Kenapa aku memilih PAS

6:09:00 PM

Siapa tidak kenal bob lokman, pelakon yang bukang asing lagi di persada seni Malaysia.Tulisannya benar2x lahir dari hati sehingga ia berjaya menusuk ke dalam hati tukang taip..so terfikir nak copy paste or just letakkan link??Lastly decided to copy paste and also put the link ..

Di copy dari : kenapa aku pilih PAS
Fisabilillah: Bob Lokman

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, Allah memberikan aku gambaran akhirat. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul Awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yang bertonggakkan Ulama yang sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang Pas, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yang dihulurkan oleh mereka.

Aku menjadi insaf dikalangan anak- anak muda Pas yang rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka.

Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak - anak muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak Pas.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu Allah maha pengampun dan penyanyang.

Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak Allah dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. Pas akan aku jadikan wadah perjuangan untuk mempopularkan Allah kepada mereka yang belum kenal akan kekuasaanNYA.

Aku jadi insaf betapa aku yang lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yang pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yang tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada Allah. Untuk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada Allah.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak - anak yang dilahirkan, inikan pula Allah yang menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh Allah, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba Allah yang baik. Selepas itu dengan takdir Allah mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yang tidak bertaqwa kepada Allah.

Ini Kuasa Allah. Kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa Allah itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam Pas, ada satu semangat baru yang membuatkan aku berfikir mengapa Allah menjadikan aku. Pagi tadi bila ada kawan yang bertanya, mengapa aku menganut Pas, aku tahu bahawa aku sudah diterima untuk bekerja oleh Allah. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yang fasiq.

Belum ramai yang menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yang Islam dalam orang Melayu? Untuk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah Ubai dalam bangsa Melayu.

Kerana itulah aku memohon untuk masuk Pas. Lepas ni kita akan baca ada yang marah dengan apa yang aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yang marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengertisunnatullah. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak Allah, apatah lagi bila kita mewah.


Sudah berkali-kali Pas kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana malaikat juga turun berperang dengan perintah Allah. Janganlah mengharapkan malaikat turun beratur dipusat-pusat mengundi yang diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yang tidak mengikut suruhan Allah.

Ini demokrasi orang putih yang memberikan peluang kemenangan kepada orang yang mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik untuk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia.

Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa Allah yang mencipta dunia dan hanya hukum Allah sahaja yang sesuai dilaksanakan. Mereka yang menolak selalunya mereka yang tidak tahu apa hukum Allah.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yang memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu sempurna dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia untuk berjuang dengan Pas, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat perjuangan.

Dipetik daripada blog Bob Lokman


sedikit coretan: beruntungnya insan yang mengenal kejahilan sebelum mengenal Islam..kerana mereka lahir sepertimana lahirnya bayi dari rahim ibu..Allah mentarbiyah hati dan menyoroti perjalanan mereka..maksiat yang dilakukan kerana kejahilan,bila bertaubat diampun Allah sedang kita lahir dari Islam warisan malah melakukan maksiat dan kejahatan walaupun sudah 'alim(mengetahui@ berilmu) tetapi masih bongkak dan enggan melakukan taubat nasuha."di..di..tukang taip nak sambung study" do..do..tukang taip xnak tido.

You Might Also Like

11 strawberries yummy

  1. Tahniah buat saudara Bob Lokman atas Transformasi Shahsi yang di lakukan.Anda bila lagi??

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. masih ade lagi yang akan menyambung mata-mata rantai perjuangan.. kita tungguuuu....

    ReplyDelete
  3. semoga Allah menunjuki jalan terbaik buat kita

    ReplyDelete
  4. dimana ada kemahuan..disitu ada jalan!!

    ReplyDelete
  5. Moga Allah memberikan jalan yg terbaik untuk anak2 melangkah ke hadapan, meskipun pelbagai cabaran yang pastinya menanti, namun semangat perjuangan itu akan mekar di sanubari dengan dibajai kecekalan dan ketabahan hati...teruskan, klu itu yg terbaik.......

    ReplyDelete
  6. tq kak sal yang mmg supportive.

    ReplyDelete
  7. ingat nak kata tukangtaip pilih pas. hahaha. AUKU!!!

    ReplyDelete
  8. pe pendapat abrar?undi adalah rahsia.ngee..

    ReplyDelete
  9. pendapat saya takda parti yg sempurna. tapi ada ulamak kata, "jika kamu berhadapan dengan dua bahaya, maka pilihlah bahaya yang paling ringan."
    bagi sy pas pun ada khilaf jugak. tapi sekurang2nya pas mendukung islam.
    lagipun kalau sy backing umno, mau kena karate ngan ayah saya kang. haha

    ReplyDelete
  10. mmg tidak ada yg sempurna..kerana itu kita kena hadir utk menyempurnakannya.yg penting jangan suka menghukum..Menghukum itu tugas ALLAH.

    so..tak jadi backing umno sbb takut ayah ye??oh akak terhidu niat tak elok disitu..lakukan kerana faham..bukan kerana arahan.

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images