Pegaga pulak

11:14:00 AM

Dulu masa duk asrama..selalu saya buat rawatan muka dengan daun pegaga.Sebelum balik asrama saya akan cabut daun-daun pegaga kat depan rumah lama. Mak dengan Ayah memang speechless tengok perangai anak perempuan dia yang seorang ini..Tak ada kerja..Yang kelakar satu time..abang ku telah meracun rumput dan terkena daun pegaga kesayanganku lalu mati..sedihnya..Terpaksa menapak dengan muka tak malu kerumah makcik sebelah sebab nak minta daun pegaga...nasib baik makcik sendiri..Lalala..

 Selalu tengah Tukang Taip khusyuk cabut daun pegaga..dengar orang menjerit comel:
"ha..ambik banyak sikit..boleh buat ulam malam ni...."lebih kurang macam tulah mak saya jerit..

apa lagi saya pun cabut dengan akar2x dan tanah nya sekali..(orang kasar la katakan)

So apa khasiat daun pegaga ni.Jom kita zass..apa blogger lain cerita tentang pegaga ni.

Hari ini tergerak hati saya untuk bercerita lebih lanjut tentang amalan memakan pegaga ini samada di makan sebagai ulam atau dibuat jus minuman. Kedua-dua pendekatan itu memang ternyata berkesan kerana hasilnya masalah sakit-sakit badan maupun keletihan dapat di kurangkan berbanding sebelumnya.

Caranya tidak lain dari menumbuk segenggam pegaga setiap pagi, ditapis patinya lalu dicampur dengan air masak setengah gelas untuk diminum. Hampas pegaga tadi jangan dibuang, lumurkan pula di muka dan biarkan ia selama kita memasak di dapur.

Bagi saya, ini merupakan satu alternatif rawatan penjagaan kesihatan yang baik dan berkesan jika diamalkan setiap hari. Selain untuk rawatan diri sendiri, saya juga cuba memanfaatkan khasiat sayur ini untuk suami dan anak-anak. Tapi budak2 biasa lah, mereka hanya makan sebagai ulam dan tak berapa gemar minum jus nya(mungkin bagi mereka rasanya tidak sesedap jus carrot/belimbing).(memang pahit pown)

Alhamdulillah sehingga sekarang, saya menanam sendiri pegaga di laman dapur. Rasa2nya tanam sendiri lebih baik dari beli pegaga di pasar kerana jika ditanam sendiri, insyaAllah kedapatan bahan-bahan kimia pada ulam/sayur dari sebab baja/racun serangga boleh dielakkan. Saya lebih suka gunakan kaedah orang-orang tua dulu yang menyiram sayur-sayuran dengan air dari basuhan beras atau ikan. Hasilnya sayur kita akan lebih cantik, subur dan selamat untuk dimakan melalui penggunaan baja yang semulajadi.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images