Di pagi yang bening..se'nyaman' hatiku~

8:09:00 AM

Salam'alaik..tolong jawab..waalaikum salam..Di pagi yang bening..se'nyaman' hatiku...poyo sungguh..selepas menghantar teman saya yang ingin pulang ke kampung..Saya dipertemukan oleh Allah akan bait2x indah pembakar semangat..Sebelum itu ingin saya panjatkan doa supaya teman saya yang pulang dengan menaiki motosikal LC nya sampai selamat dirumah.Jarang kita nampak muslimah yang tekad seperti dia..Saya tanya" apa bekalan hang balik ni??"Jawapan dia: "Tawakkaltu 'alallah" ------------>Mendengarkan jawapannya sudah cukup sejuk hati saya se'nyaman' udara pagi yang menghembus kala ini..(gulp...apsal rasa cam jiwang je ayat se'nyaman' tuh..whatever...)

Allah bersamamu..Malaikat mendoakan keselamatanmu..teman..Hanya itu yang terdetik disanubariku..Tak ada sarapan yang saya nak bagi kat dia melainkan sekeping roti canai yang kami beli malam tadi..Saya panaskan sekejap..semoga roti canai yang sekeping itu bisa membuatkan perutnya kenyang sampai dirumah..sekali lagi Allah bersama mu..sahabat.

(ambik nafas..)Kemudian..saya sambung membaca berita mengarut yang semakin menjadi-jadi sampai saya malas dah nak ulas..Barangkali perlu ada kejadian seperti zaman Imam malik dulu baru 'orang-orang tuuuut sedaq'.tuuut??orang BN dan seangkatan senang cerita..cakap biar terang.

Pernah dikisahkan pada zaman Imam Malik  (Rahimullah) seorang lelaki  menfitnah seorang lelaki lain berzina.  Lelaki yang tertuduh itu kemudian meninggal dunia. Lelaki yang pernah menuduh itu datang mendekati jenazahnya. Tiba-tiba, ditakdirkan Allah, lengan si penuduh itu dikait oleh tangan si mati ke lengannya dan tidak dapat dilepaskan. Kerana tiada jalan lain, akhirnya dia mengaku bahawa selama ini tuduhannya yang lelaki itu berzina adalah fitnah yang disengajakannya.  Hukum ke atas orang yang menfitnah orang lain berzina adalah sebat 80 kali.  Hukuman  dijalankan ke atas lelaki itu. Selesai sebatan ke 80, tangan lelaki itu terlepas dari mayat itu dan selamatlah lelaki itu tetapi hidup dalam sengsara

Tidak cukup takut dengan kisah itu..saya bawakan pula amaran-amaran dari Allah:
  •  "Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya". (QS Al Isra: 36)

  • "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Al-hujurat:6

  • Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa, yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya. (QS. Al Qalam: 10-13)

Kemudian saya ditemukan pula satu blog insan yang membangkitkan semangat saya sekaligus membuatkan saya terduduk menginsafi kekhilafan diri di pagi bening ini..Antara bait kata yang saya tertarik adalah:
(sekali lagi..tarik nafas....pandai)Mereka yang tahu apa ertinya menjadi pelajar UIA akan merasa bangga menjadi sebahagian dari  sejarah pembangunan ummah melalui misi universiti ini. Anjakan paradigma berlaku pada pelajar apabila mereka merelakan diri mereka melalui proses 'penyucian minda' yang menjadi budaya UIA. Graduan yang terserlah peribadi 'ke uia annya' biasanya adalah di kalangan mereka yang sedia  melalui tahap penyucian yang unik ini sepanjang berada di UIA.


Saya sering mengatakan kepada mereka:

Q - qiyammualail sebagai sabun pembersih
A - Asma' Ul Husna sebagai minyak wangi
U - usrah sebagai air cucian
M - Al Maathurat sebagai pakaian indah


"Dimandikan dengan usrah, disabun dengan Qiyamullail, disaluti dengan pakaian AlMaathurat dan dibubuh minyak wangi dengan alunan Asma'Ul Husna, maka terhasillah satu produk yang indah akhlaq dan tajam mindanya. "


Sesekala terfikir juga soalan berikut di benak kita :

  1. Apakah UIA masih mampu menghasilkan graduan   hebat pembawa obor ummah ?Berapa ramaikah pelajar UIA yang tahu ertinya mereka sebagai pelajar UIA?(aku pun still confius sampai sekarang..korang tahu?)
  2. Bagi mereka yang tahu berapa ramaikah yang mampu melaksanakan tanggunjawab ummatik ini?(time ummatic week tu pon dah boleh kira..org melayu..huh!!)
  3. Sebesar manalah agaknya impak graduan kita dalam pentadbiran negara setelah ribuan graduan dilahirkan oleh UIA?(adalah sikit)
  4. Sejauh manakah agaknya penglibatan graduan UIA dalam menangani perpecahan ummah? Ataukah mereka juga sebahagian dari pemecah ummah?(yg ni paling terkesan dihati tukang Taip..cane nak jawab??)
  5. Sehebat manakah agaknya graduan UIA menjalankan tanggungjawab sosial memerangi jenayah rasuah dan keruntuhan moral?(mmg tak hebat pown)
  6. Sudah berjayakah UIA dalam 'Islamization of knowledge'?(hampir)
  7. Sudah berapa banyakkah buku yang terhasil sebagai penanda aras kejayaan  'Islamization of knowledge' UIA?(mmg banyak...tapi adakah banyak menandakan sudah berjaya???aku jadi tukang tanya pulak..)
Kepada anak-anak didik UIA fahamilah, apa ertinya anda sebagai pelajar UIA? Anda milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Anda pembawa amanah, amanah itu amat berat, usah dikhianati. Masa usah ditunggu kerana masa tidak pernah menunggu kita. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. baca penuh


(kali ni agak tak larat nak tarik nafas..sambung esok jelah baca..apa??nak sambung gak..okey..)
Saya berada di IIUM@UIAM bukanlah sebab saya yang nak..Jauh sekali mengidam nak belajar disini.Dari dulu mind set saya nak ke Jepun..but Allah knows the best!!Bila teman baik saya paksa saya masuk UIAM..saya turutkan sahaja.Malah teman saya tu yang mengisikan borang online saya.Tengok muka teman yang bersungguh tu saya tak sampai hati..Cuma saya katakan..kalau nak letak IIUM kat atas boleh tapi letak course engineering..Kenapa??sebab nak kata tak nak masuk IIUM..saya memilih UITM asalnya kerana kebanyakan pelajar adalah bumiputra..Jadi budget memang tak dapat IIUM...Sekali.. ambik Labu,,,bukan setakat IIUM..dengan course Engineering sekali saya dapat..Nak kata sekali lagi "Allah knows the best!!"

Di pendekkan cerita..pada awalnya saya terasa terpaksa sehingga membuatkan awal pembelajaran saya terasa malas sungguh dan effect CGPA saya..semakin masa berlalu...Apatah lagi bila  diamanahkan tugas selaku naqibah usrah(study circle selama 2 tenure) cukup-cukup menukar pandangan saya terhadap IIUM..Yang tak tahan anak-anak usrah lagi hebat dari saya..ada yang dari darul Qur'an plus..sekolah agama lain..dan tidak kurang dari sekolah semacam henry Guni..hehe..terasa tidak layaknya diri ini selaku naqibah..

Pendekkan lagi cerita..IIUM sama seperti universiti lain..sama dan tidak hebat..Mahasiswa IIUM juga bukan orang yang sempurna tapi masih melalui proses menjadi manusia yang sempurna..insan yang kamil..Justeru jika ada kesalahan yang student UIAM lakukan..itu tak bermaksud UIAM sudah tidak ada 'Izzah..tapi itulah ujian Allah..supaya kita sedar..kita ni tak hebat..Saya juga tidak ketinggalan membenci IIUM kerana maksiat yang semakin menjadi-jadi..tapi bila direnung kembali why??how??what happened??Akhirnya semua berbalik kepada kita pendokong dakwah"..apa yang kita telah lakukan???(terutama diri aku sendiri)Jika dipusat asasi..akhlak ,peraturan sangat sempurna..kenapa bila di Gombak..kita seolah kehilangan semua itu??kerana sudah bercampur dengan pelajar antarabangsa??Ahhhhh..itu semua alasan!!!


Jadi...Renung-renungkanlah...
Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."


p/s: 

  • saya dah tak nak update blog!!!....tapi still tangan ni berjalan jer sambil menari-nari happy kat atas papan key board tanpa di pinta..sapa nak tolong ikat tangan dan jari jemari tukang taip..arghhh...
  • jap..one more thing..apsal tukang taip rasa ada orang promote blog ni kat fb..rasa tukang taip dah xdeq akaun fb..haaa..hang pa ka yg promote..bukan??abeh..hang jebat??ke hang tuah..apapun bukan nak marah just nak ucapkan terima kasih sbb promote blog 'ntah pape' ni..ngeeee..suka :)




You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. dah rasa asasi. ada duka mencengkam masa nak chaw dulu.. huhu..
    nak menjadikan sesuatu institusi tu islamik, bukan sekadar ada dalam peraturan. bukan sekadar pada nama. tetapi mereka yang di dalam, sekurang2nya, harus tahu dan maklum bahawa mereka juga salah seorang pendukung dalam misi tu. contohnya, para nuqaba' (ni yang bes pasal uia, sebab ada usrah) perlu menjadi naqib naqibah yang berkesan, sebab tak semua yang masuk uia, mereka yang betul2 suka dgn uia (dgn tarbiyyahnya.)

    sebenarnya ulasan cenggini tak perlu pun. tapi saja je nak komen sebab, yelah, ex-student cfs kan. hehe.

    oh ya, sy pernah gak promote blog ni dulu. kalau kita share benda baik, dapat pahala, kan?

    ReplyDelete
  2. paling best tym jadi naqibah adalah..hati kita yg kena bersih dan akal kita yg kena faham dulu..Tapi ada juga naqib/ah yang ber'dating' mengalahkan anak usrah..Bila ditanya..saya mmg xnak jd naqib, tp tetiba dapat.owh tak tahukah dia betapa Allah memilih dia untuk jadi org baik..

    akak stuju.untuk mnjadikan institusi tu islamik.org didalamnya kena islamik dulu..start dari rektor, pensyarah,pelajar sampailah kepada tukang sapu..makcik cleaner..dan guard yg suka saman pelajar.heee

    ReplyDelete
  3. unimas ;pun ad usrah......alhmdulillah

    ReplyDelete
  4. iye dik??tak tanya pun.hihi,jgn marah

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images