Masakan kegemaran ku

8:37:00 PM

Alhamdulillah..akhirnya saya post juga entri ni.Dah lama saya nak pos entri tentang masakan yang paling saya suka masak dirumah.Waktu raya dulu saya masak licin kuali.Sedaapp ye??memang sedaaaapppp..percayalah.Paling suka bila abang-abang tanya :eh..resepi mana ko ambik ni??ha..rahsialah..saya jawab..Masakan itu adalah Daging masak merah ala thai.Kemudian dari resepi tu saya tukar kepada ayam masak merah ala thai.Suka hati jer kan..Jom layan..




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket
p/s: resepi asal saya dapat dari majalah wanita.sebabtu saya suka beli majalah wanita.Kumpul resepi dari situ.sebelum beli majalah wanita..saya akan pastikan belah tengah majalah tu ada resepi masakan baru,kalau takde jangan harap nak beli.haha.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images