SeBuah Destinasi

12:16:00 AM

Alhamdulillah. Segala puji selayaknya hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Pemilik Mutlak Kerajaan langit dan bumi. Maha Suci Allah, dengan izin dan limpah kurniaNya, dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih di sini; muka dunia dan hidup dengan rentak kehidupan masing-masing. Semoga kita beroleh keberkatan umur dan rezeki, insyaAllah.

Sebuah Destinasi..

Agaknya dimana destinasi paling cantik yang patut kita kunjungi??Melbourne?UK?Japan yang kena tsunami? hong kong? 7 keajaiban dunia??mana satu..habaq mai.Perasan tak setiap kali kita nak berkunjung ke sesuatu tempat destinasi baru..kita akan kaji destinasi tersebut..Bila dah jatuh hati..even destinasi tu sukar dikunjungi dan jauh kita still akan usaha juga untuk sampai kesana..Paling tak pun kita akan letak impian yang kita nak juga sampai sana.Lastly sampai terbawa dalam mimpi.Punya hati teringin gilonak sampai sana.ngeee(akulah tu)

Begitu juga diibaratkan dengan destinasi hidayah..Hidayah adalah sebuah destinasi yang sukar diungkapkan..Hanya mereka hamba terpilih yang dapat merasainya..Firman Allah fi kitabihil kareem.Maksudnya:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.(Surah al-An’am ayat 125)

Tetapi..ada sesetengah orang berkata..hidayah itu milik Allah sepenuhnya.."Even parent kita doakan kita tiap-tiap malam tapi kalau Allah tak nak bagi hidayah..nak buat macammana??"acapkali kita dengar dialog seumpama itu.(betul..tapi..??)Malah ada lagi yang lebih dasyat menggunakan alasan "Hidayah Allah belum sampai lagi" untuk mereka terus-menerus hidup dalam kejahilan.The problem..it's true??

Ha..Barangkali orang seperti itu terlupa akan satu firman Allah didalam( surah ar-Ra'du:11)..Tukang Taip letakkan firman tu kat header lagi.Ditambah lagi pesanan Allah yang tukang taip letak kat tepi belah kanan blog ni..Apa dia??Tak tahu!!senang ayat ialah Usaha..(betul)tanpa usaha bagaimana hidayah nak datang..jika kita soroti kisah-kisah artis yang menukar status dirinya..Juga kisah-kisah mualaf malahan paderi-paderi yang menukar agama mereka..adakah dengan hanya tidur..hidayah itu sampai??Jawapannya..tidak sama sekali.Jadi anda boleh soroti kisah-kisah insan istimewa yang telah Allah campakkan 'NUR 'di dalam hati mereka..antaranya:Zahidah,wardina,erma,Inneke,catriona dan ramai lagi.(ni artis semua..sebab korang kan ramai kenal artis..so tak payah tukang taip susah2x nak kenalkan dorang)

kemudian adakah berhijrah sebagai contoh dari 'free hair' kepada 'bertudung' sudah cukup menggelarkan diri seseorang itu' selaku orang2 yang beriman..bertaqwa??Owh,sudah tentu belum.Ingat tak kita pada satu lagi Firman Allah dalam surah al-hujurat..The bedouins say, "We have believed." Say, "You have not [yet] believed; but say [instead], 'We have submitted,' for faith has not yet entered your hearts. And if you obey Allah and His Messenger, He will not deprive you from your deeds of anything. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful."(49:14)
[ Inneke-yang dulu merupakan artis paling seksi ]


tak faham english??ok saya 'translate'kan(poyo jer).

Orang-orang Arab Badwi itu berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (kepada mereka): “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah kami telah tunduk”, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
QS. al-Hujurat (49) : 14

dikukuhkan pula dengan ayat yang ke 15
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.
QS. al-Hujurat (49) : 15

Menyempurnakan menutup aurat itu sebenarnya kita baru sahaja menaiki satu lagi darjah dari banyak darjah keimanan.kerana kita sudah memiliki rasa malu.bukankah malu itu antara darjah keimanan yang Allah hadiahkan untuk hamba-Nya.. Dengan itu, sebuah destinasi sentiasa harus diteruskan.Inilah para pembaca sekalian saya perkenalkan" sebuah destinasi yang sebenar-benarnya..iaitu berusaha mencari hidayah ALLAH".jadikan diri kita ini tamak,masyuk,khusuk untuk sampai ke destinasi yang penghujung sekali iaitu negeri akhirat yang kekal abadi..betul tak??(jika salah sila betulkan)

maklumlah kita ni selalu tamak(bukan kita..tukang taip ja)..kalau ada duit, satu dunia kita nak keliling..rupanya kita lupa destinasi mana dulu yang sepatutnya kita kunjungi..Kemana dulu penghijrahan yang patut didahulukan sehingga akhirnya duit habis amalan hapak pun tara la..

p/s: doakan insan2x yang berhijrah ini sentiasa istiqomah dan tidak akan berbalik kepada kejahilan mereka dahulu.Kalau kita doakan untuk mereka..malaikat akan doakan berlipat ganda untuk kita..Dengan syarat jangan lupa berdoa juga untuk diri kita.Jadi pilihlah destinasi paling indah untuk kamu berhijrah.Moga penghijrahan itu bakal menemukan kita semua di salah satu pintu dari pintu-pintu syurga walaupun terasa tidak layaknya diriku nak post entri ni.

"Ya Muqallibal qulub,,thabbit qulubana 'ala dinik wa tho'atik"

You Might Also Like

2 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images