Keberkatan rezeki dimana asalnya?

10:55:00 AM

Selalunya kita selalu menyebut mengenai keberkatan, apa yang kita lakukan dan setiap perbuatan yang kita lakukan perlulah dilaksanakan dengan sempurna dan biarlah ianya ada keberkatan. Bila sebut perkataan keberkatan didalam hidup, semua orang inginkan keberkatan didalam hidup untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.
Tetapi adakah kita sedar didalam mencari keberkatan didalam hidup ianya juga ada hubungkait antara kita dan juga ibu bapa kita. Satu contoh mudah ialah didalam kita mencari rezeki untuk menampung kehidupan kita dalam rumahtangga ataupun yang masih bujang bekerja untuk meneruskan perjuangan hidup, setiap wang yang kita belanjakan apabila mendapat gaji adalah hasil dari apa yang kita lakukan samada bekerja mahupun yang berniaga.Juga buat yang masih belajar..kejayaan kita ..adakah semuanya hasil berkat doa kita sahaja??pernahkah kita terfikir keberkatan itu dimana asalnya??
Kaitan antara keberkatan wang,kejayaan dalam pelajaran yang kita perolehi dengan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:
Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)
Allah s.w.t melarang kita menderhakai mereka dengan sekeras-keras larangan. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai suatu penderhakaan. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan ianya termasuk dalam ketogeri kabair (dosa-dosa besar). Sebagaimana Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: “Dosa besar yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”
Memandangkan dunia yang begitu mencabar dewasa ini, semua orang bekerja keras dan ada yang melakukan kerja-kerja sambilan untuk menampung hidup disebabkan oleh keadaan ekonomi dan pelbagai faktor lagi yang memaksa kita untuk mencari rezeki.

ikuti satu kisah yang saya copy paste dari blog someone..somebody..ngee..
Aku teringat pada satu ketika dahulu diwaktu aku masih lagi bujang dan dengan gaji yang agak tinggi, kehidupan ketika itu boleh dikatakan begitu selesa tetapi aku tetap terasa akan kekurangan didalam hidup. Walaupun gaji yang diterima kalau dihitung lebih dari cukup untuk membayar sewa rumah, makan minum, hiburan, bayar kereta dan sebagainya.

Tetapi bila setiap bulan menerima gaji aku masih lagi tidak mampu untuk menyimpan duit tersebut, walaupun dari pengiraan di atas kertas duit gaji yang diterima mempunyai lebihan.

Inilah yang menggangu kehidupan aku dan membuatkan aku terus menerus untuk mencari jawapan disebalik apa yang telah aku lalui. Saban hari aku berfikir akan masalah ini namun jawapan yang dicari tidak juga dijumpai sehinggalah di satu hari aku berjumpa dengan seseorang dari kalangan rakan aku dan kami berbincang mengenai persoalan yang aku buntu untuk mendapatkan jawapannya.

Akhirnya setelah lama berbincang, aku baru tersedar selama ini tanggungjawab terhadap ibu bapa aku tidak laksanakannya dengan cara yang sewajarnya. Aku akui pada ketika itu aku hanya beranggapan dengan menyediakan kemudahan seperti TV, Mesin Basuh dan kelengkapan lain untuk ibu bapa aku dan itu sudah cukup.

Sebenarnya aku silap... dan ada satu yang aku lupa iaitu tanggungjawab untuk ibu bapa bukan setakat memberikan mereka kelengkapan sahaja. Tetapi ia lebih dari itu, bertanya khabar keadaan mereka..makan minum mereka dan duit belanja setiap bulan.

Inilah rahsia yang selama ini aku tidak pernah tahu..iaitu berikan duit belanja kepada ibu bapa walaupun mereka mampu untuk menyara hidup mereka tanpa bantuan dari kita. Selepas itu barulah aku rasa kekurangan yang wujud dalam diri akhirnya terjawab.

Jadi kepada sahabat pembaca semua, apa yang ingin aku katakan ialah..walaupun gaji kita kalau nak dikira secara kasar cukup-cukup makan tetapi cuba untuk sediakan setiap bulan duit yang perlu diberikan kepada ibu bapa walaupun hanya RM 50, walaupun hanya RM30 dan walaupun hanya RM10..(tukang taip tambah)

Dari pengalaman aku yang lepas, setiap bulan aku hantar duit kepada ibuku dan Alhamdulillah setiap bulan aku tidak akan kesempitan wang, walaupun semasa mula menerima gaji terasa seperti tidak cukup untuk diberikan kepada ibu bapa. Tetapi percayalah jika kita sentiasa melakukan perkara ini, insyaAllah akan ada rezeki-rezeki lain dari Allah yang akan diberikan kepada kita.

Bila di imbas kembali suatu masa dahulu memang benar apa yang terjadi, kalau ada bulan aku tidak menghantar duit kepada ibuku selalunya bulan tersebut pasti aku tidak cukup duit, berhutang dan sebagainya.

Ok apa yang aku kongsikan dalam artikel ini bukanlah untuk anda jadikan sebagai satu kepercayaan..sebab aku bukan ahli agama yang pandai untuk memetik surah ataupun mana-mana hadis yang mengatakan duit belanja kepada ibu bapa adalah wajib. Tetapi apa yang baik tidak salah untuk kita lakukan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum. Cuma jangan jadikan ianya satu kepercayaan.

Setakat ini dahulu aku menulis dan kepada pembaca blog ini dan aku bukan menyuruh kamu semua lakukan apa yang aku lakukan tetapi kalau nak, bolehlah kamu mencubanya dan lihat hasilnya.

yes..begitulah kisah pemuda tersebut..jika anda pernah membeli buku tulisan ustaz pahrol juoi..ada satu kisah tentang ibu bapa yang membuatkan hati saya meluluh hiba..Tajuk buku..Hati seorang lelaki..sila dapatkan.eh??ada lagi ka kat pasaran.Takpa..saya ada.
berkait tentang cerita diatas..memang ada benarnya..waktu saya darjah enam..mudah saya katakan..saya orang susah.Disaat kawan lain menghadiri tuisyen sana kemari..saya nekad belajar dirumah kerana ayah tidak punya wang.Duit hasil jualan karipap dan kueh-mueh lain cukup2x untuk belanja harian.Jadi saya tidak mahu membebankan ayah..Cuma satu perkara yang ayah selalu buat..ayah akan kejut saya bangkit pada jam 4pagi..solat hajat dan sambung belajar..Saya tahu..ayah lebih awal lagi melakukan qiamullail..Dan keputusannya alhamdulillah..keputusan UPSR saya memang membanggakan..dan ditawarkan masuk ke asrama.Begitu juga dengan keputusan peperiksaan lain seperti PMR..[SPM]salah sendiri(study last minute)Pendek cerita,keberkatan, keredhoan itu berasal dari ibubapa kita..rezeki halal yang mereka berikan..penat lelah mereka yang tidak terkira..hargailah walaupun cuma pulang bertanya khabar.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images