Waktu bertunang~

8:01:00 AM

Pertunangan saya dan dia agak berlainan.Kadangkala saya terfikir betulke saya ni tunang dia?Tempoh masa yang diperuntukkan untuk kami bukan satu tempoh yang singkat tapi saya dan dia seolah orang yang begitu asing sekali.'Saya dah tiga kali putus tunang..dan takkan saya nak putus kali ke-empat pula'-dengus dirinya.


Dan perhubungan ketiga-tiga tunang dahulu putus kerana mereka minta apa yang belum lagi menjadi hak mereka.Saya memang pantang simpang 44 malaikat semua lah.Takda tunggu2x dah..putus terus.Kali ini..sungguh berlainan..Ditanya khabar senyap, dihantar emel reply nya bisu..entah sihat entah sakit entah hidup(ish..kenalah hidup)..saya memang tidak tahu menahu.seolah saya dan dia bukan tunang.Saya terfikir macammana nak pilih tarikh kahwin ,nak tanya saiz kasut,nak tanya warna apa dan banyak lagi lah.Langsung dia tidak menjawab apa yang saya soalkan.Bila saya buat istikaharah,jawapan yang saya dapat seolah hati ini memang sudah jadi milik dia(wahaha)..Lama-lama saya terfikir entah2x dia bisu..Akhirnya biarlah..malas saya nak layan jiwa karat dan ragu2x saya ni.nanti makan hati ulam jantung pula.


Tetapi..Pertunangan kali ini betul-betul membuatkan saya risau dan yang peliknya walaupun kami tidak pernah berhubung..saya tidak terfikir pula nak putuskan pertunangan ini..malah seolah melekat macam gam gitu.Lepastu saya mula letak satu azam..takpe lepas kahwin nanti tahulah saya nak buat kira-kira dengan dengan dia.(merajuk la konon)

tup..tup..saya habis belajar je..kad kahwin dah siap,baju pun dah siap dipilih warna kesukaan saya..pelamin memang tidak ada sebab saya tak suka..'wah bagus sungguh family saya ni..semua dorang dah settlekan'
Saya pun malas nak bertanya lebih2x..duit pun langsung tidak guna duit saya(part tu yang paling best).Yelah saya baru habis belajar mana saya ada duit.

'beruntung awak Inn'..mak menepuk bahu saya.
"dalam hati beruntung apa..tunang tak pernah contact dan bagi kata semangat pun waktu aku macam nak mati kat tahun akhir.Senyap membisu je.itu mak kata beruntung??ntah2x lepas kahwin ni majlis konvo aku pun dia tak pergi"-monolog sendiri sambil tersenyum kelat.

kemudian tibalah hari yang dinanti.Malam jumaat malam mana hantu dijadikan tarikh nikah kami.Saya berdebar sangat sebab dah lah tak pernah berbual dengan dia,tengok gambar ja,itupun kaburnya Ya Allah tak tahu nak cakap apa.pernikahan di lakukan dekat masjid.ikutkan saya nak kat rumah sahaja.saya dibawa ke masjid dan uniknya kami pihak perempuan yang 'perempuan' ni duduk di kawasan muslimat solat.Nikah pun bertabir.huhu..tak dapat saya nak tengok muka bakal suami saya depan-depan.Kalau lah dia tau perangai saya yang nakal ni mesti dia reject awal2x.-mengomel lagi sendiri.

Sewaktu tok kadi sebut aku nikahkan....dia menjawab dengan tenang aku terima....,(gembira lah saya sebab dia tidak bisu rupanya)lepas semua cakap sah..entah kenapa air mata saya mengalir sendiri.satu perasaan yang sukar saya nak gambarkan..Maklumlah 3x dah putus tunang..tup,tup tak ada ribut tak ada taufan saya dah jadi isteri kepada tunang saya yang sikapnya dingin ni.Kemudian..tabir diselak..dan saya nampak setapak demi stapak ayunan langkah dia menghampiri saya.Saya nak senyum pun tak senyum..nak mendongak semacam tidak ada kekuatan.Jadi pura-pura bersembang dengan orang sebelah.Bila dia dah betul2x depan saya..jantung saya macam nak jatuh rasanya.'Takut...' mak tak bagitahu pula saya kena buat apa waktu ni..Kemudian saya nampak  dia ambil sebentuk cincin dari kotak baldu..(cantik tapi muat ker..macam kecik)

bersambung...klik di sini

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images