bodoh, sombong,Lembap!!

5:34:00 PM



Ayat renungan :

 

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Saya tak tahulah nak kata apa bila habis saja baca berita kat kosmo. Dalam hati saya bodohnya la kita ni. owh mungkin saya seorang saja yang bodoh. Tak pun ayat sopan "tak bijak". Anda perhatikan apa yang berlaku di Libya sekarang..ok dah perhatikan??sekarang anda nampak orang Islam ni bodoh ke bijak??Saya letak gambar bawah ini untuk anda fikirkan dan saya letak link kosmo untuk anda bandingkan.

credit to : kalam nurani



kenapa saya utarakan isu itu??ini kerana dah tak de negara Islam lain ke yang boleh tolong keadaan di Libya tu? Kenapa minta tolong dari orang yang memang terang-terangan musuh kita dalam selimut..Anda nak tahu tak dalam satu subjek yang saya ambil dulu iaitu seminar material and manufacturing, lecturer saya ada menjemput seorang speaker datang untuk bagi talk tentang bahan baru untuk membuat baju kalis peluru yang boleh menahan peluru yang datang dengan gerakan pusaran.Bila berjaya wat baju kalis peluru tu tiba-tiba orang yang buat senapang, pistol start nak upgrade peralatan dorang.Kalau macamni sampai bila nak habis??

sewaktu dia bagi talk tu..Fuh memang inilah engineer yang kita cari. Kalau orang tanya macam mana dia boleh sampai ke tahap tu.Sebab semangat itulah(yang mampu saya katakan)..Saya translate kan apa yang dia bagitahu dalam seminar tu ke dalam bahasa melayu.sesi seminar bermula:

kenapa anda mahu jadi jurutera?bagitahu dekat saya 10 sebab...semua pelajar senyap
cepat...anda ramai takkan 10 sebab pun tak da kat minda sekarang..kedengaran sok sek sok sek dewan seminar tu tap still tak da siapa berani angkat tangan termasuk diri sendiri.

selepas beberapa minit..tiba-tiba...

saya sedih..ini ke para pengganti saya kelak??kalau macam inilah nampak gayanya jurutera hanya menjadi boneka!!.Yang bila disuruh buat, mereka buat tanpa fikir apa sebab mereka cipta sesuatu benda tu.
semua senyap

Anda ni lembap..anda ni pemalu tak bertempat.Sombong..sombong dapat ambil jurusan ini.rasa diri dah hebat..Saya sedih jika generasi jurutera yang bakal menggantikan saya lahir dari orang-orang yang ada di depan mata saya ni..semua mahasiswa tunduk memandang ke lantai.yang tadi tidur sudah bangun..yang mamai sudah celik dan yang celik semakin terbeliak..

Satu benda yang saya nak kongsi dengan adik-adik..sebenarnya saya tidak boleh share perkara ini tapi disebabkan saya concern dengan keadaan umat islam , saya sayang adik-adik yang bakal mengganti saya.. jadi saya akan bagitahu perkara ini.(speaker ambil nafas panjang seolah benda itu memang sangat rahsia dan sukar untuk diluahkan)

Peperangan yang berlaku sekarang ini hasil dari kerakusan dan ketamakan manusia..Negara Islam hanya menjadi bahan ujikaji mereka. Saya asa bukan negara Islam saja tapi mana-mana negara yang mengalami rusuhan akan dijadikan sasaran..Saya sungguh sedih bila saya dapat tahu bahawa kenapa adanya peperangan dan mengapa tidak ada yang menghentikannya??mereka menjawab: if no war..this company doesn't exist. You also can't work. So just keep your mouth and do your work without complain anything.Terkedu saya. kami semua yang ada kat dewan terkezut macam kena electrik

Kami memang menghasilkan peralatan perang, bom2 terbaru, bermacam jenis peluru dan bentuk senapang, tak kurang dengan kereta kebal dan jet-jet pejuang. Tapi kami bukan bermaksud untuk memusnahkan bumi dengan alatan yang kami cipta..Tapi orang politik mengendahkan suara-suara kecil kami..Sampai satu masa saya merasakan kerja sebagai Petani itu lebih mulia dari seorang jurutera yang hanya kaya dengan duit dan mewah dengan harta tapi membunuh ramai orang..Lebih sedih bila peralatan yang di cipta itu digunakan untuk membunuh saudara Islam sendiri..kamu sedar tak perkara ni?

Kita tengok jepun berperang dulu..sebenarnya bukan jepun yang berperang. Askar russia dan askar amerika yang berperang sebab dua-dua nak tunjuk peralatan perang mana paling canggih..dan waktu tu jepun yang sedang bergelojak jadi mangsa.Konon Russia hantar bantuan padahal sebenarnya lagi menerukkan keadaan.Akhir sekali orang jepun sendiri yang memerdekakan negara itu sendiri..Orang kafir ni baik ada makna taw..Peperangan zaman nabi dengan zaman kita tak sama..ini peperangan orang politik yang tamak dan haloba..

sebabtu saya tanya kenapa anda mahu jadi engineer???now give me your answer..time tu baru seorang demi seorang berkongsi jawapan.. 

Habis je slot seminar tu saya dengar tepukan gemuruh untuk speaker tu..semua tanam azam.."aku nak lahir sebagai engineer yang tahu hala tuju!!"..Alhamdulillah, Allah hantar insan yang betul untuk bagi talk kepada pelajar engineering di IIUM petang itu.Dan lihat apa yang berlaku di LIBYA..lu fikir la sendiri(bak kata nabil raja lawak).Saya dah malas nak hurai..Saya dah pernah bagitahu, saya rasa tak sedap hati dengan keadaan dunia sekarang..Dunia diambang berhadapan dengan dajjal.itu je saya mampu katakan.Mantapkan iman masing - masing. Hentikanlah program2x tak berfaedah macam mentor, AF, geng starz dan banyak lagi.

You Might Also Like

5 strawberries yummy

  1. IIUM? rindu IIUM.. haha..

    semua lompong profesional perlu diisi. tak kiralah samada lawyer, engineer, doktor, mahupun usahawan.

    semua perlu bawa fikrah. dalam kehidupan, dalam pekerjaan. biar kita menjadi atmosfera yang sejahtera untuk komuniti.

    biar apapun yg kita jadi, biar bertunggakkan islam. sy doakan akak jadik engineer penting utk umat. amin..

    ReplyDelete
  2. hmm..betul tu..jap2x nak amin kan dulu..akak pun doakan adik abrar jd insan penting utk umat ini..amin

    ReplyDelete
  3. moga kita semua dapat menyumbang kepada Islam...dalam setiap perbuatan kita....

    ReplyDelete
  4. Aku hyalah hmba AllahMarch 23, 2011 at 2:51 AM

    Alhamdulillah dalm berseminar ada dakwah yang disampaikan...
    sungguh tersentuh ana membacanya.. boleh ana tau siapa speake tersebut...? - maju untuk islam..- amin..

    ReplyDelete
  5. owh speaker dirahsiakan, tp beliau bekerja di syarikat armour

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images