Ambillah Ibroh

10:34:00 PM

"Assalamualaikum" buat semua pembaca..yang tengah setia baca pun jawab "waalaikum salam warahmatullahi wabarakatu..."kalau pembaca perasaan , tukang taip selalu tak bagi salam di awal penulisannya..kenapa??tak pernah pun ada orang tanya..So..dengan pipi tersorong-sorong tukang taip bagitahu sebab takut ramai yang dapat dosa tak jawab salam dari tukang taip..

Tapi bila fikir balik..biar tukang taip bagi salam then jawab terus..so yang baca pun akan secara automatik baca jawapan salam tukang taip tu..betul tak?? Sekarang yang itu kita letak tepi..kita masuk isu berat yang semakin lama semakin diketepikan(mana taknya sibuk study memanjang..konon).Jadi sila ambil nafas panjang kalau nak baca entri panjang ni..Kalau semput tengah jalan..sila berhenti dan sambung esok pula,asal pembaca habiskan baca entri ini..haha..boleh pula paksa-paksa..ok isu yang berat tu ialah isu Libya..

Mudah saya katakan..serangan ke atas Libya  yang diketuai Amerika dan disertai negara sekutu seperti Britain, Itali, Perancis dan Kanada dianggap sebagai satu pencerobohan sekalipun mereka menggunakan alasan mahu menjaga dan melindungi rakyat Libya daripada terus dizalimi oleh Presiden Gadaffi. Nampaknya ketakutan tukang taip terhadap perkara itu sudah berlaku pun.Sepanjang pengeboman dan peperangan yang berlaku hampir sebulan ni..kita dapat lihat beberapa jet pejuang yang terhempas sendiri..peralatan-peralatan canggih yang mula di gunakan..yah..itu dia..Libya dijadikan tempat kajian tentera barat..

Kajian politik dunia mendapati bahawa Amerika memang mahu Gadaffi jatuh seterusnya mereka boleh menguasai Libya seperti yang mereka telah lakukan ke atas Iraq,Afghanistan dan tidak terkecuali sebenarnya negara kita Malaysia yang kita sayang ini juga masih lagi berada di jajahan mereka..Penulis boleh katakan bahawa kita ini belum merdeka.Merdeka yang duk kita laungkan itu hanya slogan semata hakikatnya kita masih dijajah..

Serangan yang dilakukan ke atas Libya ini diibaratkan langkah awal penjajahan baru Amerika dan campur tangan asing ini merupakan satu pencerobohan yang tidak bermoral dan bermotif jahat. Bagaimana Amerika sanggup melakukan kekejaman ini sedangkan tindakan ini bercanggah dengan slogan anti keganasan yang mereka laungkan?Fikir-fikirkan pembaca ku sekalian..

Kita tahu bahawa Amerika dan tentera penceroboh yang lain tidak akan berundur walau pun terpaksa menambah anggota tambahan dan sumber kewangan kerana peperangan di Libya yang diletuskan hasil hasutan dajjal yahudi tidak akan terhenti sehingga Libya benar-benar kalah dan ranap. Peperangan di Libya dari segi hakikatnya akan melihat dua keadaan yang berbeza daripada keputusan perang nanti terhadap umat Islam dan yahudi khususnya. Jika Islam menang di Libya insya Allah maka yahudi akan lebih cepat dapat dikuburkan di Israel. Jika Islam tewas di Libya maka bukan sahaja satu lagi negara umat Islam akan dijajah dengan penjajahan baru kuffar malah penempatan yahudi akan berkembang bukan setakat di Israel malah yahudi akan meluaskan negara Israel Raya sebagaimana dicita-citakan iaitu memanjang dari Syria hingga ke Iraq dan Mesir dan ke Libya. Inilah dia antara dendam yahudi yang tidak pernah padam dalam memerangi Islam dan umatnya sehingga hari qiamat.
 
Ingatlah para pembaca sekalian akan firman Allah dalam sebahagian ayat 64 surah al-Maidah :
... وألقينا بينهم العدوة والبغضاء إلى يوم القيـــمة  كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون فى الأرض فسادا والله  لايحب  المفسدين
Maksudnya : ……. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari qiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan di mana Allah telah memadamkannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.

Cukup rasanya disini saya menghuraikan bahawa apa lagi yang mampu saya katakan melainkan ambillah ibroh dari kejadian yang melanda negara Libya..Kita sering diingatkan..andai ada pertengkaran antara suami dan isteri..elok kita settle sendiri sesama suami isteri..Jangan bagi orang luar masuk campur..Tapi kalau tak boleh juga berdamai kita cari orang tengah yang boleh dipercayai..yang faham tentang masalah berlaku dan yang paling utama tidak akan mengambil kesempatan terhada masalah yang dihadapi..Tapi kenapa kita tidak mempraktikkan perkara itu apabila sesuatu menimpa kepada negara kita??sekali lagi fikir-fikirkanlah..Allah sengaja memberi perumpamaan yang kecil kerana Allah nak lihat dengan perumpamaan yang kecil itu..siapakah diantara hamba-NYA yang mempunyai pengetahuan yang luas..

Adakah semua ini berlaku kerana emosi sudah melampaui akal rasional kita..Memang itulah yang sering berlaku kepada orang islam..Lemah mengawal emosi..Suka ikutkan kata hati yang sudah berkarat..(owh..tukang taip lagi lah...)..so marilah kita sama-sama renungkan..Doakan yang terbaik untuk rakyat Islam di Libya sekaligus mengambil ibroh dari apa yang sedang melanda negara tersebut.. 

Firman Allah dalam ayat  52 surah al-Maidah :

فترى الذين فى قلوبهم مرض يســرعون فيهم يقولون نخشى أن تصيبنا دائرة  فعسى الله أن يأتى بالفتح أو أمر من عنده فيصبحوا على ما أسروا فى أنفسهم نــدمين

Maksudnya : Maka engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya daripaada kalangan munafik bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Kristian) lalu berkata : “ Kami takut akan ditimpa bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan kepada rasulNya atau sesuatu keputusan dari sisiNya. Oleh kerana itu mereka dari kalangan munafik menjadi sesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka.

rujukan : 
  • kosmo online
  • ekhutbah.com
  • Ustaz Abdullah(ISMA)

You Might Also Like

9 strawberries yummy

  1. saya nak komen takde kena mengena boleh? sentiasa tacing dgn ayat arwah kat atas tu.

    ReplyDelete
  2. (^_^)..........lg tacing semasa menjaganya dulu......

    ReplyDelete
  3. (^_^)..........lg tacing semasa menjaganya dulu......

    ReplyDelete
  4. touching la..korang b'dua ni..english lepas x???heeee

    ReplyDelete
  5. semoga doa Fathi dikabulkan..

    ReplyDelete
  6. ok.. tau la sy level 5 je mase kat cfs dulu..... hahaha

    ReplyDelete
  7. nak bagitahu kat abrar benda rahsia..ngee...samalah kita..english level 5 jugak.Arabic yg lulus dgn jaya nya.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images