Tegas bertempat

3:23:00 AM


situasi 1:
Muslimah: tunang mus yang suruh pegang tangan dia.
Aku: habis.. mus peganglah??(minta kepastian)
Muslimah: ialah sebab dia tunang mus..kena dengar cakap bakal suami.
Aku: itu bakal suami bukan suami!!mengaji tinggi2x tapi bakal suami dengan suami pun tak dapat bezakan.Budak sekolah rendah pun boleh tahu bezakan..
Muslimah: sampai hati..
Aku: kalau yang kat depan aku ni orang yang jahil agama tak apa..aku boleh lagi berlembut..tapi mus...apa guna Qur'an yang selama ni kita mengaji hari-hari???kalau antara ketaatan kerana Allah dan ketaatan terhadap maksiat pun kita xdapat bezakan..!!
Mus: terdiam , tertunduk..dan terus-menerus menangis..

"Tidak (boleh) ta'at (terhadap perintah) yang di dalamnya terdapat maksiat kepada Allah, sesungguhnya keta'atan itu hanyalah dalam kebajikan." (HR. Al-Bukhari)

ini baru kes pegang tangan..kes melunakkan suara memang tak payah cakaplah..kes kejut-mengejut untuk qiam lagi lah..yang sedihnya...Tukang Taip pun pernah tertipu dengan mainan syaitan ni..mula2x..orang2 tuuut...nak berta'aruf..kata islam menganjurkan ta'aruf..fine..Then dari ta'aruf suh saling nasihat menasihati..ok..betullah tu..kemudian suh kejutkan qiam..last-last timbul masalah hati..yang Tukang Taip ni still blurr...layan jugak orang macam tu..sekali tersedar..tak tunggu esok dah..time tu jugak putuskan contact dengan orang2x macam tu.Alhamdulillah..Allah masih tunjukkan jalan pulang..betapa tidak ada cinta sebelum akad..bertaubatlah buat sesiapa yang pernah mengalami situasi 2x couple syar'ie kononnya...mana ada!!!!couple tetap haram..!!Ujian memang benar2x tarbiyyah Allah supaya kita jadi hamba yang kuat dimasa akan datang..

Situasi 2 

Mujahidah: tak sangka..akhirnya mujahid juga yang bantu ana..tak guna ada sahabat muslimah.. 
Aku: iye..
Mujahidah: Lepas ni kalau ada masalah..idah nak minta tolong kat mujahid je lah.selalu dia yang settle kan masalah idah.Orang lain kebanyakannya tahu rosakkan tapi tak bertanggungjwab betulkan.
Aku: hmmm...Kalau macam tu leh tak tolong mintakkan kat mujahid tu supaya hidupkan semula orang2x yang dah mati..
Mujahidah:..........terdiam..minta kepastian..knp cakap macamtu.mujahid tu manusia biasa..
Aku:So kalau dia manusia...hormati dia selayak manusia..kadang2x benda kecik pun boleh buat kita syirik pada Allah..so..berhati-hati pada setiap perkataan.Mujahid takkan tolong bantu kalau Allah tak izinkan..fikirkanlah idah..kepada siapa dulu kita ni sebagai hamba kena pohon pertolongan.

Tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada pemiliknya, kerana jiwanya penuh harap kepada Allah, percaya dan tawakkal kepadaNya, ridha atas qadar (ketentuan)Nya, sabar atas musibahNya, serta sama sekali tak mengharap sesuatu kepada makhluk. Ia hanya menghadap dan meminta kepadaNya. Jiwanya kukuh seperti gunung. Bila datang musibah ia segera mengharap kepada Allah agar dibebaskan darinya. Ia tidak meminta kepada orang-orang mati. Syi'ar dan semboyannya adalah sabda Rasulullah  Shalallahu Alaihi Wa Salam :

"Bila kamu meminta maka mintalah kepada Allah. Dan bila kamu memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah." (HR. At-Tirmidzi, ia berkata hadits hasan shahih)

Dan firman Allah
:
"Jika Allah menimpakan kemudharatan kepadamu maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri." (Al-An'am: 17)
  


Yang ini memang selalu berlaku..kita rasa orang tu tolong kita..kita rasa orang tu penyelamat kita...hello...bukan dia yang tolong awak taw..tapi Allah..

situasi 3:
Politik 1: Kita ini adalah golongan yang benar..berdiri diatas jalan yang pasti syurga habuannya..
Aku: Sejak bila kau jadi tukang hakim.. ??
Politik 2: Kalau kita ni salah..dah lama persatuan kita ni terkubur..tapi lihat..kita masih gah seperti dulu.
Aku: Itu istidraj...tulah..suruh dengar elok2x tym khatib baca khutbah..ko pergi tidur..kan dah tak tahu bezakan.. 
 
Pada hari Kiamat kelak, mereka akan menyesal atas keta'atan mereka itu, hari yang tiada berguna lagi penyesalan. Allah menggambarkan siksaNya terhadap orang-orang kafir dan mereka yang berjalan di atas jalan kufur, dalam firmanNya:

"Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam Neraka, mereka berkata, 'Alangkah baiknya, andaikata kami ta'at kepada Allah dan ta'at (pula) kepada Rasul.' Dan mereka berkata, 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta'ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka adzab dua kali lipat ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." (Al-Ahzab: 66-68)

Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini berkata, "Kami mengikuti para pemimpin dan pembesar dari para syaikh dan guru kami, dengan melanggar keta'atan kepada para rasul. Kami mempercayai bahwa mereka memiliki sesuatu, dan berada di atas sesuatu, tetapi kenyataannya mereka bukanlah apa-apa."
   


situasi 4:

Abdullah: Aku takut arrr....
Aku: Apsal pulak??
Abdullah: kalau aku buka mulut kang..confirm aku kena buang kerja...
Aku: owhh..ko takut kena buang kerja..
Abdullah: iyelah..nanti sapa nak bagi makan kat bini dengan anak-anak aku??
Aku: Allah..
Abdullah:................speechless..
Aku: rezeki tu..Allah yg bagi..Dulu nak minta kerja..bukan main sembahyang hajat tiap2x malam..dah dapat kerja gaji tinggi ko lupa pulak sapa bagi rezeki kat ko....takut nak sampaikan dakwah just sebab takut hilang kerja.owh...memang ramai orang yang sudah tertipu dengan dunia termasuk diri aku..

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati." (Al-Baqarah: 159)

Semestinya para du'at adalah sebagaimana difirmankan Allah:
"(Yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah," (Al-Ahzab: 39)

Dulu..pernah satu ketika..makcik2x kat kampung aku duk mengutuk ayah aku..Dorang tak tahu walaupun time tu aku kecik tapi aku cerdik(perasan sendiri lg)
Makcik 1: Aku tak takut lah dengan pak wangit tu.
mak cik 2: betul tu..muka jer macam singa..tapi suruh buat keputusan pun tak tahu..
Mak cik 1: kalau korang nak..sekarang jugak aku gi jumpa pak wangit dan cakap terus-terang.aku tak takut dengan muka bengis tu..

So...aku sakit hati dengar orang duk mengumpat bapak sendiri..Time tu kitorang baru je kehilangan abang tersayang.Ayah adalah orang yang paling terkesan dengan kehilangan abang.Then..bila sampai kat rumah..aku punya marah memang membara..Aku cerita semua kat ayah..Aku harapkan ayah akan marah balik dorang..so..tahu apa ayah aku buat..??

Dia senyum..dia suh aku turun pergi makan..then dengan blurr tengok perangai ayah,aku pun pi turun..tetiba aku rasa something tertinggal..bila aku palingkan badan semula..aku tengok ayah menangis..kesat air mata dia..Ayah tak marah sikit pun sebaliknya senyuman dan air mata yang ayah hadiahkan..Sungguh..tarbiyah mana yang paling indah selain tarbiyah Rasulullah yang ayah cuba praktikkan..Dengan itu..hilang kebencian didadaku terhadap mak cik tadi...dan bertukar menjadi kasih sayang...Ayah yang ku kenal tegas dan garang pun boleh bersabar.kenapa tidak aku sebagai seorang wanita yang memang terkenal dengan hati yang lembut..Memaafkan..memang sukar..tapi ia cukup cantik disisi Allah dan kekasih-NYA..Dan ayah berjaya lakukan..kenapa tidak aku???..Terima kasih ya Allah atas tarbiyyah indah-Mu..

"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (Al-Muzammil: 10)

p/s : situasi tu Tukang Taip reka..tapi rasanya memang wujud dalam realiti sebenar..Tapi yang situasi bapak Tukang Taip tu memang betul..Tukang Taip guna 'aku' senang supaya meresap pesanan tu kat setiap diri yang baca..

You Might Also Like

1 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images