Bila dah kena tegur

4:18:00 AM

قُل لِّلْمُؤمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَرِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بِمَا يَصْنَعُوْنَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (an-nur:30)

Dulu saya ada friendster..saya tengok kawan saya letak gambar dorang kat profile so saya pun buatlah macamtu..masa tu saya tak tahu la gambar tu boleh......


Tak lama saya letak gambar tu, tetiba sampai meseg peribadi kat emel saya:

wajah wanita solehah adalah untuk tatapan suami dan keluarganya semata.siap bagi hadith dan dalil-dalil.

so saya pun delete semua gambar yang ada muka saya..

Lepas tu saya ada akaun fb..saya pun letak juga gambar saya..nak testing ada lagi tak orang tegur..memang xlama lepas tu dapat teguran..

Jadikan dirimu hanya dpandang oleh insan yang layak untukmu
Tapi dek kerana fb ni memang dah tak boleh nak di bendung..
kalau bukan kita yang letak, kawan kita akan tag..so tutup akaun terus selain saya memang benci facebook.

kemudian saya letak gambar berpurdah dekat twitter..yang ni xda orang tegur tapi lagi ramai yang nak jadi kawan saya..lagi saya confius??ini bermaksud orang berpurdah lagi2x yang belum kahwin akan menambahkan ramai lagi orang menaruh harapan pada kita..-conclusion sendiri.hihi.Jangan terasa ye sahabat yang memang berpurdah.

Sekarang saya letak gambar kat blog pun still ada orang tegur..penulis kena remove gambar peribadi untuk jaga iman orang yang berpenyakit hati.Apatah lagi gambar2x yang boleh menyebabkan hati macam kena serang penyakit jantung..macam gambar manja..

yang itu saya memang agak terkesima lah..

pernah saya tanya: kalau saya dah kahwin?

rijal tu jawab: itu dah lain..bukan tanggungjawab saya nak tegur, tanggungjawab suami enti pula yang tegur..

hmm.memang betul suami yang tegur...(monolog dalam hati)sambil anggukkan kepala saya reply.
kali ini saya reply: nta lah antara orang yang berpenyakit hati!!kalau saya salah walaupun dah bersuami..nta kena tegur juga!!sebab itu tanggungjawab muslim kepada saudaranya.(fullstop)

Saya pelik, kenapa teguran ini hanya diberikan kepada segelintir orang terutama wanita. plus lagi wanita yang belum berkahwin..orang laki kalau letak gambar pun boleh menyebabkan penyakit tahu tak??Malah orang yang dah kahwin pun kalau letak gambar buleh menyebabkan penyakit hati gak.Tengok saja berapa ramai yang cerai-berai kerana facebook.

Saya kena jaga iman orang???betullah tu..tapi kalau saya remove gambar tu dan masih ada orang yang berpenyakit hati ni macam mana??

syukran kerana remove gambar enti..harap enti sudi berkenalan dengan ana..ni numb phone ana kalau ada pape enti nak tanya.

??????????????????????????????????????????????????????????? 
 
Maksudnya bukan gambar saya tu yang menjadi asbab nya tapi diri orang tu sendiri yang punya hati yang sakit..Teguran itu bagus tapi sebab dan alasan kepada teguran itu yang menyebabkan saya jadi confius semula..itu tak masuk lagi dengan bahasa kasar yang saya guna..mulalah dorang judge..

ana ingat enti ni wanita suci rupanya enti lebih teruk dari wanita jalanan..(aduh..bila kena tembak macam ni memang rasa macam nak mati then tak nak hidup dah..tapi tembakan macam inilah yang menambahkan semangat dan kematangan kita..)

saya reply:sejak bila ana cakap ana ni wanita suci??Dan ana tak pernah nak suruh enta ingat ana ni wanita suci.

LARANGAN PEREMPUAN MEMBUAT SUARA MANJA (MENGGODA) KEPADA
LELAKI BUKAN MAHRAM 
 
“..maka JANGANLAH KAMU TUNDUKKAN (LUNAKKAN) SUARA dalam berbicara sehingga berkeinginanlah mereka yang ada di dalam hatinya “penyakit” , dan ucaplah (kata-katamu) dengan ucapan yang baik.” (Surah al-‘Ahzab (33): Ayat 32)
 
Dorang ni tak tahu ke saya bercakap kasar sebab nak jaga hati orang yang sakitlah. Ucapan saya tegas macam queen control sebab mmg nak control penyakit hati korang tuh.Sebab dulu penulis cakap lemah -lembut memang ramai yang terkandas dan terus-menerus berpenyaki hati.Tapi bila cakap keras, tegas..lain pula jadinya..

macam-macam dugaan seorang wanita..sampai saya jadi takutnya nak pegang amanah seorang wanita.Setiap benda adalah penyebab kepada masuknya neraka..huhu..cuma nak ingatkan..tolong jangan judge orang dengan pakaian apatah lagi dengan cara percakapan..Nampak orang pakai jubah tudung labuh terus judge orang tu mulia..orang tu kena perfect.lemah-lembut lagi solehah..maaflah, ciri2x tu memang takda pada diri sang penulis blog ini..Saya dah bagitaw awal-awal ni.Sebelum orang judge biar saya mengaku sendiri.

kita sekarang ni duduk dizaman fitnah..Pakaian pun boleh jadi fitnah.Ada orang pakai jubah dalam kampus, sampai luar ja..jubah entah terbang kemana yang tinggal singlet saja..Apa kes??Kalau yang tu dorang nak cakap apa pula??enti ni lebih teruk dari wanita GRO??

“Tidak aku tinggalkan FITNAH YANG LEBIH BESAR selepasku yang lebih memudaratkan seorang lelaki melainkanP E R E M P U A N .” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]
 
Lihat bagaimana indahnya Allah menyusun kalam-NYA...siapa yang harus menundukkan pandangan dahulu???Ayat tunduk pandangan lelaki pada ayat ke30 dan baru disusuli tnduk pandangan wanita.Sebab memang lelaki ni cepat dan mudah tergoda dengan kecantikan.
 
zaman sekarang memang susah dah nak selamatkan masalah pakaian wanita ini, apatah lagi syaitan memang dah gunakan wanita ini sebagai busur panah mereka..Sedihnya saya jadi wanita bila ingatkan bahawa wanita ini punca masuknya makhluk Allah ke neraka, dihalaunya Nabi adam dari syurga...Tapi saya sedar pada setiap penciptaan langit dan bumi, Allah punya sebab yang kukuh..
 
Saya terima teguran dengan hati yang terbuka..cuma tolong betulkan niat teguran anda..Dan saya berubah bukan kerana anda tetapi kerana Allah..apa yang saya pasakkan dalam hati..teguran itu datang dari Allah..datang dari Robbi, datang dari Illahi yang masih cintakan diri hina ini..Syukran buat yang menegur kerana anda menjadi hamba pilihan Allah untuk menegur saya.  Yup..teguran anda bermaksud anda concern dengan iman saya..

thank you, syukran jazilan, xie xie , terima kasih..

You Might Also Like

8 strawberries yummy

  1. salam..nice entry aini..=)
    betul,setuju dgn entry ni..
    dan kadang teguran mmg memberi kesedaran, kadang teguran juga menyebabkan kejauhan..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn sue..cuma kita ni kena bijak menerima teguran.pilihan ada depan mata.
    eh..rindu kat sue..

    ReplyDelete
  3. nice one!!!
    hahahaha...

    saya setuju sangat2.

    teguran tu tak salah. tapi bukan sekadar tak letak gambar tu, penyakit hati boleh hilang.

    macam semua penyakit hati datang dari wainta. kesian kalian.

    ReplyDelete
  4. baguih betul kawan adik akak ni..penyakit hati yang tidur xlena mandi xbasah jer datang dari wanita..yang sakit hati lain tu xtaw la.

    ReplyDelete
  5. sy kagum dgn coretan saudari..syukran ukhti^^

    ReplyDelete
  6. kagum itu milik Allah..coretan ini ILHAM dari-Nya..saya sekadar menyampaikan dlm bentuk yang mudah difahami..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images