~kecewa sebuah cinta~

7:58:00 AM

Sebenarnya Tukang Taip malas nak berbicara tentang Cinta ini. Sebab ia adalah penulisan yang paling sukar lah bagi tukang taip. Selain kurang pengalaman..ke takde pengalaman ye??hehe tipulah...pernah juga admire someone. Cuma baru-baru ni sahabat Tukang Taip putus cinta. Dulu Tukang Taip dah pernah pesan..hang bercinta bagai nak rak..aku doakan sampai kejinjang pelamin, tapi kalau putus sebelum ke jinjang pelamin...please jangan nangis depan aku...(kenapa Tukang Taip marah??sebab dah terang dan jelas lelaki itu suka orang lain , just gunakan sahabt Tukang Taip tu sajo..

last2x ..dijadikan cerita lepas 2tahun bercinta..takde jodoh..teman Tukang Taip pun datang dan menangis depan Tukang Taip..Tukang taip ni lemas dan lemah bab2x nangis ni..Lepas habis dia menangis..Tukang Taip hulurkan sejadah dan kain telekung..sambil  katakan menangislah dihadapan-NYA...yang memiliki segala HATI manusia ini..Menangislah di atas sejadah CINTA..sebenar2x tempat pengaduan..

lepas solat.. nampak sedikit ketenangan diwajahnya..kemudian barulah Tukang Taip hadiahkan sebuah pesanan..begini lebih kurang bunyinya..

 Wahai temanku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
 

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai saudaraku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?Fullstop.

renung-renungkan kembali..jangan sampai kekecewaan mu menjadikan dirimu lebih hina lagi di mata Tuhan.Sebaliknya berhijrahlah untuk mencintai Allah dulu.

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Selain mencintai DIA ..moga anak2 akan jumpa juga cinta sejati , teman hidup buat selamanya di dunia ini..berdoa dan jangan putus asa..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images