus jatuh cinta dengan suami sendiri..macam mana ni??Lepastu saya tanya lagi(banyak sungguh tanya..kesian dia)kali ini saya takut nak tahu jawapan dia.Awak menyokong poligami tak??

"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

Abang adalah antara orang yang susah berlaku adil bila ramai..(owh..dah menjawab pertanyaan ku..tersengih sendiri..)


Saya tanya lagi:'apa perasaan awak sekarang..lepas kahwin dengan saya'??

dia betulkan...bukan 'awak' tapi 'abang' nak lebih manja' sayang'..(hehe..saya tersengih malu bila dia banyak kali betulkan panggilan saya untuk dia.)

dia jawab:Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

jadi perasaan abang sekarang senang hati dan gumbira..sambil mencuit dagu saya dengan lembut. (jatuh cinta lagi sekali!!)

soalan last saya: macamana awak...errr..abang tahu semua saiz kasut dan saiz cincin saya.dan betulke cincin yang tak muat tu cincin anak kita??

yang tu dia lambat sikit jawab..tapi senyum dia panjang lebar..lama sungguh sampai saya dah nak cair tengok manisnya senyuman dia.
dia jawab kali ni malu2x sikit: yang ini rahsia abang.tak boleh cerita semua.Tapi cincin tadi tu cincin mak abang.pinjam sekejap.Kawan2x Inn yang bagi idea.Inn marahke???

giliran saya pula nak menjawab.saya jawab:Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

Lepas saya bagi hadis tu..saya nampak dia tunduk dan beristigfar..seolah ada mutiara jernih ingin menitik tapi ditahan..kemudian saya sambung semula jawapan saya..

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

"Saya suka lah..tak marah pun..."(dalam hati nak kena kawan2x aku ni)kami ketawa bersama..aduhai..jatuh hati lagi..

kemudian suami saya bisik kat saya: "semua persiapan Inn abang yang buat taw..mesti Inn jatuh cinta lagi kan kat abang kan"

Saya terkejut dan terharu.Tak dapat nak meluahkan dengan kata-kata melainkan saya sentuh tangan dia dan saya kucup.Perasaan waktu itu sungguh syahdu..Bersyukur kerana Allah hadiahkan dia yang terbaik buat saya.Dan yang penting Setelah hujan yang melanda selama 3x..rupanya ada pelangi yang bakal muncul.Pelangi yang tersangat indah..dan saya jatuh cinta lagi dengan suami sendiri.hihihi.

Dan malam itu saat aku menjadi milikmu...sempat lagi dia berpesan untuk solat tahajud 1/3 malam.Ada juga hadis yang dihadiahkan buat saya..Unik sungguh suami saya ni kan.

dia sebut: Rasulullah SAW bersabda, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Hari itu banyak bunga tumbuh dalam hati Inn..ececeh..jangan cemburu dengan cerita bahagia Inn taw.

*******Semoga Allah memberkati penyatuan dua hati ini dalam meneruskan misi penyempurnaan agama seterusnya kepada peringkat taqwa. 


ada masa saya sambung untuk kehidupan rumahtangga Inn pula.hihi

p/s: cerita ini hanya rekaan tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah mati.Dan setiap pasangan mempunyai keunikan masing2x..Saling memberi dan menerima adalah hadiah yang tidak memerlukan cost sebenarnya.walaupun sekadar bertanya soalan dan menjawab soalan..Selamat berbahagia kepada semua sahabat2x yang sudah berumah tangga.semoga terbinanya masjid akan mengukuhkan perjuangan kalian diatas jalan dakwah ini..

You Might Also Like

10 strawberries yummy

  1. wahh..saya sangat suka cerita ini..;)
    perkongsian yg menarik..like ;)

    jzkk ya ukhti..

    ReplyDelete
  2. aduh..saya jatuh cinta dgn crita ni.-kam

    ReplyDelete
  3. aduhai..sya ingatkan ceta tu betul2 terjadi kepada penulis....

    klu pwnulis belum berpunya didoakan agar apa yg ditulis itu benar2 terjadi..
    moga impian menjadi kenyataan yg menggmbirakan kpd penulis pd suatu hari nnti, ameen..

    ReplyDelete
  4. kpd jee:thanks
    kpd kam:u bila nak khwin?

    kpd kak sal: "ishh..bukan saya la kak sal.."[klu pwnulis belum berpunya]..hihi jwpnnya mmg belum pun.

    ReplyDelete
  5. salam 'alaik, minta izin untuk copy cerita ni secara lengkap, sebagai rujukan persendirian... (^^,)

    minta send ke syafiqkuis@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. ana jatuh hati.....................
    pd pgkongsian ni..=)hehe..plus lagu ni..ideal plak nga entri kali ini..t.kaseh aini..
    smpai jdoh t bleh la tagged invitation kad erk..
    kita wt rmbgn permasis t..hehehhe.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images