DaHagakan CINTA yg Hilang

1:24:00 AM

Entah kenapa..seolah kehilangan diri yang sebenar sejak akhir-akhir ini..maafkan ..untuk segalanya.Dan adakah begini cara kita berpisah akhirnya??Maafkan daku..tapi hati yang terguris dan terluka mengambil masa untuk sembuh..sudah puas di pujuk..ah..biarkan ia pulih dengan sendiri.Walaupun telah ku pinjam jarum dan benang untuk ku jahit..tapi semuanya tidak cukup lagi..adakah benangnya sudah reput atau tarikan jahitanku kendur menyebabkan hati itu terluka semula.( aduh..poyo sungguh ayat diatas ini rasanya..hehe..).Cinta yang dulu mekar kian layu dan hampir mati.Aku berharap Allah kembalikan semula rasa cinta itu..ini drama ke
betul ni??apapun kita layan..(bak kata pengacara melodi)



Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya.

Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang. Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
 “Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” 
[Riwayat Bukhari dan Muslim] 


Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.” 
Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu? 
Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau akan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?
Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok 
(2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]

monolog diri: kembalikan semula rasa CINTA itu ya Robb..

You Might Also Like

1 strawberries yummy

  1. sememangnya umat sekarang dilanda krisis yang dulu sudah disebut oleh nabi Muhammad saw

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images