Kebajikan

4:48:00 AM

Setiap kali ada sesuatu yang berlaku pada sahabat-sahabat seperjuanganku..aku terduduk bersimpuh kelesuan..memujuk setiap hati itu bukanlah suatu kerja yang mudah..Apatah lagi aku bukanlah seorang pemujuk tapi sebaliknya pengkritik.Barangkali Allah ingin mengajar aku...mentarbiyah aku.. bagaimana untuk menjadi sang pemujuk..supaya bila ada suami..tahu nak pujuk suami..bila ada anak..pandai pujuk hati anak2x yang merajuk..Bila ada mak mertua..pandai ambil hati mereka...

Kebajikan mereka terpikul dibahuku..kebajikan mereka terpikul dipundakku..
tapi selalu amanah dan tanggungjawab itu aku tidak laksanakan..malah kadangkala mereka yang menjagaku..??????seringkali itu menjadi tanda tanyaku.

Kadangkala ingin berhenti dari terus melangkah.
Ingin menghilangkan diri jauh entah kemana..
Dek kerana besarnya sebuah tanggungjawab bernama 'kebajikan'..
Ia tidak sama sewaktu aku memegang jawatan sebagai ketua, bendahari, setiausaha..tapi barangkali nama 'kebajikan' tersebut membuat diri ini sukar untuk melangkah..kebajikan diri sendiri pastinya akan ditolak kebelakang..Sukarnya ya Allah..kerana itu hadiahkan kepada ku sekelumit kasih sayang-MU untuk aku menyayangi hamba-hamba-Mu..hadiahkan aku kesabaran supaya aku bertindak secara adil.Sungguh aku tidak mahu jadi sang penghukum..Jauhkan aku dari menjadi sang penghukum..Yang layak menghukum itu hanyalah ALLAH AZZA WAJALLA..

p/s: Alhamdulillah...mendamaikan 2 insan yang berselisih paham itu memang sukar..tapi bila selesai..kita akan dapati betapa dugaan yang datang itu memberikan nikmat paling besar iaitu kita semakin mengenali dan menerima kekurangan diri sahabat kita..dan kita semakin menyedari tiada insan yang sempurna untuk kehidupan ini..mari kita doakan kebajikan dan keselamatan sahabat2 kita diperantauan yang sedang berhadapan dengan krisis rusuhan..Doa adalah senjata mukmin...wallahu'alam.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images