Aku Terkutuk!!!

4:30:00 PM

'weh..tengok tu..cantik gila pompuan tu..manis pakai tudung...'hitam memulakan perbualan

kelabu meyambung."mana-mana???fuyoh..memang cantik..aku tahu ko suka part mana..."

part mana..kalau ko pandai try teka??mereka terus rancak berbual..

kalau betul ko nak bagi apa???kelabu semakin berminat meneka
hitam tersengih nakal:"aku bagi penumbuk..dahlah..cepatlah teka..nanti aku belanja ko minum.."

"part tudung dia yang tinggi bersanggul tu kan..so ko tahu rambut dia panjang kan.."kelabu cuba meneka.

"fuh..cayalah ko labu...memang tepat la..tapi kwn aku yg freehair tu rambut pendek, satu hari dia pakai tudung pun boleh jadi bonggol macam tu, camne pulak tu?"hitam cuba minta kepastian..

"Zaman sekarang, semua boleh buat lah pak tam..asal nak cantik, ada duit semua jadi...haha.."dorang ketawa terbahak-bahak..

ko pergilah usha dia..mana tahu boleh jadi bini ko ker??kelabu cuba menyakat.

weh..ko nampak je aku macam ni tapi aku still tahu bezakan mana baik mana buruk..aku dulu sekolah agama, aku pernah dengar la ustaz aku cakap zaman kiamat nanti kita akan nampak perempuan pakai tudung macam bonggol unta.kalau nampak , pakat kutuk..

"betulker??abeh dorang semua ni insan terkutuk la...."kelabu minta kepastian.

"ishk..ko jangan tanya aku..aku belajar agama tak habis..apa kata petang ni lepas sembahyang jemaah kat surau kita tanya ustaz.."hitam bagi cadangan.

baguih tu, aku pun nak dapatkan kepastian.

********************************************************

lepas sembahyang dorang pun jumpa dengan tok imam dan tanyakan pasal benda yang meragukan kepala dorang..tok imam tak cakap banyak melainkan baca satu hadith bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)



"ishk..lepas dengar pak ustaz baca hadith tu, aku jadi gerun gila..baik aku check ada tak saudara pompuan aku macam tu..kalau ada aku nak bagi sebijik ceramah kat dia..kang aku tak tegur, dosa kat aku.yelah aku ni abang dia..."kelabu mula insaf..

hitam tersengih sambil jawab: baguih la tu..skang ko dah tahu kan kenapa aku tak nak wat pompuan tu jadi bini aku.dengan baju ketat dan sendat dia lagi..Kalau mahu bertobat tak apa, ini kita tegur , dia jawab..ini fesyen la bang..terbaru punya, abang ni kolot la..
huh!!naik menyampah aku tengok.

Hadith renungan: Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

pesanan penaja untuk wanita : tapi kita senang-senang je tempah tiket masuk neraka..saya bagitahu sebab saya sayang dengan anda..anda fikir-fikirkanlah..nak cantik kat dunia yang sementara atau nak cantik lebih dari bidadari kat syurga yang kekal abadi.apa pilihanmu??

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images