shahadah Terakhirku~

2:20:00 PM

Dari hati berbisik kalimah.
Yang ku ucap yakin dengan lidah
Hanya di Kau Tuhan Maha Agung
Kau Pengasih Kau Maha Pelindung
Berikanlah ku petunjuk
Meniti hidup dalam cahayaMu
Lailaha illallah…
Muhammadur Rasulullah
Lailaha illallah…
Muhammadur Rasulullah

Aku melihat tubuhku terbujur di atas katil.Seolah sukar untuk menggerakkan segala anggotaku.Nafasku sukar.mataku seolah kabur melihat keadaan sekeliling.
Tapi telinga ku masih dapat mendengar bait-bait kata mereka.aku cuba membuka mataku seluasnya kerana ingin memandang wajah-wajah insan tersayang .tapi aku tidak mampu.

Tidak lama kemudian,aku ternampak satu lembaga datang menghampiriku.malaikat mautkah???waktu itu kesakitan mula menjalar disegenap tubuhku.tapi mereka tidak tahu bahawa ajalku semakin dekat.Malaikat maut terus menarik sedikit-demi sedikit nyawaku..sakit..memang sakit...Aku menjerit dalam diri.Aku tahu mereka tidak mendengar.Aku cuba mengucap..sukar..terlalu sukar..Air mataku saja yang mampu mengalir.. Hati bershahadah tapi tidak terlepas di bibirku.

nyawa sudah sampai di fasa terakhir...peluh mula merintik di dahi dan segenap tubuhku.sakit..sakit..tiba-tiba aku melihat seorang lelaki memakai songkok menghampiriku..siapakah dia..??dia mengajarku syahadah..mengucap..lailahaillah..muhammadurrasulullah..aku cuba ucap..tetapi terlalu sukar saat nyawa sudah di hujung halqum..Tetapi aku masih tidak mahu mengalah...aku ingin mati selaku orang yang beriman..jika aku bermula hidup dengan mengucap kalimah itu..aku ingin mati juga dengan kalimah itu...aku cuba...dah akhirnya ALLAH...kalimah terakhir yang mampu aku ucapkan..shahadah terakhirku didunia fana ini..peluh merintik didahi.

tiba-tiba aku terjaga dan bingkas bangun dari lena.astagfirullah..aku bermimpi rupanya..tapi dahiku benar2x mengeluarkan penuh..aku pandang wajah mak yang sibuk menjahit.ingin ku ceritakan tapi lidahku kelu..tiba2x mak kata:'apa yang kau mimpikan sampai keluar air mata??' aku cuma jawab:' mimpi yang terlalu menakutkan mak..tapi itulah panggilan CINTA'

aku termenung..Sukarnya menghadapi sakaratul maut.sakitnya tidak dapat diungkapkan...aku termangu sendiri..dan berharap kelak aku dapat mengucapkan shahadah terakhirku lebih baik dari apa yang aku alami didalam mimpi tadi..

Andai waktu semakin hampir..persediaan perlu dirapikan.barangkali hari ini, barangkali esok,barangkali tahun ini..barangkali juga lewat tahun depan..siapa yang tahu ajal maut dirinya?? segalanya ditangan Tuhan,  cuma...

-gambar sekadar hiasan-

permintaanku yang terakhir: biarlah ahli keluarga perempuanku yang memandikanku..kerana aku  pemalu..kafankan aku dengan telekung yang aku selalu guna.Biarlah lusuh, asalkan ia yang aku guna.kerana aku ingin menghadap Allah dengan pakaian yang sama ketika aku menghadap-NYA didunia.Usah dibelikan yang baru..dan minta jasa baik semua untuk menghalalkan segala yang tidak sempat aku lunaskan.usah ditangisi pemergianku seolah dikau tidak menerima ketentuan Tuhan..aku pergi menemui pemilik cinta hakiki..yang pasti aku bakal merindui saudara-saudarku..bagaimana hidup mereka selepas aku tiada..pesanku....usah dikau lupa..

Diutuskan Muhammad yang mulia
Bawa rahmat menerangi dunia
Sempurnakan akhlak manusia
Menyinari jalanan gelita

Hapus segala sengketa
Kebenaranmu menghancur dusta

Lailaha illallah…
Muhammadur Rasulullah
Lailaha illallah…
Muhammadur Rasulullah

Hidup dan matiku hanyalah untukMu
Takkan goyah imanku pada Yang Satu
Tegarku mencari redha-Mu Yang Esa
Kugenggam teguh pedoman
Kukuh menjadi panduan ke akhirnya…

sebaik-baik hamba yang dicintai adalah mereka yang bertaqwa..bagaimana taqwa itu??jika kamu nampak air menitik,kamu lekas mematikan demi mengelakkan pembaziran,jika kamu nampak sampah,kamu kutip,jika kamu berjalan dikawasan duri,kamu melangkah dgn sangat berhati-hati..begitulah rupa taqwa.taqwa itu letaknya dihati.kamu merasainya pada hati yg hidup..yes..taqwa fil Qolbi..(aku ingin menjadi salah satu daripada mereka)

wslm..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images