Apa yang tinggal untuk dibanggakan??

5:13:00 AM

Saat melihat ombak tsunami yang setinggi ntah berapa meter itu menghempap bumi jepun..hati saya hanya mampu menjerit 'Allahu Akhbar'..memang tidak ada nama lain yang layak meniti dibibir manusia saat melihat ini melainkan Allahu akhbar..

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).."

 (Surah ar-Ruum, ayat 41). Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan."

(Surah al-Baqarah, ayat 205). Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77). 

 
Allah berfirman:
maksudnya:" jika kamu bersyukur nescaya aku tambahkan dan jika kamu kufur ketahuilah azab ku sangat pedih” firman allah dalam ayat ini dapat mengungkap beberapa peristiwa penyelewengan keatas nikmat allah sehinga allah mengenakan azab yang pedih keatas mereka,salah satunya kini adalah:

 suka pula saya tengok jalan yang terbelah indah melalui garisan tu..
Allah itu indah dan suka pada keindahan..hatta waktu begini kita mampu lihat melihat keindahan itu..


Jepun yang selalu dibanggakan sebagai salah satu negara yang mempunyai teknology paling canggih didunia kini dilanda gempa sekitar 8.9 skala richter.Pembinaan teknologi yang memakan masa bertahun akhirnya lenyap dalam sekelip mata..maka siapa yang lebih hebat??Saya juga antara insan yang terlalu ingin ke jepun melihat sendiri bagaiman rupa negara brteknologi canggih tersebut tetapi kelihatan saya tidak berpeluang menyaksikannya kini ekoran kemusnahan yang berlaku.


Jepun dilanda bencana Tsunami ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter mengikut United State Geological Survey yang dikeluarkan semalam. Gempa bumi dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 petang(waktu Tokyo) di timur Sendai, Kepulauan Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”(17:16)

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”(17:58)
 
Ulasan lanjut sila dengar di berita atau baca didada-dada akhbar.Entah kenapa semenjak dua menjak ini fikiran saya asyik bermain dengan perkataan nuclear.Dalam persiapan untuk latihan praktikal di agensi nuclear malaysia pada bulan hadapan..tiba2x dikejutkan dengan gempa bumi yang menyebabkan loji simpanan nuclear bocor dan gas tidak dapat menyejukkan lagi loji tersebut.Makanya gas terpaksa dilepaskan dan sekali lagi jepun dilanda radiasi nuclear.

 salah satu loji nuklear yang sudah mula meletup

Dulu negara ini menjadi contoh buat kita, maka terbinanya agensi nuclear di Malaysia..kini loji nuclear yang selalu dibanggakan dahulu akhirnya membawa bencana kepada negara itu sendiri.Maka apakah yang bermain di fikiran orang-orang malaysia yang bekerja di agensi nuclear kini??adakah mereka ingin membatalkan rancangan pembinaan 2 loji nuklear di malaysia atau semestinya menguatkan lagi sistem2x keselamatan.Tetapi sejauh mana pun sistem keselamatan yang dibina manusia..sehebat mana pun teknologi dibina manusia..ia tidak dapat lari dari ketentuan yang telah ditaqdirkan Allah.lalu apa lagi yang tinggal untuk dibanggakan oleh makhluk bernama manusia,insan,orang dll.

persoalannya...bukankah kerosakan bumi yang berlaku disebabkan oleh tangan2x manusia itu sendiri??ha..tang situ kita kena kaji lebih..Saya masih merasa pelik dengan gempa dan tsunami yang berlaku di jepun ini.Tak tahulah nak rungkai macamana..apa yang mudah saya katakan..dajjal semakin dekat untuk muncul..rasa tidak enak dalam fikiran saya..
firasat tidak sedap(pandai-pandai je saya ni..ntah sejak bila jadi nek nujum..haha..tolong abaikan)
jadi saya tinggalkan persoalan ini untuk antum cari jawapannya.

Dan jujur saya katakan..saya tidak merasa gembira dengan kejatuhan mubarak dan diganti oleh Muhammed el Barade..seperti bakal ada perkara besar yang berlaku yang lebih teruk dari sebelum ini.Saya berharap rakyat mesir tidak tertipu dengan permainan politik dunia..Ia tidak semudah itu melepaskan mesir..tidak semudah itu..pasti ada sesuatu..(ishk..saya ni ada-ada sahaja kan??)

p/s: gempa sudah berlaku dibanyak tempat..negara-negara Islam semakin rancak bangkit dengan perjuangannya..bersedialah berhadapan dengan dajjal.lebih gerun..bersedialah berhadapan dengan kiamat..bersedialah berhadapan dengan MAUT!!usah gelisah dengan bencana-bencana alam ini sebaliknya muhasabah dan muraqobah kepada Allah..Ianya telah termaktub dalam al-Quran..bersediakah kita dengan ajal kita??

Bekalan apa yang perlu kita sediakan???jawapannya adalah TAQWA kepada ALLAH..perkataan yang tidak asing lagi bagi kaum muslimin yang hadir pada sidang jumaat yang dirahmati ALLAH. 
Fa ya 'ibadallah..ittaqullah!!!


hadiah untuk mereka orang-orang beriman di jepun
dan seluruh orang beriman di pelosok dunia yang ditimpa
walau apa jua bentuk kesusahan dan bencana..
ALLAH memujuk dan menyejukkan jiwa antum dengan janji-NYA iaitu ketinggian darjat yang lebih tinggi dari mereka yang rakus di dunia ini.
Allah..Allah..Allahu Akhbar..
dan selawat dan salam untuk Nabi Muhammad sollawlahu'alaihi wassalam.

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Mulailah memperhebatkn ibadah kpd yg Maha Pencipta. saat utk dihimpunkn di pdg Mahsyar kian mendekat. insafi kedhaifan amal kita...

    ReplyDelete
  2. harap radiasi nuklear xmenjejaskan kerja harian kita.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images