saat jatuh air mata bumi

8:44:00 AM

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Mahatma Gandhi berkata: “Yang lemah tidak pernah bisa memaafkan. Memaafkan adalah ungkapan dari kekuatan”.

dan jika kita renung kembali jauh ke dalam diri siapakah yang bisa memaafkan kita dan tetap memberikan rezeki kepada kita walaupun kita ini berdosa..???melainkan Allah azza wajalla..Kerana Allah itu Esa dan Kuat.

Heal the World” to “make it a better place for you and for me“.


Pernah anda mendengar bumi menangis?entah bagaimana rupanya.Pasti banjir seluruh dunia saat jatuh air mata bumi.Pasti bergolak satu dunia dengan kesannya air mata bumi.mungkin kita akan mendengar bumi menangis sewaktu kita sudah mati kelak.Tetapi andai anda berjiwa alam, mungkin anda memahami saat bila bumi menangis.

Jika di bumi Malaysia..buminya nampak membangun dan subur malah ramai juga mengatakan buminya aman damai, sedangkan bumi itu sendiri berkata barangkali: 'aku sedih kerana diduduki oleh penduduk Malaysia' yang tidak pernah luput dengan kisah pembuangan bayi, bermain judi, hiburan sana hiburan sini..maksiat sana maksiat sini..lalu bumi menangis dengan sedihnya'..tetapi kita bangga jadi rakyat Malaysia dengan terusan berhambakan maksiat.Bilakah ianya akan luput.??


Tetapi adik2x..sahabat-sahabat,ibu2x dan bapa2x yang dikasihi Allah sekalian...hari ini aku merasakan bumi Mesir menangis..menangis dengan derasnya bukan atas sebab kemaksiatan sepertimana di Malaysia tetapi terharu dengan kesatuan ummat sejagat mereka.Buat yang pertama kalinya aku menangis bersama tangisan bumi melihat 2 juta ummat Islam di Mesir berimamkan imam yang satu pada solat jumaat yang lalu.Doa dan tangisan mereka menggegarkan bumi dan seantero dunia.Tangisan yang memecah kesunyiaan keinsafan yang selama ini tidak pernah aku  temui.Dan akhirnya pada 12 februari diumumkan hosni mubarak meninggalkan jawatan sebagai presiden.(tapi dipindahkan ketempat lain)

Kesatuan mereka bukan atas dasar politik bukan juga atas dasar jamaah tetapi mereka bersatu atas satu sabda Nabi iaitu:“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Dalam buku “The Gospel of Michael Jackson” juga disampaikan..Kemanusiaan itu bukan hitam atau putih, atau keduanya. Kemanusiaan adalah satu. “Goresan” DNA berbeza, namun jika kita menilik cukup jauh ke belakang, kita akan temukan kita semua berasal dari satu sumber yang sama. Atom itu satu. Energy juga satu. Sumber segala kehidupan adalah satu. Perbezaan kita adalah geografi. Perbezaan biology. Tetapi bukan perbezaan yang principle. Pada dasarnya, kita semua satu. Jadi, kembali pada fitrah kita. Bagaimana cara pandang kita? Apakah kita menyedari esensi yang satu dan sama, atau kita hanya melihat perbezaan-perbezaan di permukaan? Tiap orang dari kita adalah unik. Ya benar. Tetapi jangan biarkan keunikan ini memisahkan kita. Marilah kita selalu ingat bahawa pada intinya kita semua satu. Marilah kita rayakan keunikan individual kita.Sesungguhnya, dalamnya inti, tidak ada hitam atau putih. Hitam dan putih tidak lagi menjadi masalah, atau dipandang sama rata. Melalui lagunya, sebenarnya dia sedang mengundang kita untuk masuk ke dalam diri dan menemukan esensi yang sesungguhnya..

nota hati: aku lebih rela melihat bumi menangis kerana apa yang berlaku dimesir, di tunisia apatah lagi di palestine dari melihat bumi menangis dengan apa yang berlaku di Malaysia..Tuhan sesungguhnya memang pada sebahagian mimpi itu ada ilham tentang kebenaran..Dan hanya insan terpilih dapat menilai dimana satu kebatilan dimana satu kebenaran.Dan yang batil tidak pernah memenangi yang haq.Tunjukkan aku akan kebenaran dan ampuni dosa2ku..

You Might Also Like

6 strawberries yummy

  1. Mukjizat Balaghah Al-Quran & Sejauh Mana Kemampuan Kalam Arab Menandingi Kalam Allah
    www.rosemujahid.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images