Dari si'dia'~buat si'dia'

9:44:00 AM

Dari si dia

Muslimah yang kusayangi,
Adalah sentiasa bertindak berlandaskan hukum-hukum ALLAH
Yang sentiasa mengikut syariat Rasulullah
Yang taat pada perintah suami
Yang tidak lupa jasa kedua orang tua

Muslimah yang ku cintai,
Adalah yang mengharap redha ALLAH
Aurat dipertahan melainkan buat suami tercinta
Lembut tuturnya terhadap suami tersayang
Halus belaiannya untuk anak-anak amanah ALLAH

Muslimah yang kukasihi,
Adalah yang membawa aku ke pangkal jalan
Jalan taubat kepada Pencipta
Andai aku sedikit terpesona
Dengan keasyikkan dunia yang sementara

Muslimah yang ku idam,
Yang tidak pernah mengeluh
Diatas segala ujian dari ALLAH
Yang sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala liku
sedang Ujian menjadi pendorong buat dirinya

Muslimah yang ku dambakan 
Jadilah dirimu sebagai srikandi ISLAM sebenar
Srikandi terdahulu menjadi inspirasi buat dirimu
Asiah,Rabiatul Adawiyah,Mariam,Aisyah dan Khadijah
Menjadi pendorong kejayaan buat dirimu
Di sepanjang jalan jihadmu
Moga kau tersenyum hingga ke akhirnya


kesekian kalinya....Muslimah yang ku harapkan
Sebuah bintang yang bersinar
Tak dapat dipegang, tapi dapat dipandang(dari jauh)
Meski tak dapat diraih, hanya mampu terbayang dalam angan
,
Tetaplah pada auramuyang menyejukkan
Dengan cahaya kecil menerangi alam semesta
Penuh khusyu’ dan khudu’
Berjalan pada pada cahaya Robbmu
Tetaplah menjaga pribadi islami dan penuh kemuliaan
Hingga takdir Illahi membawamu dalam rengkuhan kasih sayang-Nya
Dalam keikhlasan mencapai keridhoan Allah SWT, semata

buat si dia

“Lelaki acuan al-Quran"
ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran 
lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran
ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran
sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran
tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran
sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran
ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran”

Doa bersama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosaku masa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmatMu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Temukanku dengan si dia pilihan
insan yang hidup dengan ketaqwaan
andai telah KAU temukan
Payungi kami dengan keimanan
Ampuni dosa sekalian insan
Rahmati saudara kami di medan juang
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmatMu


 amin ya Robb al-'alamin
sodaqallahul 'azim

You Might Also Like

1 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images