Hilangkan bau badan

10:54:00 AM


Sabun mahal??Malas nak beli??Kalau anda ada tanam pokok limau purut, memang jimat hidup anda.Limau purut memang kaya dengan pelbagai kegunaan antaranya untuk hilangkan bau badan.Kalau wanita diharamkan berwangian di luar apatah lagi apabila perfume terhidu oleh lelaki..Bagaimana nak selesaikan??Dalam kita nak ikut sunnah berwangian..dengan secara tidak sengaja kita pula telah menambah dosa.jadi mari kita gunakan produk alami untuk mewangikan diri kita..

1. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke seluruh badan terutama dibahagian-bahagian yang menyimpan peluh, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.

2. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.

Jangan malu untuk berkongsi..Jangan kedekut dengan ilmu walaupun cuma petua nak hilangkan bau badan.Terima kasih mak..

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images